- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Aston Martin V12 Vantage Roadster – 517PS & 570Nm
Posted by : Jobseekers
Ahad, 12 Ogos 2012
Model ‘sport car’ ekstrem baharu Aston Martin V12 Vantage Roadster telah membuat kemunculan global pertama dan tersedia dalam edisi terhad untuk beberapa pasaran terpilih di seluruh dunia. Ia dilengkapi enjin berprestasi tinggi beraspirasi normal 6.0 liter V12, dengan hamburan kuasa impresif 517P@6,500rpm dan tork maksimum 570Nm@5,750rpm.
Enjin berkuasa itu digabungkan bersama kotak gear manual enam kelajuan bagi memberikan pengalaman pemanduan yang tidak dapat dilupakan, memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 4.5 saat, dengan kelajuan puncak menuju ke 305 km/j. Salah satu ciri unik yang ada pada model V12 Vantage Roadster ialah butang mod ‘Sport’, membolehkan pemandu memilih di antara dua jenis corak pemanduan.
Mod ‘Normal’ lebih kepada pemanduan santai dan tidak membebankan sewaktu berada dalam kesesakan jalan raya, sementara mod ‘Sport’ hadir dengan perwatakan lebih progresif dengan pengaliran kuasa tork enjin yang bertambah dengan pantas. Boleh ditempah di beberapa pasaran terpilih dunia, model baharu Aston Martin V12 Vantage Roadster ini berharga sebanyak £150,000 RRP di UK.