Posted by : Jobseekers Rabu, 8 Ogos 2012




Model terbaharu Nissan Pathfinder 2013 yang dinanti-nantikan akhirnya telah dipertontonkan kepada umum dan media di New York City minggu ini. Dengan rekaan yang berani, tahap ekonomi terbaik di dalam kelasnya bersama keupayaan kembara bagi keluarga, generasi terkini Nissan Pathfinder 2013 menyusuli kemunculan Nissan Altima sedan serba baharu yang diperkenalkan sebelum ini.

Nissan Pathfinder 2013 merupakan sebuah SUV tujuh tempat duduk yang yang dibina dengan kerangka ‘unibody’ bagi mengurangkan berat dan tahap penggunaan bahan api. Model terbaru ini mempunyai berat kurang 500 paun berbanding model terdahulu, menjadikan Pathfinder kekal sebagai sebuah SUV tahan lasak. Ia mampu bergerak sejauh 26 batu dengan hanya menggunakan segelen petrol di atas lebuhraya.

Nissan Pathfinder 2013 dikeluarkan dari kilang di Smyrna, Tennessee, dan enjin 3.5 liter V6 nya dikeluarkan dari kemudahan pengeluaran enjin Nissan di Decherd, Tenn. SUV bergaya ranggi itu akan dieksport ke lebih 80 destinasi di luar U.S., dengan pasaran utamanya ialah Canada, Mexico, dan Timur Tengah. Belum pasti sama ada Nissan Pathfinder 2013 akan dibawa masuk ke Malaysia oleh ETCM.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -