Posted by : Jobseekers Selasa, 14 Ogos 2012


Penulis agak terkejut apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja ‘asyik’ bersosial bersama-sama teman wanitanya.

Malah, lebih menggemparkan apabila khabarnya lelaki berkenaan merupakan seorang putera raja.

Gambar yang ‘panas’ itu menunjukkan dia sedang asyik mengambil minuman keras serta bersosial bersama seorang wanita yang dikatakan teman wanitanya.

Kini gambar itu sedang ‘aktif’ dimuat naik di laman sosial dan bersebaran dengan cepat di blog-blog.

Mungkin betul dan mungkin juga fitnah.

Jika betul perkara yang didakwa itu, agak malang rasanya kerana di saat institusi raja berpelembagaan sedang hangat dibahaskan, masih ada di antara mereka yang mengambil ‘mudah’ perkara-perkara sebegini hingga menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut.

Peranan yang dimainkan oleh institusi raja masih penting dan relevan, sebab itu majoriti daripada kita mahu ia diperjuangkan dan terus dikekalkan seperti yang sebelumnya.

Namun peredaran zaman menuntut institusi raja sendiri melihat di mana kekurangan yang ada agar ia dapat diperbaiki dan seterusnya diperkukuhkan.

Disebabkan itu perkara-perkara negatif seperti ini harus dibuang agar ia tidak terus ‘mengotori’ institusi yang kita pertahankan selama ini. Wallahualam.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -