- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia
Posted by : Jobseekers
Selasa, 14 Ogos 2012
IBU kepada pelakon dan pengarah, Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Hans melalui laman Twitternya.
Dia antara lain berkata, “terima kasih atas doa semua, ibu saya sekarang berada di tempat yang lebih baik. Saya akan sentiasa merinduinya.”
Mayat mendiang akan dibawa ke Gereja St. John, Bukit Nanas pada Rabu, jam 10.30 pagi untuk penghormatan terakhir.
Mendiang sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya.