Posted by : Jobseekers
Rabu, 8 Ogos 2012
Pasukan Proton telah mendominasi perlumbaan Rali Finland (Neste Oil Rally Finland 2012) dalam saingan FIA Super 2000 World Rally Championship (SWRC) 2012 yang diadakan pada hujung minggu lepas (2 – 4 Ogos 2012). Pemandu Proton PG Andersson muncul juara dan menduduki podium di tempat pertama, diikuti seorang lagi pemandu Proton, Juha Salo yang berjaya menduduki podium di tempat ketiga.
Tahniah kepada kedua-dua pemandu dan jurupandu arah dari pasukan Proton yang mencatatkan kemenangan menggunakan jentera Satria Neo S2000. Dengan kemenangan tersebut, PG Andersson kini unggul di tempat pertama dalam kedudukan pemandu dengan mengumpul 68 mata. Saingan SWRC musim ini berbaki lagi tiga pusingan, diharapkan PG Andersson akan terus menunjukkan aksi cemerlangnya untuk muncul sebagai juara keseluruhan.