- Back to Home »
- Local Malaysia , Malaysian Car Liking , Sports »
- Ford Malaysia perkenal Ranger XL manual
Posted by : Jobseekers
Selasa, 26 Februari 2013
Menambah varian sedia ada di kalangan ahli keluarga trak pikap double-cab Ford Ranger serba baru, Ford Malaysia memperkenalkan varian terbaru Ford Ranger 2.2L XL 4×4 Double Cab MT yang didatangkan dengan tanda harga RM79,888.00 (OTR termasuk insuran, Semenanjung Malaysia).
Berbanding varian Ford Ranger 2.2L XLT 4×4 Double Cab yang tersedia pilihan transmisi manual dan automatik, varian XL hanya boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan. Enjin diesel empat silinder sebaris bersesaran 2,198cc pada model berkenaan menjana kuasa setinggi 125PS@3,700rpm dengan tork maksimum 320Nm@2,500rpm.
Empat warna ditawarkan iaitu Putih, Hitam, Perak dan Kelabu. Dengan pelancaran varian terbaru Ford Ranger 2.2L XL manual, para pelanggan Ford di Malaysia kini berpeluang memiliki sebuah Ranger serba baru pada harga lebih berpatutan.
Sebagai perbandingan, varian Ford Ranger 2.2L XLT 4×4 Double Cab Automatik dan Manual yang dilancarkan sebelum ini masing-masing berharga RM96,888.00 dan RM89,888.00
Gambar:-