- Back to Home »
- Malaysian Car Liking , Sports »
- Kia perkenal Forte hatchback lima pintu serba baru
Posted by : Jobseekers
Khamis, 14 Februari 2013
Kia memperkenalkan varian hatchback lima pintu untuk model Forte serba baru yang tampil dengan rekaan ala Eropah, apabila mempamerkan model berkenaan di pameran automotif Chicago Auto Show 2013 yang sedang berlangsung ketika ini (9 – 18 Februari 2013).
Dua varian ditawarkan untuk Forte hatchback lima pintu serba baru, EX dan SX, dengan pilihan dua jenis enjin. Bagi varian EX, ia dijana enjin empat silinder 2.0 liter GDI yang menghamburkan kuasa 173hp dan 209Nm, yang kemudiannya disalurkan ke permukaan jalan raya melalui transmisi automatik enam kelajuan.
Kia Forte SX lima pintu pula menerima kuasa daripada enjin petrol empat silinder 1.6 liter GDI dengan bantuan sistem pengecas turbo, menghasilkan kuasa kuda setinggi 201hp dan 265Nm tork maksimum. Ini menjadikannya model Forte paling berkuasa setakat ini yang pernah diperkenalkan oleh Kia.
Bagi varian SX, tersedia pilihan sama ada transmisi manual enam kelajuan standard atau automatik enam kelajuan dengan paddle shifter. Jualan Forte hatchback dijangka akan bermula dalam suku ketiga 2013, dengan harga rasmi akan diumumkan menjelang tarikh pelancarannya.