- Back to Home »
- Motorbiking , Out the malaysian , Sports »
- Honda CBR250R Limited Edition – Moriwaki, Mugen & Repsol di pasaran Australia
Posted by : Jobseekers
Isnin, 18 Februari 2013
Untuk tahun 2013 ini Honda CBR250R di pasaran Australia ditawarkan dalam tiga variasi Limited Edition -Moriwaki, Mugen dan Repsol.
Ketiga-tiga model berkenaan dilengkapi enjin 249cc, sejukan cecair, silinder tunggal yang menampilkan empat valve sofistikated, DOHC, sistem suntikan bahan api PGM-FI dan banyak lagi.
Menerajui dalam teknologi keselamatan, CBR250R Limited Edition turut didapati dengan sistem Combined ABS yang membolehkan penunggang memberhentikan motosikal dengan lebih berkeyakinan dalam semua keadaan jalan raya.
Bagi variasi Mugen dan Moriwaki, kedua-duanya dibekalkan ekzos edisi terhad, yang mana ekzos untuk Moriwaki hanya untuk kegunaan di litar sahaja.
Untuk melihat spesifikasi Honda CBR250R Limited Edition, anda boleh layari fail PDF yang disediakan oleh Honda Australia dengan Tekan Disini