Posted by : Jobseekers Ahad, 3 Februari 2013


Pada pertengahan Januari yang lalu, Yamaha Motor Indonesia telah melancarkan model baharu yang dilengkapi sistem transmisi automatik, Yamaha Xeon RC. Model skuter berkenaan dikuasakan enjin 125cc empat lejang dengan ciri sejukan cecair.

Model semasa Xeon dilancarkan pada tahun 2010 dan mencatatkan jualan kira-kira 360,000 unit di Indonesia. Selaras dengan usaha Yamaha untuk menghasilkan produk lebih kompetetif di rantau ASEAN dengan dilengkapi sistem suntikan bahan api, Xeon RC dipasangkan sistem suntikan bahan api YMJET-FI* eksklusif dari Yamaha.


Sebagai tambahan, beberapa ciri baharu turut diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kecekapan penggunaan bahan api, tahap pecutan dan prestasi tunggangan keseluruhan. Xeon RC baharu turut tampil dengan penampilan keseluruhan lebih dinamik dan sporty.

Warna-warna yang dipadankan pada Xeon RC berdasarkan konsep “X-TREME SPORT RACING CAR” yang memberikan ekspresi kelajuan dan kuasa yang ada pada model kereta berprestasi tinggi, yang pastinya akan menarik perhatian ramai pelanggan Yamaha di Indonesia.

*YMJET-FI (Yamaha Mixture Jet-Fuel Injection): A fuel injection system employing an auxiliary air intake passage besides the main passage to provide an “air assist” for more efficient mixing of the air and fuel that helps improve fuel economy in the practical use range.




P/s: Adoila....indon pun da ada Scooter pakai Injection.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -