- Back to Home »
- Malaysian Car Liking , Out the malaysian , Sports »
- Nissan perkenal 370Z Nismo
Posted by : Jobseekers
Selasa, 19 Februari 2013
Selepas model Juke Nismo, pasaran Eropah diperkenalkan pula dengan model kedua 370Z Nismo yang akan membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show bulan Mac ini.
Selain menampilkan gaya rekaan dramatik yang menjadi signature Nismo, kuasa dari enjin turut meningkat bersama-sama ciri aerodinamik yang ditambah baik. Model tersebut hanya tersedia dalam varian coupe dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Hasil talaan Nismo, enjin 3.7 liter V6 pada 370Z menghasilkan kuasa 344PS yang digandingkan bersama tork maksimum setinggi 363Nm. Keputusannya pecutan dari 0 ke 100 km/j mampu dilakukan dalam tempoh hanya 5.2 saat.
Buat masa ini versi 370Z Nismo sudah sedia dijual di pasaran Amerika Utara dan Jepun, namun untuk pasaran Eropah ia hadir dengan spesifikasi unik yang dibangunkan khusus untuk menepati keadaan jalan raya dan citarasa pemandu di sana.