Posted by : Jobseekers Jumaat, 15 Februari 2013

Versi perlumbaan GT4 pertama bagi Toyota GT86 akan diuji di litar pada hujung bulan ini susulan selesainya pembinaan casis pertama yang dibangunkan oleh GPRM, perintis kejuruteraan sukan permotoran yang berpengkalan di Buckingham.

Jentera terbaru itu dikuasakan enjin ‘Boxer’ empat silinder 2.0 liter dengan sistem suntikan terus dan pengecas turbo, yang mana ia dibangunkan bersama-sama McLaren Engines. Kuasanya dianggarkan mampu mencapai di antara 360 dan 400 bhp.

Merupakan jentera endurance peringkat permulaan, ia dibangunkan dengan kos yang cekap. Toyota GT86 GPRM dikatakan bakal menjadi pencabar ideal dalam perlumbaan British GT4, juga dalam banyak siri perlumbaan GT4 lain yang kian popular di Eropah.

Gambar:




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -