- Back to Home »
- Motorbiking , Sports »
- Kymco K-PIPE 125
Posted by : Jobseekers
Isnin, 18 Februari 2013
Kymco di pasaran Malaysia akan memperkenalkan sebuah model baharu K-PIPE dengan enjin 125cc tidak lama lagi. Tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun dijangkakan model ini bakal mempunyai peminatnya yang tersendiri apabila ia hadir dengan rekaan cukup menarik, kelihatan tangkas dan mudah dikendalikan.
Antara ciri menarik motosikal naked ini ialah tahap penjimatannya yang dikatakan mampu mencapai jarak sejauh 40.25 km bagi setiap liter petrol. Sesuai dengan namanya yang unik, kehadiran Kymco K-PIPE bakal menyemarakkan lagi dunia motosikal tempatan yang kini hadir dengan pelbagai pilihan jenama dan model motosikal terbaru. Harga yang ditawarkan untuk K-PIPE 125 ini serendah RM6,188.00 OTR.