- Back to Home »
- Motorbiking , Out the malaysian , Sports »
- Honda perkenal model siri baharu CTX
Posted by : Jobseekers
Jumaat, 15 Februari 2013
Barisan motosikal keluaran Honda (American Honda) untuk tahun 2014 ini semakin meriah dengan pengenalan model siri baharu CTX700N dan CTX700N with DCT and ABS, di mana ianya tampil dengan gaya naked yang begitu bersahaja ketika berada di jalan raya.
Versi lain lengkap dengan fairing turut diperkenalkan, CTX700 dan CTX700D with DCT and ABS. Keempat-empat varian dalam siri baharu Honda CTX menggunakan enjin berkuasa dengan kapasiti 670cc (parallel-twin engine features cylinders canted 62 degrees forward for better weight distribution and a lower center of gravity for nimble handling).
Honda mendakwa sistem transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) menawarkan sama ada mod automatik sepenuhnya atau pilihan seleksi penukaran gear lebih aktif menggunakan butang “paddle-shift” yang terletak di atas handlebar. Versi DCT turut didatangkan bersama sistem keselamatan ABS (Honda’s Antilock Braking System).
Harga yang ditawarkan untuk pasaran USA bagi model CTX700N/CTX700ND with DCT and ABS ialah $6999 dan $7999, sementara CTX700/CTX700D with DCT and ABS berharga sebanyak $7799 dan $8799. Keempat-empat versi menarik itu akan berada di pasaran mulai musim bunga 2013 ini (Availability: spring 2013).
Gambar: