- Back to Home »
- Politics »
- Sembah cadangan bubar DUN
Posted by : Jobseekers
Khamis, 21 Februari 2013
Shah Alam: Cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei, Ahad ini sudah disembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, baginda mahu pengumuman pembubaran itu dibuat dengan penuh tertib dan teratur serta mengingatkan kerajaan negeri hanya membuat pengumuman berkenaan apabila segala keputusan sudah dibuat.
“Sultan tidak halang pembubaran DUN sebab itu sudah termaktub dalam undang-undang. Jadi, saya terima titah tuanku supaya pilihan raya mesti dibuat dengan betul. Saya sudah berjanji dengan Sultan Selangor yang menitahkan supaya saya tidak mengumumkan pembubaran ini sehingga diputuskan. “Selain itu, saya sudah memberi penjelasan kepada tuanku, saya tiada halangan kalau pilihan raya negeri ini dilakukan sama dengan pilihan raya yang diputuskan Kerajaan Pusat,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.