Posted by : Jobseekers Isnin, 25 Februari 2013


Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan berjenama Maserati di Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk sebuah lagi jentera eksotik untuk pasaran tempatan iaitu Maserati GranTurismo Sport.

Model berkenaan dilancarkan di pusat 3S (pameran, jualan dan alat ganti) Maserati di Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor, dengan harga jualannya bermula dari RM1.118 juta. Pada hari pelancaran, Naza Italia sudah menerima dua tempahan dengan bayaran tempahan sebanyak RM100,00.00 seunit.


Maserati GranTurismo Sport dipasang enjin V8 4.7 liter dengan dua pilihan transmisi enam kelajuan, iaitu kotak gear automatik (MC Auto Shift) dan electro-actuated (MC Shift). Kuasa yang terhasil mencapai angka 460hp dengan kuasa kilas maksimum setinggi 520Nm.

Kelajuan maksimum yang mampu dicapai sehingga 300 km/j untuk varian dengan transmisi MC Shift dan 298 km/j untuk varian MC Auto Shift. Kelajuan dari titik pegun ke 100 km/j pula mengambil masa hanya 4.7 saat (MC Shift) dan 4.8 saat (MC Auto Shift) masing-masing.

Gambar:




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -