- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Penjaga Gol Malaysia Berdepan Waran Tangkap Tuduhan Berkhalwat
Posted by : Jobseekers
Sabtu, 4 Ogos 2012
PETALING JAYA: Kegagalan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini untuk kali kedua bagi prosiding tuduhan berkhalwat dengan seorang pekerja swasta tahun lalu menyebabkan mahkamah mengeluarkan saman kehadiran terhadap kedua-dua tertuduh.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan saman berkenaan kerana Farizal dan Zaiton Othman, 29, tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan dan memerintahkan mereka hadir pada sebutan kes pada 13 September depan.
Farizal, 26, turut berdepan dengan waran tangkap sekiranya saman sudah diserahkan, namun tertuduh masih gagal hadir pada tarikh akan datang. Wan Mahyuddin juga memerintahkan perkara sama terhadap Zaiton dan penjamin mereka, bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin yang turut tidak hadir pada sebutan kali pertama itu.
Bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengah hari, Khairul Izwan tiba-tiba ke mahkamah untuk menyerahkan sijil cuti sakit Mohd Farizal, namun tidak memberi sebarang dokumen berkaitan Zaiton. Mohd Farizal dan Zaiton sebelum ini berada di bawah bon jaminan penguat kuasa JAIS dan sepatutnya mereka hadir ke mahkamah pada 28 Jun 2012.