Archive for Februari 2013

Cun-Almy Nadia tanpa pakai make-up


Almy Nadia tanpa pakai make-up -Jika anda seorang peminat gossip-gossip artis pasti anda sudah sedia maklum tentang kes Amlmy Nadia dan juga Fiz Fairuz yang kini sedang hangat di perkatakan.Jadi hari ini mari kita lupakan Sebentar Gossip mereka jom kita Lihat wajah Sebenar Almy Nadia tanpa Makeup sangat comel

Gambar:






Khamis, 28 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Gambar Rare...Sofia Jane Kongsikan Gambar Resepsi Perkahwinan 1995


Tahun 1995, internet pun masih merangkak lagi pembangunan’nya di Malaysia. Apatah lagi medium seperti kami untuk kongsikan gambar sekitar perkahwinan selebriti ketika itu.

Sofia Jane yang menjadi kurator pilihan sepanjang minggu ini di akaun Twitter rakyat Malaysia (@twt_malaysia) telah berbesar hati berkongsikan gambar rare majlis perkahwinan beliau.

Beliau yang membuka topik perkahwinan awal hari ini untuk di’bincangkan mereka di Twitter telah mengirimkan gambar yang kami percaya tidak pernah di’terbitkan di’mana mana sebelum ini.

Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman sekitar September 1995 dan perkahwinan yang kini memasuki tahun ke 18 bermula dengan hanya perkenalan yang cukup singkat.

Aktress yang kini bergelar Datin ini juga berkongsikan perasaan beliau ketika majlis pernikahan di’mana pengantin lelaki tiba lambat dan beliau memikirkan yang bukan bukan sehingga mengalirkan air mata.

Gambar:








Kredit: Rotikaya
Posted by Jobseekers

Duti Import Kereta Dihapuskan Pada 2016





Semua jenis model kereta yang diimport dari Jepun dan Australia tidak akan dikenakan sebarang duti import menjelang 2016.

Berikutan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan kini sedang menurunkan duti tersebut secara berperingkat bagi mengelakkan kesan buruk terhadap industri automotif negara.



"Sebenarnya, harga beberapa model kereta baru sudah diturunkan antara tiga hingga lima peratus sejak suku akhir tahun lalu, di mana kebanyakan harga model pengeluar peralatan tulen (OEM) sudah dikurangkan antara RM2,200 hingga RM17,000," katanya pada sidang akhbar mengumumkan Pelan Penurunan Harga Kereta di sini hari ini.


Mustapa berkata, penurunan harga itu hasil daripada langkah kerajaan untuk menjadikan industri automotif lebih efektif dan kompetitif.

Katanya, satu daripada faktor yang menyumbang ialah pelaksanaan perjanjian Zon Perdagangan Bebas ASEAN.

Nelydia Senrose Nafi Jadi Punca Perpisahan




Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose & Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.

Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.

Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.

Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.



“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”

Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.

Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.

Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. Hehe...

Kredit: Rotikaya

Posted by Jobseekers

Shah Iskandar Akui Tidak Kecewa Rozita Che Wan Pilih Zain Saidin




Tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”

Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.
Posted by Jobseekers

Tunang Amar Asyraf Pelakon Setia Hujung Nyawa




Pelakon yang semakin dikenali Amar Asyraf, 26,  hero dalam drama Setia Hujung Nyawa tidak menyorok tentang statusnya, Amar sudah pun bertunang pada tahun lepas, pada hari raya ketiga. Amar merancang untuk menamatkan zaman bujang setahun lagi jika tidak ada aral melintang.

Amar belum sedia mendedahkan siapakah tunangnya. Dia tidak mahu kisah tunangnya turut menjadi paparan media. “Dia memahami saya dan kami bercinta dah lebih dua tahun,” katanya pasal gadis Perak

Hanya nama tunang saja yang dipaparkan di sebuah kolum hiburan, iaitu Arna seorang pengarah produksi terlibat juga dalam bidang teater. Amar bekas graduan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) juga aktif dalam teater.

Ditanya tentang penerimaan peminat setelah mengetahui dia sudah bertunang, Amar yakin peminat sekarang bijak menilai bakat dan tidak kisah walaupun pelakon itu sudah pun berkahwin, contohnya Aaron Aziz yang berjaya walaupun dah kawhin. Dia tidak kisah lewat dikenali tetapi percaya dengan bakat yang dimilikinya mampu buat orang tahu keupayaannya berlakon.


Biodata Amar Asyraf:

Nama: Amar Asyraf Zailuddin

Pendidikan: bekas pelajar Aswara.

Berasal dari Melaka.

Lahir November 15, 1986

Drama dan telemovie : Psikik di Tv1, Kasih Najihah, Nilapura, Dalam Hati ada taman, Penunggu Istana,Dia Bukan Mariam, Kitab Cinta, Qada dan Getaran
Posted by Jobseekers

Brtudung tapi nampak buntut

Buka aib ke? ntahla.. mungkin kepada gadis yang pakai baju singkat atu ketat, ini peringatan untuk anda..lelaki memang pantang benda-benda camni....





Rabu, 27 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Myvi Xtra ‘Special Edition’ dengan kadar faedah pinjaman 0%, hanya untuk pasaran UK!


Perodua di pasaran United Kingdom (UK) telah memperkenalkan sebuah model ‘Special Edition’ terbaru Myvi Xtra yang direka lebih bernilai untuk wang dengan menggabungkan beberapa pilihan popular yang pernah ditawarkan untuk Perodua Myvi.

Dengan harga lebih £100 berbanding model standard Myvi SXI, Myvi Xtra ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu hanya £7,099. Pelanggan boleh membuat pilihan di antara warna Glittering Silver atau cat metalik Medallion Grey tanpa sebarang kos tambahan.

Namun apa yang paling menggembirakan bagi para pelanggan Perodua di UK ialah Perodua telah menawarkan kadar faedah pinjaman kewangan percuma untuk Myvi Xtra sehingga berakhirnya bulan Mac ini.











Selasa, 26 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Clio Renaultsport 200 Turbo – 200hp & 240Nm

Clio Renaultsport 200 Turbo terbaru ini menjana tenaga setinggi 200hp dengan tork maksimum mencecah 240Nm, menurut maklumat rasmi yang dibekalkan oleh Renault UK baru-baru ini.

Model supermini tersebut dibekalkan enjin petrol 1.6 liter turbo yang dipadankan sistem transmisi Renaultsport Efficient Dual Clutch enam kelajuan, dipertingkatkan lagi dengan bantuan paddle shifter yang dipasang di bahagian roda sterengnya.

Kepantasan pecutan dari titik pegun ke 100 km/j dicatatkan dalam tempoh masa hanya 6.7 saat. Lima pilihan warna boleh didapati, salah satu daripadanya ialah warna eksklusif Liquid Yellow

Gambar:






GEMPAR !!! PENDEDAHAN KAJIAN BN MEMANG BESAR DARI SUMBER DALAMAN RISIKAN PAS !!!!





Menurut sumber tersebut, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut Pas bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.

Sementara Dap pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, juga di Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara.

Mungkin analisa yang diberikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh perdana menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.

Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.

Posted by Jobseekers

Suka Hati Sayalah??- Akibat desakan hidup




Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”

Itu kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Linda, 29, antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.

Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.

“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.

Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,” katanya.

Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.
“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.

“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,” katanya ketika dihubungi.

Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web.
Posted by Jobseekers

Zain Saidin Terkejut dan menafikan Bakal Kahwin Rozita Che Wan Julai




Dan ia pun bermula, percanggahan kenyataan yang memang perkara biasa dalam dunia artis Malaysia. Heh. Hari ini kita ada Rozita Che Wan & Zain Saidin yang mula berbeza kenyataan.

Hari ini, Rozita Che Wan menerusi Harian Metro berkata yang beliau dan kekasihnya Zain Saidin bakal melangsungkan perkahwinan pada Julai 2013 ini untuk menamatkan semua spekulasi.

Namun dalam satu kenyataan balas menerusi Media Hiburan, Zain Saidin mengakui beliau terkejut dengan kenyataan Rozita Che Wan tersebut tetapi tidak menafikan yang mereka akan berkahwin.

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini. Saya sendiri pun terkejut kenapa Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami”

“Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.”

Kredit: Rotikaya
Posted by Jobseekers

Ford Malaysia perkenal Ranger XL manual


Menambah varian sedia ada di kalangan ahli keluarga trak pikap double-cab Ford Ranger serba baru, Ford Malaysia memperkenalkan varian terbaru Ford Ranger 2.2L XL 4×4 Double Cab MT yang didatangkan dengan tanda harga RM79,888.00 (OTR termasuk insuran, Semenanjung Malaysia).

Berbanding varian Ford Ranger 2.2L XLT 4×4 Double Cab yang tersedia pilihan transmisi manual dan automatik, varian XL hanya boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan. Enjin diesel empat silinder sebaris bersesaran 2,198cc pada model berkenaan menjana kuasa setinggi 125PS@3,700rpm dengan tork maksimum 320Nm@2,500rpm.


Empat warna ditawarkan iaitu Putih, Hitam, Perak dan Kelabu. Dengan pelancaran varian terbaru Ford Ranger 2.2L XL manual, para pelanggan Ford di Malaysia kini berpeluang memiliki sebuah Ranger serba baru pada harga lebih berpatutan.

Sebagai perbandingan, varian Ford Ranger 2.2L XLT 4×4 Double Cab Automatik dan Manual yang dilancarkan sebelum ini masing-masing berharga RM96,888.00 dan RM89,888.00

Gambar:-




Naza Euro Motors bersedia untuk melancarkan dua model baharu Citroen DS5 dan DS4


Pengedar rasmi bagi kenderaan berjenama Citroen di Malaysia yang baru saja dilantik iaitu Naza Euro Motors telah mengumumkan bahawa syarikat itu kini bersedia untuk melancarkan dua model baharu Citroen DS5 dan Citroen DS4 untuk pasaran tempatan.

Pelancaran kedua-dua model berkenaan juga akan diadakan serentak dengan pelancaran pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertama Naza Euro Motors yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Dengan tagline ’Creative Technologie’, pelancaran Citroen DS5 dan DS4 akan membuka lembaran baru bagi Citroen di Malaysia, begitu kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza baru-baru ini.


Barisan model DS diperkenalkan oleh Citroen dalam tahun 2010, di mana model DS5 telah dinobatkan oleh majalah terkenal UK Top Gear sebagai ”Family Car of the Year”. Di bawah hudnya, Citroen DS5 dikuasakan enjin 1.6 liter twin-scroll turbo bertekanan tinggi yang menghasilkan kuasa 156hp dan tork 240Nm dan dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Bagi model Citroen DS4 pula, enjin 1.6 twin-scroll turbo bertekanan tinggi yang dipasang padanya menghasilkan 163hp kuasa kuda dan 240Nm tork maksimum, yang kemudiannya turut dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Pusat 3S Citroen Glenmarie merupakan yang pertama dilancarkan oleh Naza Euro Motors di Malaysia dan akan menampilkan Salon DS, yang mana ianya secara eksklusif akan mempamerkan barisan model Citroen DS dan identiti korporat uniknya.

Gambar:




Proton Preve dapat 5 Bintang ANCAP

Tahniah diucapkan kepada Proton kerana model Preve berjaya mencapai tahap 5 Bintang, dengan jumlah markah keseluruhan yang diperolehi ialah 34.25 daripada 37 markah. Kalau dikutkan prestasi model-model kereta lain iaitu Mercedes-Benz B Class, BMW 3-Series dan Volvo V40 masing-masing mendapat markah sebanyak 36.78, 36.76 dan 36.67

Proton Preve yang masuk ke pasaran Australia, akhirnya hari ini laman web tersebut telah mengeluarkan keputusan rasminya.



Maserati GranTurismo Sport kini di Malaysia


Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan berjenama Maserati di Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk sebuah lagi jentera eksotik untuk pasaran tempatan iaitu Maserati GranTurismo Sport.

Model berkenaan dilancarkan di pusat 3S (pameran, jualan dan alat ganti) Maserati di Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor, dengan harga jualannya bermula dari RM1.118 juta. Pada hari pelancaran, Naza Italia sudah menerima dua tempahan dengan bayaran tempahan sebanyak RM100,00.00 seunit.


Maserati GranTurismo Sport dipasang enjin V8 4.7 liter dengan dua pilihan transmisi enam kelajuan, iaitu kotak gear automatik (MC Auto Shift) dan electro-actuated (MC Shift). Kuasa yang terhasil mencapai angka 460hp dengan kuasa kilas maksimum setinggi 520Nm.

Kelajuan maksimum yang mampu dicapai sehingga 300 km/j untuk varian dengan transmisi MC Shift dan 298 km/j untuk varian MC Auto Shift. Kelajuan dari titik pegun ke 100 km/j pula mengambil masa hanya 4.7 saat (MC Shift) dan 4.8 saat (MC Auto Shift) masing-masing.

Gambar:




Isnin, 25 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Yamaha RX-Z 135 (1987 – 2011)



Sayang sekali motosikal dua lejang antara yang paling popular di Malaysia iaitu Yamaha RX-Z 135 telah dihentikan pengeluarannya oleh Hong Leong Yamaha Sdn Bhd mulai tahun 2011.

P/s: Tapi 125 ZR kan ada lagi.
Posted by Jobseekers

Honda Malaysia lancar model hibrid CR-Z baharu versi dipertingkatkan


Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan pada mulanya dipertontonkan kepada umum di Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia 2012 yang lalu dalam bulan September, sebelum membuat kemunculan rasmi di Paris Motor Show 2012 dalam bulan yang sama.

Akhirnya dua hari yang lepas Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model tersebut untuk pasaran Malaysia, didatangkan dengan beberapa perubahan luaran dan dalaman yang kini tampil lebih sporty dan menawan. Antaranya ialah kehadiran lampu HID baharu, gril hadapan dan bampar baharu, lampu nyala siang hari yang dipertingkatkan, hiasan kanta ‘Blue Clearcoat’ pada lampu LED belakang dan ‘diffuser’ belakang baharu.


Bahagian interior pula memperlihatkan kehadiran tempat duduk separuh kulit dengan jahitan benang merah, termasuk jahitan yang sama pada roda stereng dan tombol gear, serta penggunaan skim warna hitam dan merah untuk menyerlahkan lagi suasana lebih sporty di bahagian ruangan kabin.


Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan ini masih mengekalkan tiga mod pemanduan seperti versi sebelumnya, namun ia kini menawarkan pengalaman pemanduan lebih bertenaga melalui penggunaan bateri Lithium-Ion dan motor eletrik baharu, serta sistem transmisi yang dipertingkatkan. Model berkenaan yang kini turut menawarkan ciri baharu ‘Plus Sport’ mampu menghasilkan kuasa dan prestasi lebih tinggi dari enjin 1.5L i-VTEC yang digunakan.


Dua varian transmisi ditawarkan untuk CR-Z versi dipertingkatkan ini sama ada manual enam kelajuan atau automatik CVT, memberikan pelanggan lebih pilihan untuk memandu kereta hibrid berprestasi ini mengikut gaya dan minat masing-masing. Empat warna luaran menarik turut boleh didapati, di mana salah satunya ialah warna ungu (Premium Northern Lights Violet Pearl) yang anda boleh lihat di dalam galeri yang disediakan di bawah.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan ini ditawarkan pada harga RM119,000.00 (On-The-Road Price with Insurance) untuk versi manual, manakala versi automatik CVT berharga RM123,000.00 (On-The-Road Price with Insurance). Aspek jaminan pula ditawarkan selama lima tahun tanpa had jarak perbatuan termasuk untuk bateri IMA.

Gambar:-










SEAT kemukakan model terbaru Leon SC


Model terbaru SEAT Leon SC (Sports Coupe) akan membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show 2013 tidak lama lagi, namun sebelum itu anda sudah boleh menyaksikan foto-foto studio menarik model berkenaan dalam galeri di bawah.

Model hatchback tiga pintu Leon SC terbaru ini dilancarkan dengan beberapa siri enjin TDI dan TSI yang berkuasa, yang mana kesemuanya dilengkapi sistem suntikan terus dengan pengecas turbo, selain dilengkapi pelbagai teknologi terkini yang canggih.


Enjin 1.6 TDI yang dilengkapi sistem Start/Stop dan Energy Recovery pada Leon SC antara yang paling menjimatkan dengan ukuran penggunaan bahan api pada kadar 74.3mpg, di samping emisi CO2 yang dilepaskan serendah 99g/km. Enjin 2.0 TDI pula cukup berkuasa pada angka 150PS dan 320Nm, namun mampu mencapai perjalanan sejauh 110km menggunakan segelen bahan api, dengan emisi hanya 106g/km.


Bagi penjana kuasa petrol, Leon SC menawarkan enjin 1.2 TSI 105PS dengan gabungan tahap ekonomi 57.6mpg yang begitu menjimatkan. Seterusnya enjin 1.4 TSI yang menjana kuasa 140PS dan tork maksimum 250Nm, bersama-sama ciri standard Start/Stop dan Energy Recovery, ia mampu mencapai tahap gabungan sehingga 54.3mpg, bersamaan emisi hanya 119g/km.


SEAT Leon SC yang hadir dengan reka bentuk cukup bergaya dan dinamik ini turut dilengkapi enjin petrol paling berkuasa 1.8 TSI yang menghasilkan kuasa setinggi 180PS dan tork 250Nm. Bergantung kepada varian enjin, kuasa yang terhasil dikawal sama ada oleh kotak gear manual lima atau enam kelajuan, atau transmisi DSG dwi-klac automatik yang ringan dan kompak.

Sama seperti model lima pintu Leon, model Leon SC terbaru ini turut ditawarkan mengikut spesifikasi S, SE dan FR untuk pasaran United Kingdom (UK). Saksikan foto-foto menarik SEAT Leon SC dalam galeri yang disediakan di bawah.

Gambar:







Khamis, 21 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -