Posted by : Jobseekers Ahad, 5 Ogos 2012





Sesiapa yang bertaraf jutawan bolehlah berfikir sejenak sama ada untuk membeli atau tidak sebuah supercar Lamborghini Reventón yang bakal ditawarkan pada harga lebih dari sejuta paun (£1 million), bertempat di London Motorexpo yang akan bermula dari 11-17 Jun 2012.

Merupakan sebuah model eksklusif dan sangat jarang dijumpai, hanya 20 unit sahaja yang dikeluarkan di seluruh dunia dan model itu akan menjadi satu-satunya contoh yang ada di UK.

Reventón diperkenalkan kepada umum buat pertama kali di Frankfurt Motor Show pada September 2007. Walaupun harga yang ditawarkan kira-kira 1 juta paun, kesemua 20 unit telah ditempah walaupun sebelum ianya dipamerkan secara rasmi.

Dikuasakan enjin V12 bersesaran 6.5 liter yang menghasilkan kuasa 650bhp, Reventón yang dibina dari material karbon fiber dan diinspirasikan dari bentuk jet pejuang F-22 Raptor itu mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 3.4 saat, dengan kelajuan puncak 340 km/j.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -