- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Audi Q3 kini di pasaran tempatan
Posted by : Jobseekers
Ahad, 5 Ogos 2012
Buat peminat SUV bersaiz sederhana namun mewah kuasa, jenama Audi mungkin menjadi pilihan yang sesuai. Pengimport rasmi kenderaan Audi di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) baru-baru ini telah memperkenalkan SUV kompak premium Audi Q3 untuk pasaran tempatan yang ditawarkan dalam dua varian, Normal dan S Line.
Audi Q3 untuk pasaran Malaysia ini menggunakan enjin petrol TFSI 2.0 liter dengan kuasa 170hp dan 280Nm tork, dipadankan bersama sistem transmisi automatik S tronic tujuh kelajuan. Ia menggunakan sistem pacuan semua roda Quattro bagi mengerakkannya, dengan penggunaan bahan api pada kadar 7.7 l/100 km sahaja.