- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Mazda BT-50 serba baharu akan dilancarkan di pasaran tempatan
Posted by : Jobseekers
Ahad, 5 Ogos 2012
Trak pikap terbaharu Mazda BT-50 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan. Hasil tinjauan di dalam laman sesawang Mudah.my mendapati terdapat beberapa promosi awal daripada wakil penjual Mazda, antaranya dari Krystal Point, Penang yang telah memuat naik beberapa keping gambar yang anda boleh lihat di sini.
Harga yang ditawarkan untuk Mazda BT-50 ini dijangka bermula dari RM87K, dan boleh didapati dalam dua varian, 2.2AT dan MT 3.2AT. Menurut wakil penjualnya, tempahan telah dibuka mulai sekarang.