- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Nissan Livina X-Gear terima anugerah ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’ dalam anugerah Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012
Nissan Livina X-Gear terima anugerah ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’ dalam anugerah Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012
Posted by : Jobseekers
Ahad, 5 Ogos 2012
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Nissan LIVINA X-GEAR telah dipilih sebagai ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’ dalam anugerah Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012 kali kelima. Selaku anugerah industri automotif terbesar di Malaysia dan barometer pasaran yang disegani, Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012 sekali lagi menyenaraikan kenderaan-kenderaan yang paling cemerlang berdasarkan proposisi nilai sebenar setiap kenderaan terbabit.
“Majlis Anugerah Industri menjadi petunjuk beberapa buah kenderaan terbaik yang ditawarkan oleh industri untuk pandu uji dalam 12 bulan yang lalu. Setiap tahun, kami akan memilih satu daripada segmen terpenting sebagai penerima anugerah kategori ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’. Kenderaan ini dicari-cari oleh pembeli daripada golongan kelas pertengahan di Malaysia untuk dijadikan kereta pertama atau kedua di dalam garaj mereka.
“Kami perlu menilai harga jualan semua kenderaan yang dipilih, di samping melihat kepada ciri-ciri yang mesra keluarga, mudah dipandu, menjimatkan minyak, jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan kemungkinan nilai jualan semula. LIVINA X-GEAR memiliki semua kualiti ini, selain pemilikan menenangkan fikiran yang ditawarkan oleh Nissan,” kata Ketua Editor Asian Auto, Daniel Fernandez.