Memaparkan catatan dengan label Comicking. Papar semua catatan
Sambutan 100 Tahun Hari Jadi Doraemon Di Hong Kong (19 Gambar)
Jika anda membaca komik Doraemon anda mungkin tahun 3 September 2112 ialah hari jadi kucing android biru kegemaran anda. Bagi menyambut countdown hari jadi beliau, sebuah pameran Doraemon didakan di Hong Kong. Pameran 100 Years Before the Birth of Doraemon ini bermula 14 Ogos yang lalu dan akan berlangsung sehingga 16 September ini. Sepanjang pameran 100 replika Doraemon dengan 100 alatan ajaib yang digunakan beliau dipamerkan pada pintu hadapan ruang pameran. Disamping itu anda juga boleh melihat replika saiz sebenar alatan yang digunakan Doraemon seperti Pintu Suka Hati disana. Di sekitar Hong Kong pula patung yang memaparkan kisah-kisah klasik Doraemon juga diletakkan.
Kami harus akui kami tediri dari kalangan Doraemonfag. Semasa kami kecil kartun Doraemon wajib ditonton dan komik juga wajib dibaca. Sampai sekarang kalau bosan kami masih boleh baca balik komik klasik nukilan arwah Fujio F Fujiko. Mungkin kami dah slowpoke tapi masih sempat kami ucapkan Selamat lagi 100 tahun hari jadi kamu Doraemon!
Robot Biru X kedekut...hahaha
KURATAS : Gundam Sebenar! (16 Gambar)
Rakan-rakan sekalian bergembiralah. Hari yang dinantikan semua peminat Gundam. Macross, Evangelion dan PatLabor kini menjadi realiti. Sebuah robot yang boleh dipandu manusia sudah dihasilkan. Impian kita menjadi jurupandu robot semasa berumur 8 tahun dahulu kini boleh menjadi realiti asalkan anda mampu membayar USD 900 000 untuk sebuah Kuratas. Kuratas ialah nama robot empat tayar yang dihasilkan oleh Suidobashi Heavy Industry yang berpengkalan di Tokyo. Ianya direka oleh Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata dan robot ini boleh dipandu secara manual dari kokpit atau menggunakan sebuah iPhone secara tambatan 3G. Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata sudah membina Kuratas sejak tahun 2010 lagi dan dipertontonkan kepada orang ramai ketika Wondercon semalam.Robot ini mempunyai ketinggian 4 meter , lebar 3 meter dan berat 4500 kilogram! Sangat awesome. Now all we need is Aliens to test Kuratas weapon system!





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





.jpg)

.jpg)




