Archive for September 2013

Gambar: Isteri Psy Gangnam Style Adalah......??

ISTERI PSY GANGNAM STYLE | PSY WIFE

Siapakah Isteri Artis Korea yang bergelar Jutawan Ini?

Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy!



Jumaat, 6 September 2013
Posted by Jobseekers

Honda Accord 2013 Dilancarkan, Harga Bermula Pada RM139,800

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Akhirnya Honda Accord 2013 serba baru telah pun dilancarkan di Malaysia semalam. Dengan harga bermula pada RM139,800 (di atas jalan dengan insurans), Honda melancarkan 3 varian untuk pilihan pemandu Malaysia.
1. Honda Accord 2.0VTi: RM139,800
2. Honda Accord 2.0VTi-L: RM149,800
3. Honda Accord 2.4VTi-L: RM172,800
Harga varian 2.0VTi adalah lebih murah RM3,000 berbanding dengan model Honda Accord sebelum ini. Model-model ini kesemuanya dipasang di kilang Honda di Pegoh, Melaka.
Menariknya kali ini, Honda menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had jarak perjalanan kepada pembeli-pembeli Accord. 6 servis percuma sehingga 100,000km akan turut diberikan (diselangselikan dengan servis berbayar). Tempoh masa servis ialah setiap 6 bulan atau 10,000km.

 Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 2,800 unit untuk tahun 2013 ini, sekaligus memegang pasaran sebanyak 30 peratus untuk segment D kereta luar. Nantikan informasi lebih mendalam mengenai Honda Accord 2013 serba baharu ini sebentar lagi. Buat masa ini, kongsikan pendapat anda mengenai model Accord terbaru ini.

Gambar :


 
Khamis, 5 September 2013
Posted by Jobseekers

Awak Nak Beli Kereta? Gunakan Peraturan 20/4/10! Apakah itu???


Pembelian kereta di Malaysia rata-rata meningkat. Tidak perlulah kita sandarkan pada indeks jualan kereta dan sebagainya. Cukup lah jika kita banding para pelajar university 10 tahun lepas tidak ramai menaiki kereta ke kolej, tetapi pelajar kini, setidak-tidaknya ibubapa belikan Viva kecil untuk kegunaan seharian sebagai seorang pelajar.

“Freshgrads” kini pula “tak nak kalah” memandu Honda City, Toyota Vios, satu petanda yang institusi perbankan tempatan sungguh mudah memberi pinjaman kereta, dengan promosi seperti tiada downpayment, interest rendah dan sebagainya. Malangnya, terlalu banyak rakyat Malaysia berpendapatan sederhana membeli kenderaan yang mereka tidak mampu, dan terjerumus dalam kesimpitan hidup.

Menurut Wisebread, satu kajian oleh Interest.com menunjukkan bahawa pendapatan keluarga berpendapatan sederhana dalam semua negeri di Amerika kecuali satu bandar utama (Washington DC), tidak mampu membayar harga purata yang dibayar oleh penduduk Amerika  untuk kereta baru. Maksudnya di sini, jika harga purata harga kereta yang di bayar oleh penduduk Amerika ialah USD 500, maka semua penduduk Amerika kecuali di Washington, tidak mampu.

“Car Affordability Study”  2013 laman web menggunakan Hukum 20/4/10 (akan diterangkan kemudian) dan berdasarkan data mengenai pendapatan, insurans kereta, kadar cukai jualan kenderaan dan beberapa maklumat lain untuk menentukan apa yang keluarga berpendapatan median dalam 25 kawasan metro terbesar mampu berbelanja pada kenderaan baru.




Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan julat yang tinggi, di mana di Washington mereka mampu membayar kereta sehebat BMW X1 tetapi penduduk di ceruk kampung hanya mampu membeli kereta murah. Ini mungkin disebabkan undang-undang dan cukai di Amerika berbeza mengikut negeri, dan yang paling penting, pendapatan penduduk di bandar besar jauh lebih daripada pendapatan penduduk luar bandar.

Konklusi kepada kajian tersebut ialah di Amerika, sangat ramai berbelanja lebih dariapada apa yang mereka mampu untuk kereta mereka. AK tahu, ini sememangnya data kajian daripada Amerika yang mempunyai harga kereta yang rendah, tetapi apa salahnya jika kita menbaca. Sebelum ini AK ada juga yang mendengar teori jika anda mampu membayar kereta tersebut dalam masa 4 tahun, maka anda mampu lah membeli kereta idaman anda itu. Seperti juga di Amerika, kita di Malaysia berbelanja lebih daripada kemampuan kita untuk kereta.

 Peraturan 20/4/10 untuk Mengawal Perbelanjaan Kereta

Bagaimana kita hendak mengetahui jika anda mampu kereta baru atau tidak? Gunalah peraturan 20/4/10.

Secara ringkasnya, kaedah itu berkata pembeli perlu:

Meletakkan sekurang-kurangnya 20% duit muka (downpayment)
Membiayai kenderaan untuk tidak lebih daripada empat tahun
Pastikan jumlah perbelanjaan bulanan kenderaan – termasuk prinsipal, faedah, dan insurans – di bawah 10% daripada pendapatan kasar
Mari kita lihat hukum ini satu persatu.

20% Duit Muka

Meletakkan 20% duit muka (atau lebih) memastikan anda tidak membuat pinjaman yang terlalu besar. Bayaran muka yang besar akan mengurangkan jumlah faedah yang anda akan membayar dengan mengurangkan saiz pinjaman anda. Jika anda kurang 20% daripada harga kereta itu (tunai), ia adalah petanda kenderaan tersebut terlalu mahal untuk anda.

Membiayai Tiada Lebih Empat Tahun

Pemberi pinjaman boleh menawarkan lebih lama jangka masa pinjaman, tetapi ia tidak akan memberi manfaat kepada anda. Semakin lama tempoh bayaran balik, semakin tinggilah pinjaman (kerana faedah) dan semakin lama anda menunggu sebelum kereta itu betul-betul menjadi milik anda.

Jumlah Perbelanjaan bawah 10% daripada Pendapatan Kasar

Anda tidak perlu meletakkan lebih daripada 10% daripada pendapatan bulanan anda ke dalam kenderaan. Kurang daripada 10% adalah lebih baik. Malah, kurang daripada kira-kira 30% daripada pendapatan anda perlu pergi ke arah membayar balik semua pinjaman anda. Iya, apa yang dimaksudkan di sini ialah semua pinjaman anda termasuk rumah, pinjaman peribadi, hutang PTPTN dan sebagainya.

Sudah tentu, peraturan 20/4/10 hanyalah garis panduan, bukan satu peraturan yang diwajibkan. Garis panduan lain mengatakan perbelanjaan kereta, termasuk bayaran kereta, insurans, dan pembaikan, tidak boleh melebihi 20% daripada gaji bersih bulanan.

Daripada menggunakan formula sebagai kaedah pengukuran untuk semua benda, ada baiknya anda menggunakannya sebagai panduan dan juga untuk memahami perbelanjaan anda, bercakap dengan bank yang berbeza tentang pilihan pinjaman, dan apa yang paling penting sekali ialah jujur ​​tentang apa yang anda mampu.

Bagaimana anda menentukan bajet anda untuk kenderaan? Kongsikan di ruang komen

Kredit: Arena Kereta
Selasa, 3 September 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -