Memaparkan catatan dengan label Malaysian Car Liking. Papar semua catatan

Rahsia Yang Wajib Korang Tau....

RAHSIA ni kalau korang tahu.. Mesti banyak kemalangan jalan raya dapat dielakkan..

Rahsia tentang satu "batang ajaib" dalam kereta korang.
Sesetengah kereta "benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..

X kesah lah belah mana pun, tetap sama "magic" dia.

Nampak tak gambar "anak panah @ arrow" tu?.

√ Kalau "batang ajaib" ni ada di sebelah kiri :
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH" magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.

√ Kalau "batang ajaib" ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.

So, dah tahu rahsia "batang ajaib" ni?
Jadi, lepas ni kalau nak Masuk simpang, nak susur keluar, nak himpit tepi, TOLONG kongsi rahsia ni.

Jangan nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, xnak orang belakang tahu ko nak kemana.

Ko ingat supprise ko tu "sweet" sangat?.

Boleh maut ko tahu??
Khamis, 20 Ogos 2015
Posted by Jobseekers

Warna Penentu Nilai kereta Anda

Kita di Malaysia mungkin tidak pernah terfikir bahawa warna kenderaan ada juga kaitan dengan nilai jualan semula kenderaan. Mungkin ianya tidak begitu ketara di Malaysia, namun di AS ianya dilihat penting. Oleh itu, mungkin langkah memilih warna selain daripada warna standard seperti hitam atau perak semasa membeli kereta dikatakan satu langkah bijak.

Satu kajian baru yang dijalankan oleh laman carian kereta terpakai iSeeCars.com, mendapati bahawa antara lebih 20 juta kenderaan yang dimiliki pada tahun lepas, warna yang kurang popular menghasilkan susut nilai yang lebih rendah daripada harga warna lebih disukai pembeli. Kuning dan oren menunjukkan penurunan harga yang paling rendah dalam analisis berbanding hitam, kelabu dan perak yang jatuh teruk.


Perbezaannya bukan hanya beberapa dollar. Kereta kuning susut 26.2 peratus secara purata dari MSRP asal mereka dalam 5 tahun, berbanding dengan 34.4 peratus bagi kenderaan hitam. Sebagai contoh, untuk model $ 40,000 yang biasa, di mana segala-galanya sama kecuali warna, model kuning susut $ 10,480 daripada nilainya dalam masa 5 tahun, dan model hitam pula jatuh $ 13,760 dari harga pembelian awal.

CEO iSeeCars.com Phong Ly, mengspekulasikan bahawa perbezaan ini boleh dikaitkan dengan bekalan dan permintaan (supply and demand). Ly mendakwa bahawa hanya 1.1 peratus daripada kereta di jalan raya berwarna kuning atau oren. Oleh itu, mungkin ianya diliihat lebih premium daripada yang lain.

Kajian itu menegaskan bahawa keputusannya sama tanpa mengira apa jua jenis kenderaan. Jadi, jika anda benar-benar cuba untuk memaksimumkan pembelian anda dan tidak keberatan dilihat sedikit “pelik” di atas jalan raya, ia mungkin langkah bijak untuk membeli kereta dengan warna yang jarang dilihat.

Anda setuju? Masuk akal bukan? Apa pendapat anda, dan apakah anda akan memilih warna seperti kuning atau oren untuk kereta baru anda?
Isnin, 23 Jun 2014
Posted by Jobseekers

Perlindungan Jaminan Tiada Bagi Mercedes Dibeli Menerusi Saluran Tidak Rasmi

Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.


Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

“Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

“Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah,” katanya.

Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sabtu, 21 Jun 2014
Posted by Jobseekers

B5 Biodiesel akan dijual seluruh negara bermula 1 Julai 2014


biodiesel b5 arenakereta new



Bermula dari 1 Julai, semua stesen minyak di negara ini akan mula menjual B5 biodiesel, apabila mandat Kerajaan untuk bahan api ini berkuat kuasa. Pengumuman ini dibuat awal minggu ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Seri Douglas Uggah Embas , yang memberitahu pemberita bahawa semua 3,877 stesen di negara ini akan menjual bahan api itu selepas ini .

Minyak B5 biodiesel yang berasaskan sawit , iaitu gabungan 95% diesel petroleum dan 5% biodiesel minyak sawit merupakan sebuah program yang telah bermula sejak 1 Jun 2011, apabila enam stesen di Putrajaya mula menjual bahan api jenis ini. Ia kemudiannya diperkenalkan di Melaka , Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pada tahun yang sama, dan diikuti Johor pada Julai tahun lepas.

Liputan telah diperluaskan kepada Wilayah Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Februari tahun ini , dan kini program ini telah tiba di Wilayah Utara , di mana 789 stesen di Perak, Kedah , Perlis dan Pulau Pinang akan melaksanakan mandat bulan ini. Fasa terakhir program B5 akan berlaku pada bulan Julai, apabila ia diperkenalkan di Sabah, Sarawak dan Labuan, mengikut Datuk Seri Douglas Uggah Embas .

Berikutan pengenalannya di seluruh negara biodiesel B5 , kerajaan bersedia untuk memberi mandat penggunaan biodiesel B7 – yang meningkatkan peratusan biodiesel minyak sawit dalam campuran untuk 7% – pada Januari 2015.
Memetik daripada satu artikel oleh Biodiesel Magazine pada 25 Julai 2013, KPPK berkata program biodiesel telah menyumbang kepada peningkatan 44 peratus dalam pengeluaran biodiesel sawit, dari 173.220 tan (52 juta gelen) pada tahun 2011 kepada 249,213 tan (75 juta gelen) pada tahun 2012, di samping membantu menstabilkan harga minyak sawit mentah melalui peningkatan biodiesel permintaan.
biodiesel launch

Mungkin ada yang tertanya, mengapa diperluaskan penggunaan Biodiesel, tidak diperkenalkan Diesel Euro4 seperti yang digunakan di Eropah. Bagi kami, salah satu jawapannya ada di perenggan di atas, di mana penggunaan biodisel (oleh kerana terdapat campuran minyak sawit) secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi negara. Biodiesel di negara lain menggunakan ada yang berasaskan minyak bunga matahari, jagung dan sebagainya. Dan apa yang ramai tidak tahu, harga Diesel Euro4 di luar negara lebih mahal daripada harga petrol mereka. 
Isnin, 24 Mac 2014
Posted by Jobseekers

JPJ Melaksanakan MyLesen April Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program MyLesen di setiap negeri bermula April ini bagi mengurangkan jumlah penunggang yang tidak memiliki lesen motosikal.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata melalui program itu, pihaknya akan memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Pemandu bagi ujian tahap satu baharu yang lebih jelas serta objektif dan berbeza dengan silibus lama.

“JPJ akan bekerjasama dengan sekolah memandu untuk melaksanakan program itu selama tiga bulan di setiap negeri. Satu negeri akan mengadakan satu program MyLesen sebagai pilot projek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata pada masa sekarang sebanyak 3.35 juta orang berusia 16 tahun ke atas tidak memiliki lesen untuk memandu apa sahaja jenis kenderaan di negara ini.

Setiap negeri masing-masing akan melaksanakan satu program MyLesen pada peringkat awal sebelum diperluaskan ke seluruh negara selepas JPJ membuat penambahbaikan berkaitan kelemahan serta kelemahan program berkenaan, katanya.

Ismail berkata selain MyLesen, JPJ juga akan melancarkan Kadet JPJ di sekolah mulai April dalam usaha untuk mendidik generasi muda mengenai isu-isu keselamatan jalan raya.

“Modul untuk Kadet JPJ juga akan kita berikan yang turut merangkumi etika ketika berada di jalan raya. Setiap negeri akan mempunyai sebuah sekolah melaksanakan program ini sebelum kita membuat penilaian untuk diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Selain itu beliau berkata JPJ akan meneruskan program SKSJ untuk membantu golongan berusia 45 tahun ke atas tidak memiliki lesen kerana jumlah mereka masih tinggi.

Sebanyak 45 program SKSJ seluruh negara akan dilaksanakan dan sejak diperkenalkan pada 2009 sehingga tahun lepas sebanyak 60,794 orang mendapat manfaatnya, katanya.

Semua usaha yang dilaksanakan JPJ adalah untuk membantu orang ramai memiliki lesen dan dilindungi perlindungan insurans jika berlaku kemalangan terhadap mereka, katanya. – Bernama
Ahad, 23 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Proton Global Small Car

Nampaknya Proton semakin hampir kepada pelancaran model terbarunya yang diberi nama Proton Global Small Car (GSC) P2-30A. Sekali pandang nampak macam Myvi pun ada. Pastinya banyak pihak tertunggu-tunggu rupa akhir model ini. Berdasarkan informasi kami, model ini sedang berada di dalam fasa terakhir iaitu undian pemanduan.
Adakah pelancaran Proton Global Small Car (GSC) P2-30A akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina? Sama-samalah kita nantikan. Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua. Info asal PaulTan dan Funtasticko.

Isnin, 6 Januari 2014
Posted by Jobseekers

Drive Thru Oil Xpress DTOX – Hanya 10 minit servis Kereta di PJ

Drive Thru Oil Xpress DTOX – Servis kereta 10minit di Petaling Jaya
Process menghantar kereta untuk diservis, dimana kereta dihantar untuk pemeriksaan, ditukarkan minyak hitam dan penapis minyak, lazimnya menjadi satu bebanan kepada pemandu serata dunia. Mengapa? Kerana banyak masa perlu diluangkan, sama ada pemandu atau pemilik kereta perlu meluangkan masa hampir sejam untuk menunggu proses tersebut selesai. Bagi kita yang tidak memiliki kelapangan masa sebegitu, pusat servis pandu lalu yang menawarkan perkhidmatan servis ekpres sangatlah bermanfaat, lagi-lagi di ibu kota.
Sebelum ini kami telah menerima satu email daripada syarikat Drive Thru Oil Xpress, yang lebih dikenali dengan nama “DTOX”, untuk membuat ulasan mengenai servis mereka. Namun, disebabkan tiada kelapangan, kami hanya sempat berkunjung ke DTOX semalam. Dalam nukilan ini, kami kongsikan pengalaman kami dengan DTOX, dari awal hingga akhir, satu persatu.

1. Pemerhatian Awal (sebelum pergi)

Baiklah, mengikut informasi yang terdapat dalam email tersebut, mereka mengatakan DTOX menawarkan servis yang hanya memakan masa 10 minit, dan kami diberikan servis pakej Signature S yang berharga RM158 untuk semakan(review) jujur daripada kami. Jika difikirkan sepintas lalu, harga RM158 untuk servis biasa menggunakan minyak enjin 10W-40 tidak lah begitu murah, dan tidaklah begitu mahal di sekitar Lembah Klang. Ada tempat yang menawarkan perkhidmatan sama dengan harga RM160++, dan ada juga yang serendah RM 130, bergantung kepada lokasi. Namun, masa itu emas, dan kami percaya manusia generasi Y seperti kami sanggup bayar lebih jika perkhidmatan didapati berbaloi. Betul tak?
Petikan daripada email yang kami terima:-
Konsep ini dikenali sebagai Industri Fast Lube di Amerika Syarikat, Kanada dan juga Australia. Di Amerika Syarikat sahaja terdapat lebih daripada 2000 pusat perkhidmatan konsep yang sama dan kini kami cuba untuk membawa model ini ke Malaysia dan berharap ia akan mengubah industri perkhidmatan kereta dan mengurangkan kerumitan untuk pelanggan apabila mereka menghantar kereta mereka untuk menukar minyak enjin dan juga servis kereta.
Terus terang kami katakan setakat ini, tiada lagi pusat servis sebegini di Malaysia. Mari kita lihat betul atau tidak penyataan mereka ya. Seperti yang dijanjikan kepada DTOX, ini merupakan review jujur daripada kami.

2. Lokasi dan Waktu Operasi

Seperti yang dinyatakan di atas, nukilan ini ditulis mengikut terbit pengalaman kami. Jadi, selepas membuat pemerhatian awal, tentunya kita terfikir “Bagaimana hendak sampai ke sana?”. Terletak di Petaling Jaya, berdepan dengan Bangunan PKNS Petaling Jaya, berhampiran Pj8 Servis Suite dan Stamford College Petaling Jaya, kami telah sampai di DTOX melalui Lebuh raya Persekutuan. Ada lah jalan lagi jalan lain, dan kami percaya pembaca semua lebih arif. Alah, Waze dan Google Map kan ada…
Apa yang penting sebelum sampai ke DTOX ialah:-
  • Alamat : No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya
  • Waktu Operasi : Hari Bekerja 7am – 7pm, Hari Minggu : 9am- 5pm
dtox lokasi

3. Impresi Pertama (sewaktu baru tiba)

Impresi pertama adalah segala-galanya, bukan? Kadang-kala walaupun sesebuah kedai itu disyorkan ramai orang, namun jika impresi pertamanya membawa imej yang tidak begitu diyakini, pasti kita berlalu pergi. Sesuai dengan konsep pandu lalunya, DTOX memang kelihatan seperti pandu lalu. Daripada gambar dibawah ini, sudah pasti laluan ini lalaun sehala. Walau bagaimana pun, pada awalnya saya datang daripada pagar belakang, dan baru sedar yang saya tidak mungkin dapat servis kereta dalam keadaan kereta berbalik, adoi! Terpaksa saya mencari pintu utama.
IMG-20140105-WA0007
Setelah memasuki ruang pertama, iaitu ruang menunggu, apabila didatangi pegawai DTOX, anda cuma perlu menurunkan tingkap, dan order boleh diambil terus tanpa perlu turun kereta. Order akan diambil menggunakan Ipad, di mana anda hanya perlu memberitahu servis apa yang anda perlukan, dan butiran maklumat. Pakej-pakej yang ditawarkan dipapar di dinding sebelah kiri, dan dikala itu saya juga diberikan pamplet yang menerangkan pakej servis mereka. Syarikat ini dimiliki oleh dua orang, iaitu En. Hendrik dan En. Chris. Saya telah didatangi oleh En Chris, dan setelah memberitahu saya datang membuat ulasan bagi pihak Arenakereta, saya dibawa kepada En. Hendrik.
Menurut En Hendrik, semua harga DTOX adalah “transparent”, dan tiada caj tersembunyi. Iyalah, masa servis hanya 10 minit, mana sempat untuk berdebat dengan pelanggan, bukan?
Terdapat 3 pakej di sini, iaitu Signature M (mineral 20W-50), Signature S (semi 10W-40), dan Signature F (fully synthetic 5W-40). Menurut En. Hendrik, 53% daripada pelanggannya mengambil pakej Signature M, 49% mengambil Signature S, dan selebihnya mengambil Signature F. Tambahannya lagi, kereta-kereta lama (5-10 tahun) yang diservis di DTOX semuanya mengambil pakej Signature M. Untuk mengetahui serba sedikit pasal minyak kereta, sila baca entri kami sebelum ini. Daripada gambar di bawah, kita boleh lihat perbezaan 3 pakej ini hanya terletak pada jenis minyak yang anda mahu pakai.
Jenama minyak yang terdapat di DTOX ialah Castrol, Shell, Mobil, Liqui Moly, dan M7 Pro Oil. Wow, Pro Oil pun ada! Menurut En Hendrik, di Petaling Jaya, anda hanya boleh dapatkan M7 Pro Oil di DTOX.
Semua penapis minyak adalah original.
IMG-20140105-WA0005

Mereka juga menyediakan perkhidmatan sama seperti pusat servis lain di Malaysia, seperti menukar minyak brek, cecair penyejuk kereta, servis tayar dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.
services

Gambar di bawah menunjukkan seorang pelanggan turun daripada kereta untuk berurusan dengan pegawai DTOX, sementara keretanya (merah) sedang berada di ruang menunggu.

IMG-20140105-WA0013

Mungkin para pembaca terfikir mengapa pelanggan ini masih turun kereta jika dikatakan DTOX ialah sebuah syarikat servis pandu lalu? Ha.. Ada kopi percuma. Jika anda datang pada hari bekerja pula, DTOX memberikan anda Nasi Lemak dan kopi. Di ingatkan jika anda datang servis di sini hanya kerana mahu makan Nasi Lemak percuma, anda perlu datang sebelum jam 10pagi ya. Hebat!

4. Servis bermula (masih dalam kereta)

Sewaktu saya tiba di situ, syukur tidak banyak kereta. Jangan risau, di DTOX, terdapat 4 (bay) tempat servis kereta, bermakna pada satu masa yang sama, sehingga 4 kereta boleh diservis sekali.

IMG-20140105-WA0004

Baik, kini bermulalah servis 10 minit yang dikatakan. Saya diberitahu untuk mematikan enjin kereta, tetapi saya mempunyai satu masalah, iaitu anak saya sedang tidur dalam kereta di carseatnya.
Saya : Anak saya tengah tidur, perlu saya keluarkan dia ke?
Pegawai : Tidak perlu, hanya turunkan tingkap, kami akan berikan air-cond
Saya : Berikan air-cond?
Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah, satu corong air-cond dihalakan ke dalam kereta comot saya, lalu membolehkan isteri dan anak saya duduk selesa dalam kereta walaupun enjin dimatikan. Satu idea bernas, satu idea yang nampak mudah, tetapi dapat menambat hati pelanggan.

dtox air-cond

IMG-20140105-WA0008

En. Chris tersenyum melihat saya teruja dengan ventilasi mereka (gambar atas)
Sementara anak dan isteri saya masih berada dalam kereta, proses servis sudah pun bermula. Seperi saya, anda mesti tertanya-tanya mengapa mereka boleh servis dengan pantas, sedangkan proses mengeluarkan minyak hitam di pusat servis lain memakan masa hampir 10-15 minit.
Menurut En Hendrik, semua proses servis ini dilakukan pada masa yang sama, memakan masa hanya lebih kurang 5 minit. Hanya 2 orang pekerja akan terlibat dalam proses servis ini. Seorang mekanik akan ditugaskan untuk menyedut minyak hitam kereta anda menggunakan satu alat yang diimport khas daripada luar negara. Berbeza daripada mesin penyedut lain yang menggunakan angin, mesin ini menyedut minyak daripada dalam enjin menggunakan pam elektrik. Lebih cepat, dan lebih efisyen. Penapis angin juga akan dibersihkan oleh mekanik yang sama.

dtox-mesin
dtox-sedut minyak

Pada masa yang sama, di bawah kereta, terdapat seorang lagi mekanik yang akan menggantikan penapis minyak. Mujur saya perasan. Semasa kereta saya sedang diservis, saya tidak perasan, sebab sibuk mengambil gambar, tahu-tahu je semua sudah siap. Hehe

IMG-20140105-WA0010

5. Pembayaran

Proses servis ini hanya memakan masa 5 minit, dan selebihnya adalah masa penginvoisan/pembayaran. Jika anda masih di dalam kereta, anda tidak perlu turun daripada kereta untuk membuat pembayaran. Terdapat 2 cara pembayaran, iaitu tunai atau pun menggunakan kad kredit/debit. Pegawai bertugas akan datang untuk melakukan transaksi, dan jika anda mahu membuat pembayaran menggunakan kad, pegawai tersebut akan melakukannya dengan mesin pembayaran kad boleh alih. Setelah transaksi selesai, dan anda sudah pun terima resit, anda boleh pulang!
Menurut En. Hendrik, pada hari bekerja (Isnin-Khamis), lebih kurang 20 kereta diservis di DTOX sehari, dan lebih kurang 30-40 kereta sehari pada hujung minggu (Jumaat-Ahad).

dtox - hendri

6. Kesimpulan

Bagi saya, servis DTOX memuaskan! Bagi pendapat saya lah, pusat servis sebegini perlu diperbanyakkan di serata Malaysia, kerana ia cepat dan tidak mengelirukan. Jika ada DTOX di kawasan saya (Bukit Jalil), saya pasti akan datang servis kereta saya di situ. Saya tidak perlu ambil cuti separuh hari semata-mata untuk servis kereta, dan saya boleh lakukannya betul-betul sebelum masuk kerja. Anda boleh lihatkan mengapa mereka buka seawal jam 7pagi? Jika anda masuk kerja jam 8.30pagi, anda boleh singgah di DTOX jam 7.30 pagi, servis kereta sambil makan nasi lemak dan minum kopi. Pada jam 7.40 pagi, anda boleh meneruskan perjalanan anda ke pejabat. Dengan adanya pakej Signature S,M dan F, isteri anda pun boleh hantar kereta untuk diservis, TANPA MERUNGUT kerana lama, takut ditipu, panas dan macam-macam lagi. DTOX ni boleh saya katakan seperti Pit Stop F1 dalam dunia servis kereta di Malaysia.

Sedikit info DTOX

  • Alamat – No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya.
  • Email – support@dtox.com.my
  • Tel – 03 7958 3869
  • Official Website – http://dtox.com.my
  • Facebook – DTOX Malaysia
  • GPS – (3.244724, 101.62817)
Cuba lah, Arenakereta mengesyorkan DTOX. Ini ulasan ikhlas dari saya, bukan kerana saya dapat servis percuma. Percayalah! Semoga mendapat manfaat daripada nukilan ini. Terima kasih diucapkan kepada DTOX, semoga perniagaan anda berkembang.

Kredit:Arenakereta

Akhirnya Proton Keluar Kereta Proton Hibrid Akhir Tahun 2014

Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta Proton hibrid pada akhir tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

“Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

“Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan,” katanya
Isnin, 16 Disember 2013
Posted by Jobseekers

Pelancaran Honda Odyssey– harga RM228k~RM248k

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Odessey 2013 baru – MPV generasi kelima ini membuat kemunculan globalnya di  pameran motor KLIMS13 yang lalu, yang tiba hanya dua minggu selepas pelancaran pasaran Jepun. Ia boleh didapati dalam dua varian, gred tinggi EXV dan gred standard pula dipanggil EX.

Enjin “Earth Dreams” DOHC 2.4 liter i-VTEC empat silinder menawarkan 175 PS pada 6,200 rpm dan tork sebanyak 225 Nm pada 4,000 rpm menjadi sumber kuasa kedua-dua varian tersebut, dikombinasikan dengan kotak gear CVT.

Seperti versi JDM, Honda Odyssey berukuran sepanjang 4,830 mm dan selebar 1,800 mm (+20 mm untuk EXV). Ketinggiannya ditetapkan pada 1,695 mm, manakala jarak roda adalah 2,900 mm dan berat badan adalah 1,820 kg untuk EX dan 1,855 kg untuk EXV itu.

Peralatan standard di kedua-dua varian termasuklah kawalan pelayaran (cruise control), paddle shifter, sistem audio enam pembesar suara dengan paparan sentuhan elektrostatik tujuh inci, kerusi kapten di barisan kedua dan LED daytime running lights.

Varian EXV pada dasarnya mencerminkan JDM Odyssey Absolute dari segi kit dan trim. Ia menambah aerodinamik  bumper depan dan belakang, grill depan, lampu kabus, lampu auto LED serta sunroof depan dan kemasukan pintar dengan ignasi push-start.

Varian gred tinggi EXV disertakan penghawa dingin berasingan di kabin depan dan penghawa dingin auto di kabin belakang (EX hanya memiliki penghawa dingin auto di kabin depan, dan udara sejuk disalurkan ke belakang melalui salur ventilasi udara), tempat duduk lapan posisi di bahagian pemandu, sunshades pintu sebelah belakang, pemegang cermin mata hitam, cermin solek berlampu, dan beberapa lagi ciri-ciri lain.

Perbezaan lain antara varian EX dan EXV merupakan trim dalaman, di mana EX mempunyai interior ivory dan kerusi dibalut fabrik, manakala kabin EXV ini didatangkan dengan interior hitam berkerusi kulit.

Buat kali pertamanya, Odyssey baru ini mempunyai pintu belakang gelongsor, mempunyai siling yang lebih tinggi, lantai yang lebih rendah dan lebih banyak ruang dalaman daripada model-model  sebelumnya terima kasih kepada platform ultra-low-floor baru, menggabungkan tangki minyak rata dan langsing serta struktur lantai belakang yang rata. Anak tangga belakang hanya 300 mm dari tanah, membuatkan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah.

Kerusi barisan kedua juga merangkumi footrests dan backrest, manakala kerusi barisan ketiga pula dibahagikan kepada tiga, di mana setiap penumpang di barisan tersebut boleh memilih sudut berbaring mereka sendiri.

Kedua-dua model menaiki aloi 17-inci, dibalut dengan 215/55 siri tayar.

Peralatan keselamatan standard termasuk VSA, ABS dengan EBD dan BA (brake assist), hill start assist, mata ISOFIX, sensor letak kereta depan belakang dan enam beg udara (dua depan dan beg udara i-SRS sisi, dan beg udara langsir sisi sehingga barisan ketiga). EXV ditambah dengan informasi blind spot dengan Cross Trafic Monitor (CTA), sistem kamera pelbagai pandangan, kamera undur pelbagai sudut dan sistem bantuan parking kereta pintar.

Honda Odyssey boleh didapati dalam empat warna – White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl. Akhir sekali, harga bagi Odyssey EX ditetapkan pada  RM228, 000, manakala EXV pula ditetapkan pada RM248, 000 (keduanya harga di atas jalan dengan insurans). CBU Odyssey yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Penyerahan pertama kepada pembeli dijadualkan bermula pada bulan Januari.









Khamis, 28 November 2013
Posted by Jobseekers

Proton Perdana yang seterusnya

Perubahan yang dikatakan:-

``This Proton-badged Accord has very minimal disguise, and still looks largely like a Honda Accord. The grille is covered up, which suggests that Proton has its own take on the car’s nose. The alloy wheels on this car look similar to those on the Proton Exora Prime.

Inside, there are minimal changes, with the Honda badge on the steering wheel simply replaced by a Proton badge. Visible cues such as paddle shifters and VSA switch means that the donor form is the 2.4 VTi-L variant. We also see some kind of ballast in the rear to simulate rear occupant load weight balance – in tandem with wired sensors on the air-conditioning vents, the car is likely undergoing AC evaluation trials under load. Also, the stock redline on the tachometer effectively puts rumours of the Petronas E01e engine being under that hood to rest.``

Kredit : paultan








Jumaat, 8 November 2013
Posted by Jobseekers

KIA Picanto dengan harga yang berpatutan dalam kelasnya

Naza Kia Malaysia telah mengumumkan harga rasmi KIA Picanto serba baharu. Picanto baharu ini didatangkan dengan dua pilihan; 1.2 liter automatik dengan harga RM59,888 dan 1.2 liter manual pada harga RM54,888. Harga tersebut adalah untuk di semenanjung Malaysia.

Di Kuching harga varian 1.2L AT ialah RM61,888, sementara itu di Miri harganya RM62,388 dan RM62,888 di Sabah. Bagi varian 1.2L MT berharga RM56,888 di Kuching, RM57,388 di Miri dan RM57,888 di Sabah.

Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk insurans.

Pengenalan Picanto baharu ini terarah kepada golongan yang mencari kereta kompak bandar yang mempunyai rekabentuk yang tersendiri, serta mempunyai ciri-ciri moden tanpa berkompromi tentang aspek keselamatan dan penjimatan minyak pada tanda harga yang berpatutan.

“Picanto baharu ini mempunyai harga yang berdaya saing jika dibandingkan dengan kenderaan yang berada dalam kelasnya. Ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri bertaraf kelas pertama. Jadi pelanggan membayar harga kereta A-Segmen tapi mendapat nilai kereta C-Segmen,” jelas Datuk Hafiz Sued Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia.

Ciri-ciri yang dilengkapi bersama Picanto baharu ini antaranya, lampu hadapan projektor auto serta lampu LED pemanduan waktu siang, kombinasi lampu belakang LED, stereng yang dilengkapi butang kawalan audio dan bluetooth.

Ciri keselamatan pula termasuklah enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta Kawalan Bantuan Pendakian Bukit (HAC).

Model KIA Picanto baharu ini boleh didapati dalam pilihan warna Lemon Grass, Galaxy black, Bright Silver dan Clear White.

Picanto baharu didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa tanpa had jarak perjalanan, sudah boleh mula ditempah. 1,000 pelanggan pertama menjelang akhir bulan November 2013 layak menerima nombor plat IM4U percuma. Jadi bersegeralah kunjungi bilik pameran Naza KIA Malaysia seluruh Malaysia.













Sabtu, 2 November 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -