Posted by : Jobseekers Isnin, 23 Jun 2014

Kita di Malaysia mungkin tidak pernah terfikir bahawa warna kenderaan ada juga kaitan dengan nilai jualan semula kenderaan. Mungkin ianya tidak begitu ketara di Malaysia, namun di AS ianya dilihat penting. Oleh itu, mungkin langkah memilih warna selain daripada warna standard seperti hitam atau perak semasa membeli kereta dikatakan satu langkah bijak.

Satu kajian baru yang dijalankan oleh laman carian kereta terpakai iSeeCars.com, mendapati bahawa antara lebih 20 juta kenderaan yang dimiliki pada tahun lepas, warna yang kurang popular menghasilkan susut nilai yang lebih rendah daripada harga warna lebih disukai pembeli. Kuning dan oren menunjukkan penurunan harga yang paling rendah dalam analisis berbanding hitam, kelabu dan perak yang jatuh teruk.


Perbezaannya bukan hanya beberapa dollar. Kereta kuning susut 26.2 peratus secara purata dari MSRP asal mereka dalam 5 tahun, berbanding dengan 34.4 peratus bagi kenderaan hitam. Sebagai contoh, untuk model $ 40,000 yang biasa, di mana segala-galanya sama kecuali warna, model kuning susut $ 10,480 daripada nilainya dalam masa 5 tahun, dan model hitam pula jatuh $ 13,760 dari harga pembelian awal.

CEO iSeeCars.com Phong Ly, mengspekulasikan bahawa perbezaan ini boleh dikaitkan dengan bekalan dan permintaan (supply and demand). Ly mendakwa bahawa hanya 1.1 peratus daripada kereta di jalan raya berwarna kuning atau oren. Oleh itu, mungkin ianya diliihat lebih premium daripada yang lain.

Kajian itu menegaskan bahawa keputusannya sama tanpa mengira apa jua jenis kenderaan. Jadi, jika anda benar-benar cuba untuk memaksimumkan pembelian anda dan tidak keberatan dilihat sedikit “pelik” di atas jalan raya, ia mungkin langkah bijak untuk membeli kereta dengan warna yang jarang dilihat.

Anda setuju? Masuk akal bukan? Apa pendapat anda, dan apakah anda akan memilih warna seperti kuning atau oren untuk kereta baru anda?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -