Memaparkan catatan dengan label Royal. Papar semua catatan
Kemungkinan Rolls Royce SUV akan dikeluarkan??
Banyak di dengari perkhabaran bahawa Syarikat yang berpengkalan di UK ini ingin mengeluarkan Rolls Royce berkonsep SUV,adakah ianya menjadi realiti kerana syarikat ini pada terkenal dengan kereta yang berkonsep Limousin mewah,mungkin ianya ingin mencuba sesuatu yang baru,segar dan extravaganza...ini adalah salah satu gambar yang berjaya dijumpai.Di samping itu ia mahu bersaing secara sihat dengan Bentley dalam konsep SUV.
Kredit:Theophilus Chin
Kredit:Theophilus Chin
Jawapan kepada kenaikan Harga Volkswagen di Malaysia
Ianya adalah berdasarkan persoalan sebelum ini yang disiarkan
Volkswagen’s revision of its car prices by less than 1% increase comes after a few years of price stability. It is far below Malaysia’s inflation and it covers only a portion of the recent currency developments. Additionally, the car prices for existing stock remain unchanged.
Volkswagen’s revision of its car prices by less than 1% increase comes after a few years of price stability. It is far below Malaysia’s inflation and it covers only a portion of the recent currency developments. Additionally, the car prices for existing stock remain unchanged.
CADILLAC ESCALADE OLEH CARISMA – Hotel Bergerak
Kita semua biasa mendengar tentang terma penerbangan kelas pertama, tetapi adakah anda pernah mendengar terma pemanduan kelas pertama? Itulah jenis pengalaman pemanduan yang dijanjikan oleh UK Carisma Auto Design kepada pemilik (boleh dikatakan khususnya penumpang) Cadillac Escalade baru. Anda mungkin boleh mengingati jenama Carisma ini daripada beberapa produk terbarunya iaitu Land Rover Defender dan van Mercedes -Benz Viano yang telah diubah suai mengikut citarasa pembeli.
Carisma mengatakan bahawa konversi Cadillac Escalade telah direka dan dibina untuk seorang ahli perniagaan lelaki dari Tengah Timur yang tidak dinamakan , yang juga mempunyai SUV Giga -size yang dilengkapi perisai sepenuhnya ke tahap B4. Baiklah, apa yang Carisma ingin mengatakan ialah sebenarnya lelaki tersebut sangatlah kaya. Senang, bukan?
Di sebalik tingkap hitam legap, Escalade telah ditrim semula atas bawah dan depan belakang, dengan hiasan dalaman Carisma di bahagian kabin penumpang, dibalut dengan kulit Connolly berwarna “tan” sederhana dan Insets venir kayu asli, ditambah lagi dua kerusi bersaiz lengkap dengan kecondongan elektronik dan kawalan sokongan lumbar (bagi keselesaan bahagian peha-tidak memenatkan kaki dalam perjalanan jauh), peti sejuk, PC Windows 8 , dan skrin televisyen. Apa lagi anda mahu? Kolam renang sahaja tiada dalam kereta ini.
Menurut Carisma , “Dari awal hingga akhir, konversi ini telah menggunakan sebanyak 75 meter persegi [ 807 kaki persegi ] kulit , 1 km pendawaian baru, 600 sambungan elektrik dan memerlukan 700 jam untuk disiapkan. ”
Clive Drake, Pengarah Jualan Carisma Auto Design , mengulas: “Ini merupakan projek terbesar kami setakat ini dan adalah contoh yang baik daripada julat elemen yang kami boleh tawarkan dalam satu-satu konversi – dari segi teknologi artistik, hinggalah kayu buatan tangan dan kulit terbaik. Dalam dunia ini, tiada dua kenderaan Carisma yang sama dan konversi seperti ini hanya dihadkan oleh imaginasi pelanggan. ”
Sudah kaya, ke mana lagi mahu buang duit bukan? Apa kata anda?
Carisma mengatakan bahawa konversi Cadillac Escalade telah direka dan dibina untuk seorang ahli perniagaan lelaki dari Tengah Timur yang tidak dinamakan , yang juga mempunyai SUV Giga -size yang dilengkapi perisai sepenuhnya ke tahap B4. Baiklah, apa yang Carisma ingin mengatakan ialah sebenarnya lelaki tersebut sangatlah kaya. Senang, bukan?Di sebalik tingkap hitam legap, Escalade telah ditrim semula atas bawah dan depan belakang, dengan hiasan dalaman Carisma di bahagian kabin penumpang, dibalut dengan kulit Connolly berwarna “tan” sederhana dan Insets venir kayu asli, ditambah lagi dua kerusi bersaiz lengkap dengan kecondongan elektronik dan kawalan sokongan lumbar (bagi keselesaan bahagian peha-tidak memenatkan kaki dalam perjalanan jauh), peti sejuk, PC Windows 8 , dan skrin televisyen. Apa lagi anda mahu? Kolam renang sahaja tiada dalam kereta ini.
Menurut Carisma , “Dari awal hingga akhir, konversi ini telah menggunakan sebanyak 75 meter persegi [ 807 kaki persegi ] kulit , 1 km pendawaian baru, 600 sambungan elektrik dan memerlukan 700 jam untuk disiapkan. ”
Clive Drake, Pengarah Jualan Carisma Auto Design , mengulas: “Ini merupakan projek terbesar kami setakat ini dan adalah contoh yang baik daripada julat elemen yang kami boleh tawarkan dalam satu-satu konversi – dari segi teknologi artistik, hinggalah kayu buatan tangan dan kulit terbaik. Dalam dunia ini, tiada dua kenderaan Carisma yang sama dan konversi seperti ini hanya dihadkan oleh imaginasi pelanggan. ”Sudah kaya, ke mana lagi mahu buang duit bukan? Apa kata anda?
Jumaat, 18 Oktober 2013
Posted by Jobseekers
Petanda kebangkitan JOHOR DT `mengamuk` di Larkin
JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mengamuk di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu bangkit garang untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Selangor PKNS pada aksi Liga Super, sekali gus meraih tiga mata berharga.
Selepas mengharungi 16 perlawanan, Johor DT kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata di belakang pendahulu Lions XII dan ATM di tangga kedua liga.
Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan ke sembilan pasukan Johor DT dan setakat ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.
Pada perlawanan malam tadi, George Nunez meledak gol pembukaan Johor DT pada minit ke-29 selepas bijak menyudahkan hantaran silang Nurul Azwan Roya sebelum Norshahrul Idlan Talaha menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat agak hilang fokus sehingga membenarkan PKNS menjaringkan gol pada minit ke-50 menerusi Patrick Ronaldinho untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Begitu pun, Johor DT tidak rela diratah dan mereka turs menggandakan asakan sehingga berjaya memperoleh gol ketiga menerusi Nurul Azwan pada minit ke-85 yang bijak menyudahkan hantaran pemain gantian, Mohd. Safee Sali.
Safee hampir menambah derita PKNS menerusi percubaannya pada minit-minit terakhir perlawanan, tetapi tidak menemui sasaran.
Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sementara itu, Lions XII terus mengukuhkan cengkaman di puncak liga selepas menundukkan T-Team 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Kemenangan itu turut menyaksikan wakil Singapura itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sepanjang musim ini.
Kemenangan Lions itu disumbangkan kapten, Shahril Ishak yang meledak gol pembukaan pada minit ke-10, diikuti Muhammad Shakir Hamzah (m-29) dan Fazrul Nawaz Shahul Hameed pada minit-minit terakhir perlawanan.
Untuk rekod, Lions XII yang kekurangan satu perlawanan, kekal selaku pendahulu Liga Super dengan 34 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lions XII bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan sementara T-Team menantikan kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Jumaat depan.
Kredit : Kosmo
Ahad, 12 Mei 2013
Posted by Jobseekers
Demi bola sepak Johor
TINDAKAN yang saya ambil adalah untuk kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak negeri Johor.”
Demikian penjelasan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengenai tindakan baginda menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.
Dalam kenyataan dua perenggan yang dihantar kepada semua media malam tadi, Tunku Ismail bertitah, baginda bersetuju menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ setelah menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang minggu lalu yang meminta baginda menarik balik keputusan meletak jawatan.
“Nasihat serta pandangan baginda (Sultan Ahmad Shah) juga mendapat titah perkenan ayahanda saya, Sultan Ibrahim Ismail Su1tan Iskandar,” kata baginda.
Baru-baru ini, Sultan Ahmad Shah memaklumkan bahawa Tunku Ismail menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ selepas dipujuk oleh baginda sendiri, selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim dalam pertemuan hampir sejam yang turut disertai oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Tunku Ismail sebelum ini digantung selama enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M), dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.
Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lalu ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa sebelum Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ 3 April lalu.
Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor, dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.
Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.
Mengulas lanjut, baginda menjelaskan bahawa pendekatan yang dilakukannya itu demi para penyokong Johor yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri tersebut.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa pasukan Johor Darul Takzim (DT) telah mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu, dan akan diperkukuhkan daripada segenap aspek,” titah baginda.
Skuad Johor DT juga akan mengharungi fasa baharu apabila pasukan itu bakal menyaksikan kemasukan pemain-pemain tempatan yang baharu, serta pengambilan beberapa pemain import yang berkualiti.
Sejak Tunku Ismail menerajui PBNJ, bola sepak Johor dilihat kembali meriah apabila penyokong semakin ghairah membanjiri stadium setiap kali skuad dari selatan tanah air itu beraksi.
PBNJ memiliki dua wakil dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan Johor DT beraksi dalam Liga Super dan Johor FA pula bersaing dalam Liga Premier.
Setakat ini, Johor DT menduduki tempat ketiga Liga Super dengan 19 mata manakala Johor FA juga berada di tangga ketiga Liga Premier dengan 22 mata.
Jumaat, 12 April 2013
Posted by Jobseekers
Duchess of Cambridge-Kate Middleton dijangka bersalin Jun
LONDON 14 Jan – Isteri Putera William, Catherine atau Kate Middleton, dijangka akan bersalin bulan Jun depan dan kini berada dalam keadaan yang sihat, lapor pejabat Istana St. James.
Duchess of Cambridge itu sebelum ini ditahan di Hospital King Edward VII, kerana mengalami alahan teruk.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana hari ini memberitahu, Middleton yang berkahwin dengan Putera William pada April 2011 kini berada dalam keadaan sihat dan muncul di khalayak ramai minggu lalu
Sultan Selangor terkejut dan kecewa
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan kenyataan Lim Guan Eng (gambar kecil) yang dipetik daripada media yang meminta kerajaan Pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu, baginda memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mufti Selangor serta pegawai tertinggi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 6 Januari lalu.
Setiausaha MAIS, Datuk Mohd. Misri Idris berkata, baginda kemudian membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh digunakan di negeri ini oleh mana-mana agama bukan Islam.
Menurutnya, keputusan tersebut selaras dengan fatwa diwartakan pada 18 Februari 2010.
“Baginda pernah mengeluarkan titah yang sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
“Tuanku kesal kerana titah baginda dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu sama dibangkitkan semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mohd. Misri memberitahu, baginda juga menitahkan mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi rakyat pelbagai agama.
Berikutan itu, katanya, baginda menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang bukan Islam atau orang Islam yang mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di negeri ini.
Jelasnya lagi, di Selangor ada undang-undang yang digubal Dewan Undangan Negeri pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
“Enakmen ini telah diwujudkan selaras Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 9, Enakmen berkenaan dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan agama mereka.
“Tuduhan dan hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang ingkar,” ujarnya.
Sebarang penjelasan lanjut berkaitan fatwa dan undang-undang berkaitan kalimah Allah boleh layari laman web MAIS www.mais.gov.my.
Akhbar baru-baru ini melaporkan, isu kalimah Allah dicetuskan semula oleh Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan Hari Krismas lalu apabila menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible versi bahasa Melayu.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang meminta Guan Eng menarik balik kenyataannya.
Kredit : Kosmo
Kemenangan Selangor Hadiah Buat Ghani Minhat
KETUA Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas pilihan Singapura dalam saingan Piala Sultan Selangor semalam sebagai hadiah bermakna buat lagenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat.
Jelasnya, kemenangan ini sebagai satu penghormatan kepada Allahyarham di atas jasanya yang banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor selama ini.
“Allahyarham banyak membantu FAM membangunkan sukan bola sepak di negara ini.
“Allahyarham adalah legenda sukan bola sepak yang sukar diganti.
“Jadi, kemenangan ini buat keluarga Allahyarham,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Tambah beliau: “Kemenangan ini bukan setakat hadiah untuk Allahyarham tapi juga kepada rakyat Selangor serta tidak lupa kepada Sultan sendiri yang inginkan kejuaraan tersebut selama ini.”
The Red Giants mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam.
Kemenangan ini turut menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga tahun berturut-turut dimenangi Singapura.
Dalam pada itu, Irfan turut menyifatkan kemenangan tersebut tepat pada masanya kerana ia akan menjadi pembakar semangat kepada anak buahnya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan suku akhir Piala Malaysia.
“Kita bermain lebih baik pada malam ini… bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak.
“Apa-apa pun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka menunjukkan satu kombinasi yang mantap.
“Dengan ini, saya yakin peluang untuk kita merealisasikan Misi 33 yang dicanang Selangor semakin terbentang luas,” katanya lagi
Kredit: Mynewshub
Putera William Dan Kate Middleton Di Kuala Lumpur(14 Gambar)
Putera William dan isteri beliau Kate Middleton kini di Malaysia untuk lawatan kerja selama dua hari. Malam semalam mereka dijemput untuk menghadiri makan malam bersama Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim serta Permaisuri Tuanku Haminah. Turut hadir pada majli makan malam ini ialah Perdana Menteri yang kita kasihi Dato Seri 1Najib, Datin Seri Dr Rosmah, Tan Sri Muhyiddin serta isteri.
Sebelum itu golden couple diraja England ini menhadiri majlis makan tengahari bersama PM di Putrajaya. Sepanjang hari makan je kerja tapi Kate Middleton masih lagi rata seperti KLIA. Kesian.
Selepas majlis makan malam mereka berdua menerima hadiah berupa keris emas, sepasang kasut,sepersalinan baju batik sutera dan gambar old school Yang Dipertuan Agong bersama nenda William Queen Elizabeth. Dari gambar lama di bawah kami boleh rumuskan orang England sekarang lebih tinggi dari nenek moyang mereka. Dulu Queen dan Sultan Abdul Halim hampir sama tinggi. Untunglah diet mereka mempunyai gizi sempurna dan memenuhi piramid makanan yang baik.
Pesawat 747 Putera Saudi (7 Gambar)
Putera Alwaleed ibn Talal Al Saud (57) ialah antara manusia paling kaya di dunia. Harta duniawi beliau dikatakan bernilai sekita USD 18 billion dan ini menempatkan beliau pada tangga ke 63 manusia terkaya dunia. Beliuau mempunyai banyak pesawat peribadi dan sedang menanti pesawat Airbus A380 peribadi beliau siap dibina oleh Airbus tahun ini. Sebelum itu sebuah pesawat Boeing 747 digunakan oleh beliau sejak 2003 untuk kegunaan peribadi. Pesawat ini cukup mewah dan berfungsi sebagai istana terbang beliau, isteri dan anak-anak. Kami bernbangga orang Islam juga mampu living like a pimp bawse. Mari lihat kemewahan pesawat 747-400 milik beliau sebelum ia digantikan dengan pesawat yang lebih besar dan moden
Kereta Bugatti Veyron Termahal Milik Sultan Johor
One word..sangat awesome dan sangat tak munasabah untuk harga sebuah kereta.Veyron DYMM Sultan Johor berharga lebih kurang RM10juta,dah boleh buat banglo 5 tingkat,Baginda beli menggunakan duit baginda sendiri dari hasil perniagaan.
Kereta ni sangat exotic dan hanya terdapat 2 bijik di Malaysia,bagi yang tak taw Veyron tu apa dan ingat kereta Veyron nie kereta cabuk dan habuk,Veyron is the one of the most expensive car ever made and the fastest cars on the road dengan kelajuan memcecah lebih 360KM/J ,bayangkan kalau balik Penang dari KL,full speed,dalam masa 4 jam bole ulang alik dekat 4 kali,hahaha,setahun hanya berapa bijik Veyron yang dikeluarkan..
Fakta tentang Veyron
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.<-- minyak RM10 comfirm lepas keluar taman dari rumah jer,haha
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.<--sangat tinggi,sangat lah tinggi T__T,dah macam nak break roket.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.<-- tayar home made yang sama digunakan oleh NASA untuk Space Shuttle diorang.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.<--nak nangis,laju gila,kalau dah mampu beli,tak kisah la nak bawak laju-laju dan bayar saman..
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.<--ok so tak sampai Penang la kalau macmnie dari Kl,demmit!
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari
Gambar Putera Raja ‘Bersosial’ Berleluasa Di Internet…
Penulis agak terkejut apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja ‘asyik’ bersosial bersama-sama teman wanitanya.
Malah, lebih menggemparkan apabila khabarnya lelaki berkenaan merupakan seorang putera raja.
Gambar yang ‘panas’ itu menunjukkan dia sedang asyik mengambil minuman keras serta bersosial bersama seorang wanita yang dikatakan teman wanitanya.
Kini gambar itu sedang ‘aktif’ dimuat naik di laman sosial dan bersebaran dengan cepat di blog-blog.
Mungkin betul dan mungkin juga fitnah.
Jika betul perkara yang didakwa itu, agak malang rasanya kerana di saat institusi raja berpelembagaan sedang hangat dibahaskan, masih ada di antara mereka yang mengambil ‘mudah’ perkara-perkara sebegini hingga menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut.
Peranan yang dimainkan oleh institusi raja masih penting dan relevan, sebab itu majoriti daripada kita mahu ia diperjuangkan dan terus dikekalkan seperti yang sebelumnya.
Namun peredaran zaman menuntut institusi raja sendiri melihat di mana kekurangan yang ada agar ia dapat diperbaiki dan seterusnya diperkukuhkan.
Disebabkan itu perkara-perkara negatif seperti ini harus dibuang agar ia tidak terus ‘mengotori’ institusi yang kita pertahankan selama ini. Wallahualam.
.jpg)
































