Posted by : Jobseekers Ahad, 30 September 2012



KETUA Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas pilihan Singapura dalam saingan Piala Sultan Selangor semalam sebagai hadiah bermakna buat lagenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat.

Jelasnya, kemenangan ini sebagai satu penghormatan kepada Allahyarham di atas jasanya yang banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor selama ini.

“Allahyarham banyak membantu FAM membangunkan sukan bola sepak di negara ini.

“Allahyarham adalah legenda sukan bola sepak yang sukar diganti.

“Jadi, kemenangan ini buat keluarga Allahyarham,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Tambah beliau: “Kemenangan ini bukan setakat hadiah untuk Allahyarham tapi juga kepada rakyat Selangor serta tidak lupa kepada Sultan sendiri yang inginkan kejuaraan tersebut selama ini.”

The Red Giants mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam.

Kemenangan ini turut menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga tahun berturut-turut dimenangi Singapura.

Dalam pada itu, Irfan turut menyifatkan kemenangan tersebut tepat pada masanya kerana ia akan menjadi pembakar semangat kepada anak buahnya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan suku akhir Piala Malaysia.

“Kita bermain lebih baik pada malam ini… bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak.

“Apa-apa pun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka menunjukkan satu kombinasi yang mantap.

“Dengan ini, saya yakin peluang untuk kita merealisasikan Misi 33 yang dicanang Selangor semakin terbentang luas,” katanya lagi

Kredit: Mynewshub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -