Archive for November 2013

Pelancaran Honda Odyssey– harga RM228k~RM248k

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Odessey 2013 baru – MPV generasi kelima ini membuat kemunculan globalnya di  pameran motor KLIMS13 yang lalu, yang tiba hanya dua minggu selepas pelancaran pasaran Jepun. Ia boleh didapati dalam dua varian, gred tinggi EXV dan gred standard pula dipanggil EX.

Enjin “Earth Dreams” DOHC 2.4 liter i-VTEC empat silinder menawarkan 175 PS pada 6,200 rpm dan tork sebanyak 225 Nm pada 4,000 rpm menjadi sumber kuasa kedua-dua varian tersebut, dikombinasikan dengan kotak gear CVT.

Seperti versi JDM, Honda Odyssey berukuran sepanjang 4,830 mm dan selebar 1,800 mm (+20 mm untuk EXV). Ketinggiannya ditetapkan pada 1,695 mm, manakala jarak roda adalah 2,900 mm dan berat badan adalah 1,820 kg untuk EX dan 1,855 kg untuk EXV itu.

Peralatan standard di kedua-dua varian termasuklah kawalan pelayaran (cruise control), paddle shifter, sistem audio enam pembesar suara dengan paparan sentuhan elektrostatik tujuh inci, kerusi kapten di barisan kedua dan LED daytime running lights.

Varian EXV pada dasarnya mencerminkan JDM Odyssey Absolute dari segi kit dan trim. Ia menambah aerodinamik  bumper depan dan belakang, grill depan, lampu kabus, lampu auto LED serta sunroof depan dan kemasukan pintar dengan ignasi push-start.

Varian gred tinggi EXV disertakan penghawa dingin berasingan di kabin depan dan penghawa dingin auto di kabin belakang (EX hanya memiliki penghawa dingin auto di kabin depan, dan udara sejuk disalurkan ke belakang melalui salur ventilasi udara), tempat duduk lapan posisi di bahagian pemandu, sunshades pintu sebelah belakang, pemegang cermin mata hitam, cermin solek berlampu, dan beberapa lagi ciri-ciri lain.

Perbezaan lain antara varian EX dan EXV merupakan trim dalaman, di mana EX mempunyai interior ivory dan kerusi dibalut fabrik, manakala kabin EXV ini didatangkan dengan interior hitam berkerusi kulit.

Buat kali pertamanya, Odyssey baru ini mempunyai pintu belakang gelongsor, mempunyai siling yang lebih tinggi, lantai yang lebih rendah dan lebih banyak ruang dalaman daripada model-model  sebelumnya terima kasih kepada platform ultra-low-floor baru, menggabungkan tangki minyak rata dan langsing serta struktur lantai belakang yang rata. Anak tangga belakang hanya 300 mm dari tanah, membuatkan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah.

Kerusi barisan kedua juga merangkumi footrests dan backrest, manakala kerusi barisan ketiga pula dibahagikan kepada tiga, di mana setiap penumpang di barisan tersebut boleh memilih sudut berbaring mereka sendiri.

Kedua-dua model menaiki aloi 17-inci, dibalut dengan 215/55 siri tayar.

Peralatan keselamatan standard termasuk VSA, ABS dengan EBD dan BA (brake assist), hill start assist, mata ISOFIX, sensor letak kereta depan belakang dan enam beg udara (dua depan dan beg udara i-SRS sisi, dan beg udara langsir sisi sehingga barisan ketiga). EXV ditambah dengan informasi blind spot dengan Cross Trafic Monitor (CTA), sistem kamera pelbagai pandangan, kamera undur pelbagai sudut dan sistem bantuan parking kereta pintar.

Honda Odyssey boleh didapati dalam empat warna – White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl. Akhir sekali, harga bagi Odyssey EX ditetapkan pada  RM228, 000, manakala EXV pula ditetapkan pada RM248, 000 (keduanya harga di atas jalan dengan insurans). CBU Odyssey yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Penyerahan pertama kepada pembeli dijadualkan bermula pada bulan Januari.









Khamis, 28 November 2013
Posted by Jobseekers

Proton Perdana yang seterusnya

Perubahan yang dikatakan:-

``This Proton-badged Accord has very minimal disguise, and still looks largely like a Honda Accord. The grille is covered up, which suggests that Proton has its own take on the car’s nose. The alloy wheels on this car look similar to those on the Proton Exora Prime.

Inside, there are minimal changes, with the Honda badge on the steering wheel simply replaced by a Proton badge. Visible cues such as paddle shifters and VSA switch means that the donor form is the 2.4 VTi-L variant. We also see some kind of ballast in the rear to simulate rear occupant load weight balance – in tandem with wired sensors on the air-conditioning vents, the car is likely undergoing AC evaluation trials under load. Also, the stock redline on the tachometer effectively puts rumours of the Petronas E01e engine being under that hood to rest.``

Kredit : paultan








Jumaat, 8 November 2013
Posted by Jobseekers

Toyota Previa daripada UMW Toyota



UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP. Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago.

Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunya rancangan untuk membawa masuk MPV, Honda Odyssey dalam masa terdekat.
Khamis, 7 November 2013
Posted by Jobseekers
Tag :

KIA Picanto dengan harga yang berpatutan dalam kelasnya

Naza Kia Malaysia telah mengumumkan harga rasmi KIA Picanto serba baharu. Picanto baharu ini didatangkan dengan dua pilihan; 1.2 liter automatik dengan harga RM59,888 dan 1.2 liter manual pada harga RM54,888. Harga tersebut adalah untuk di semenanjung Malaysia.

Di Kuching harga varian 1.2L AT ialah RM61,888, sementara itu di Miri harganya RM62,388 dan RM62,888 di Sabah. Bagi varian 1.2L MT berharga RM56,888 di Kuching, RM57,388 di Miri dan RM57,888 di Sabah.

Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk insurans.

Pengenalan Picanto baharu ini terarah kepada golongan yang mencari kereta kompak bandar yang mempunyai rekabentuk yang tersendiri, serta mempunyai ciri-ciri moden tanpa berkompromi tentang aspek keselamatan dan penjimatan minyak pada tanda harga yang berpatutan.

“Picanto baharu ini mempunyai harga yang berdaya saing jika dibandingkan dengan kenderaan yang berada dalam kelasnya. Ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri bertaraf kelas pertama. Jadi pelanggan membayar harga kereta A-Segmen tapi mendapat nilai kereta C-Segmen,” jelas Datuk Hafiz Sued Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia.

Ciri-ciri yang dilengkapi bersama Picanto baharu ini antaranya, lampu hadapan projektor auto serta lampu LED pemanduan waktu siang, kombinasi lampu belakang LED, stereng yang dilengkapi butang kawalan audio dan bluetooth.

Ciri keselamatan pula termasuklah enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta Kawalan Bantuan Pendakian Bukit (HAC).

Model KIA Picanto baharu ini boleh didapati dalam pilihan warna Lemon Grass, Galaxy black, Bright Silver dan Clear White.

Picanto baharu didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa tanpa had jarak perjalanan, sudah boleh mula ditempah. 1,000 pelanggan pertama menjelang akhir bulan November 2013 layak menerima nombor plat IM4U percuma. Jadi bersegeralah kunjungi bilik pameran Naza KIA Malaysia seluruh Malaysia.













Sabtu, 2 November 2013
Posted by Jobseekers

Insentif hibrid & EEV diteruskan, GST

Satu nukilan oleh Utusan Online beberapa hari lepas menangkap perhatian kami, di mana dikatakan Insentif Hibrid dan EEV diteruskan, walaupun tiada apa-apa kenyataan berkenaannya dibentangkan dalam Bajet 2014 baru-baru ini. Ini merupakan juga sedikit sebanyak update nukilan kami sebelum ini yang bertajuk Bajet 2014 Malaysia Dan Dunia Permotoran.

Pada pembentangan Bajet 2014, rakyat dan pemain industri agak terkejut kerana tiada sebarang insentif diumumkan untuk sektor automotif walaupun sektor berkenaan merupakan yang paling dinantikan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Nanum begitu, Insentif untuk kereta hibrid akan diteruskan walaupun tidak disentuh dalam Bajet 2014 kerana telah dimuktamadkan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) yang akan diumumkan awal Disember ini.

Sedutan daripada nukilan Utusan Online:

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, pelan hala tuju industri automotif telah dirangkumkan dalam DAN dan kerajaan tidak perlu mengumumkannya dalam Bajet 2014 seperti tahun lalu. Menurutnya, bajet hanya untuk perancangan setahun tetapi DAN dirangka untuk jangka masa panjang dan segala insentif yang ditawarkan kelak adalah berterusan untuk satu jangka waktu yang lebih lama bagi memastikan industri itu berkembang kukuh.

“Memandangkan insentif kereta hibrid berakhir hujung tahun ini, maka DAN mesti diumumkan tahun ini juga. Saya jangkakan kerajaan akan lakukannya pada awal Disember ini. ”Oleh itu, DAN akan melibatkan insentif berterusan untuk kereta hibrid dan kenderaan efisien tenaga (EEV). Orang ramai dan pemain industri tidak perlu risau dengan penamatan insentif hibrid hujung tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, insentif lebih baik akan diberikan kepada kereta hibrid dan EEV pemasangan tempatan (CKD) manakala bagi kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) terdapat beberapa syarat yang akan ditetapkan oleh DAN.

Sebelum ini juga, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi memohon lanjutan pengecualian cukai eksais dan import terhadap kereta hibrid serta elektrik (EV) untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, pemain industri amat mengharapkan pengecualian duti ini dapat diteruskan untuk jangka panjang.

“Tanpa pengecualian ini, semestinya harga kereta menjadi lebih mahal dan momentum pertumbuhan jualan kereta hibrid dan EV tempatan akan terbantut serta merta,” katanya.

Jelaslah di sini bahawa kerajaan perlu berhati-hati membuat keputusan sebegini kerana jika insentif ditarik balik, pertumbuhan hibrid yang naik mendadak selama ini akan lumpuh disebabkan harganya yang mahal. Jika kerajaan betul-betul berhasrat memajukan EV di Malaysia, terlalu banyak pula belanja untuk membangunkan infrastruktur seperti stesen pengecasan bateri di serata negara, termasuklah di kawasan luar bandar yang rata-rata tidak ramai pedulikan kereta hibrid. Maklumlah, jika tiada kesesakan jalan raya, hibrid tidak akan wujud di dunia ini.

Apa yang kami mahu katakan ialah, demi menggalakan EV di Malaysia, masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain membina stesen pengecasan, contohnya masalah pengecasan bateri bagi mereka yang tinggal di apartment, condo dan juga masalah pengecasan bateri jika kenderaan tersebut dipandu sekitar kawasan luar bandar yang mungkin kekurangan infrastruktur sebegini.

Mengapa perlu sakit kepala menggalakan EV sedangkan boleh masih boleh menggalakan penggunaan kenderaan hibrid di negara ini? Jika lebih insentif diberi, mungkin ramai penduduk bandar akan menggunakan hibrid, menjimatkan penggunaan minyak, menaikkan ekonomi keluarga, sambil menjaga kualiti alam sekitar. Hati pun senang, bukan?

GST dan harga kereta
Dalam perkembangan lain, seorang penganalisis berkata, beliau menjangka harga kereta akan dikurangkan sedikit berikutan pelaksanaan cukai perkhidmatan (GST), yang akan mengambil berkuat kuasa mulai 1 April, 2015 ke atas barang dan perkhidmatan.

“Jika GST yang ditetapkan pada 6%, menggantikan cukai jualan, yang kini pada kadar 10%, maka kita menjangkakan harga kenderaan untuk mengurangkan,” katanya.


Apa kata anda? Jika harga kenderaan hibrid turun, berminatkah anda menukar kenderaan akan kepada hibrid?
Jumaat, 1 November 2013
Posted by Jobseekers

Honda NSX sasar keseronokan seperti Ferrari Italia 458 harga umpama Porsche 911


Wakil dari Honda berkata, Honda NSX 2015 akan mempunyai tanda harga seperti Porsche 911 dan akan menyajikan keseronokan setaraf Ferrari 458 Italia.

Dalam temuramah ringkas bersama Autocar, Ketua pembangunan NSX, Ted Klaus ada menyatakan objektif model supercar tersebut ialah untuk menyediakan “keseronokan seperti 458 pada harga 911.” Mereka yakin dan percaya ianya bakal menjadi kenyataan, terima kasih kepada perlaksanaan teknologi hibrid.

Klaus berkata Honda menggunakan beberapa model supercar pesaing lain sebagai tanda aras, antaranya seperti contoh Audi R8, McLaren MP4-12C, serta Nissan GTR. Dijadualkan bakal dikeluarkan dalam tahun 2015, Honda Acura NSX akan dikusakan dua motor elektrik yang menghantar kuasa ke tayar hadapan. Enjin VTEC V6 (mid-mounted V-6 engine) bersama motor elektrik yang terbina di dalamnya yang berkuasa diperbuat dari material ringan menjana kuasa untuk tayar belakang, serta dipadankan dengan transmisi dwi-klac yang baharu, bagi memberikan tahap pecutan luar biasa di samping menawarkan penjimatan terbaik.

Model Honda NSX 2015 akan dibuat di Marysville, dan sedang dibangunkan oleh pasuan R&D Honda Amerika di Raymond, Ohio.








Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -