Archive for April 2014

The New Mini Countryman

Semasa Mini memperkenalkan Mini Countryman pada tahun 2010, ia muncul sebagai crossover pertama dan model lima pintu pertama jenama tersebut, yang juga merupakan model pertama Mini yang menawarkan pacuan semua roda (all-wheel drive). Ternyata debut Mini Countryman pada 2010 merupakan satu tarikh bersejarah buat Mini. Kini, syarikat pembuat kereta Anglo -Saxon ini sedang beralih fokusnya ke generasi ketiga hatchback retro ini, di mana Countryman sedikit pengubahsuaian untuk menyegarkan dan memastikan imejnya sentiasa terkini.

06-2015-mini-countryman-ny-1

Diumumkan semalam di New York Auto Show, Mini Countryman yang baru menggabungkan beberapa penalaan kosmetik kecil pada bahagian luarnya. Sangat kecil, sehingga sukar anda untuk memberitahu perbezaannya (dengan model sebelumnya) walaupun diletakkan sebelah menyebelah. Beberapa penambahbaikan ketara telah dilaksanakan bagi kawasan pedalaman, di mana meter kelajuan pusat yang besar kekal di mana ia sepatutnya berada, iaitu di tengah-tengah papan pemuka (tidak seperti meter kelajuan Mini Cooper baru yang dipindahkan ke belakang stereng ) . Tempat duduk belakang juga menawarkan lebih banyak kebolehan-penyesuaian .
Mini akan menawarkan Countryman yang baru kepada seluruh dunia dalam pelbagai konfigurasi powertrain , dari varian kosong Mini One Countryman dengan enjin 1.6 liter beraspirasi semulajadi yang menawarkan hanya 98 kuasa kuda sehinggalah ke enjin turbo berkembar Mini John Cooper Works dengan 218 hp. Kelas pertengahan, Mini Cooper S pula telah dipertingkatkan tujuh kuasa kuda untuk menyampaikan 190 hp, manakala model diesel boleh didapati antara 90 hp hingga 143 hp. Pembeli akan dapat memilih antara transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik, dan antara pacuan roda depan atau pacuan semua roda. Terdapat juga beberapa warna baru yang ditawarkan dan pelbagai peralatan pilihan (optional).

13-2015-mini-countryman-ny-1
05-2015-mini-countryman-ny-1






Ahad, 20 April 2014
Posted by Jobseekers

Bugatti melancarkan Black Bess, sebagai generasi kelima “Legend Edition Veyron”



016-vitesse-legend-black-bess-type-18-black-bess-1

Satu lagi edisi khas dari Bugatti, kini datangnya daripada Veyron . Apa yang menariknya ialah, bahawa mereka menjual kesemua edisi khas ini dengan sangat pantas. Malah, setiap satu daripada empat edisi “Legend” sehingga ke hari ini, yang semuanya terhad kepada tiga untuk setiap buah sahaja untuk satu edisi (berjumlah dua belas kereta) telah dijual pada harga sekitar $ 3 juta (USD). Ini membantu Bugatti menjual beberapa dozen terakhir roadster Veyron yang dibina sebelum model itu bersara sepenuhnya. Edisi kali ini (seperti gambar di atas), pasti terjual dengan pantas, walaupun harganya tidak masuk akal.

004-black-bess-legend-side-1
003-black-bess-legend-front-1

Ia dipanggil Black Bess , dan tidak seperti edisi sebelumnya yang memberi penghormatan kepada orang-orang tertentu dalam sejarah Bugatti , sebaliknya edisi kali ini memberi penghormatan kepada sebuah kereta yang penting (bagi mereka). Mengikut Bugatti, ia bukanlah kereta sebarangan, tetapi ” supercar pertama yang diluluskan di atas jalan “, iaitu Bugatti Type 18. Bugatti Type 18 merupakan kereta zaman pra- perang dengan enjin inline-four yang menghasilkan hanya 100 kuasa kuda yang memberikan kelajuan 100 batu sejam, iaitu satu kelajuan hebat pada masa itu. Kereta ikon ini dinamakan selepas seekor kuda lumba Inggeris yang terkenal , Bugatti hanya menghasilkan tujuh Type 18.

type 18 black bess arenakereta

Untuk memberi penghormatan kepada kenderaan yang memainkan peranan penting dalam sejarah mereka, Bugatti memperkemaskan Vitesse, lengkap dengan bumbung terbuka dan 1,184 kuasa kuda enjin quad turbo W16 yang didatangkan dalam warna hitam dengan aksen emas 24 karat. Interiornya dilengkapi dengan kerusi rehat kulit bewarna kuning cair dan coklat dengan stereng kulit dan trim merah. Panel pintu menampilkan imej Type 18 asal dan pesawat Roland Garros, yang dihasilkan menggunakan dakwat khas untuk fabrik seperti kulit.

013-black-bess-legend-door-passenger-1 009-black-bess-legend-eb-logo-rear-1

Jika Semuanya Nak Jadi IronMan...kah3.....

Iron Man mempunyai baju zirah yang paling cool. Apakah terjadi jika kesemua adiwira dan watak video game mempunyai baju zirah? The answer is answered by Boss Logic. cool!





Isnin, 7 April 2014
Posted by Jobseekers

Like A Fairy Tale...So Cute.......^^

Kafe Kucing sangat popular di Jepun kerana halangan memiliki haiwan peliharaan di dalam rumah oleh Pemilik rumah di sana. Ratusan kafe kucing boleh ditemui di Jepun dan ianya kini mula menjadi ikutan di seluruh dunia. Lady Dinah's Cat Emporium ialah kafe kucing pertama di London. Ianya baru sahaja dibuka minggu lalu dan menariknya kini ia sudah menerima 3000 tempahan dari pencinta kucing di London. Awesome!!





Ahad, 6 April 2014
Posted by Jobseekers

Iklan Zaman Pakcik2


It`s an Nostalgic moment to think.....




Posted by Jobseekers
Tag :

Mengalahkan Highway LPT

Di Malaysia setiap kali Raya menjelang lebuhraya aka mula sesak. Luckily for Malaysia jumlah penduduknya tidak sebaesar Indonesia. Lihat sahaja kesesakan jalanraya dan pelabuhan Indonesia setiap kali lebaran tiba. Pergh!!!!!!



Rabu, 2 April 2014
Posted by Jobseekers

Poster pilihanraya yang disokong Beckham

Poster pilihanraya Malaysia ada guidelines yang perlu dipatuhi. Akibatnya poster calon PRU Malaysia agak bosan dan tiada variasia. Di Indonesia calon legislatif (CALEG = ahli dewan undangan negeri) dibenarkan menggunakan kekreatifan mereka dan go crazy. Hasilnya ialah poster-poster yang dipenuhi watak anime, komik dan selebriti barat. Indo!





Posted by Jobseekers

Ramalan Dunia Tuhan Je yang Tahu

Ramai juga orang melakukan ramalan dunia akan berakhir sebenarnya. Sempena hari jumaat. hari dimana orang Islam percaya dunia akan berakhir marilah kita tengok beberapa ramalan yang gagal.





Selasa, 1 April 2014
Posted by Jobseekers
Tag :

Hanya Percaturan Manusia

Selamat pagi

Beberapa ramalan masa hadapan yang gagal...






Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -