Memaparkan catatan dengan label Politics. Papar semua catatan

Bila Ahmad Maslan Buka Mulut.....Kreatif Jadinya Rakyat Malaysia

Sejak semalam lagi telah menjadi trending Twitter #TweetGayaAhmadMaslan yang buat kami gelak tak kering gusi. Ia bermula daripada kenyataan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai dan menjadi bahan lawak netizen.


Kenyataan beliau apabila ditanya samada esok Barisan Nasional (BN) boleh menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau tidak beliau menjawab ‘esok bukan PRU’. Sejurus selepas itu, laman twitter dibanjiri dengan ayat lawak yang seakan-akan cara beliau menjawab isu PRU tersebut. Rasa macam nak pecah perut bila baca lawak troll ini. Kah!
1. Kena Troll Sampai 7 Keturunan

2. Esok Takde Orang Datang Kenduri Kau Tau La



3. Esok Dah Besar Boleh Jaga Papa

4. Mak Teringin Nak Timang Cucu Hari Esok


5. Belajar Rajin-rajin, Esok Senang Nak Dapat Kerja


6. Esok2 Biy Nak Jadi Engineer La


7. Esok Dah Besar Boleh Jadi PM


8. Simpan Duit Banyak-Banyak, Esok Boleh Masuk Universiti


9. Macam Mana Esok Kalau Ayah Dah Tak Kerja?


10. Esok Dah Tak Trending


Jumaat, 31 Julai 2015
Posted by Jobseekers

Mungkin Inilah Sebabnya Tan sri Muhyiddin Yaasin Disingkirkan.

Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat dan hari ini dikhabarkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan bersama 2 lagi menteri Umno atas sebab mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang 1MDB.
Bagaimanapun, tindakan apakah Tan Sri Muhyiddin lakukan sehingga menyebabkan nama beliau tidak ada dalam senarai kabinet terbaru ini.

1. Kerap Dikecam Rakyat Kerana Diam



Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap kali dikecam rakyat ekoran dengan terlalu mendiamkan diri tentang isu 1MDB. Namun apabila Muhyiddin bersuara, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.
Ianya perlu dimuktamadkan. Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah. Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas. Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti

2. PM Tidak Ulas Sendiri Isu Laporan Wall Street Journal (WSJ)



Menurut sumber, ketika isu laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi PM adalah satu perkara serius dan memerlukan penjelasan. Namun penjelasan tersebut bukan daripada pihaknya sendiri.
Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: “Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya. Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian. Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan”

3. Rakyat Tidak Percaya Lagi Kepada Najib – Tun M



Sebelum ini, Tun M juga pernah berkata demikian. Beliau menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14. Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula

4. Sokongan Rakyat Makin Berkurangan



Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhyiddin ada mengatakan bahawa BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menggesa seluruh parti bermula dari akar umbi supaya bersama-sama mencari jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat.
Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak. Saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam Perhimpunan Agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular

5. Bersuara Mengenai 1MDB, Bukan Menentang PM





Menerusi agendadaily.com, beliau menjelaskan apa yang disuarakannya tidak langsung bermaksud beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mempunyai niat lain yang terselindung.
Saya cuma ingin membantu,bukan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.(Menolak) itu adalah haknya, saya berkomunikasi dengan Tun (Mahathir Mohamad), saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham. Dia bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun Razak . Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib. Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau.
Sumber: The Malaysian Insider

Poster pilihanraya yang disokong Beckham

Poster pilihanraya Malaysia ada guidelines yang perlu dipatuhi. Akibatnya poster calon PRU Malaysia agak bosan dan tiada variasia. Di Indonesia calon legislatif (CALEG = ahli dewan undangan negeri) dibenarkan menggunakan kekreatifan mereka dan go crazy. Hasilnya ialah poster-poster yang dipenuhi watak anime, komik dan selebriti barat. Indo!





Rabu, 2 April 2014
Posted by Jobseekers

ANTARA UNDI ROSAK KETIKA PRU13 PALING CELAKA



Isnin, 13 Mei 2013
Posted by Jobseekers

Siapakah Menteri Besar Selangor??




SHAH ALAM - Selepas dikritik rakan pakatan sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila dua badan bukan kerajaan menyifatkan pimpinan parti itu sebagai tidak tahu malu apabila mendakwa jawatan Menteri Besar Selangor sebagai hak mereka.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, PKR tidak berhak menuntut kerusi tersebut memandangkan parti itu memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, parti paling layak menuntut kerusi tersebut ialah Pas yang dipimpin orang Melayu dan beragama Islam apabila ia memenangi 15 kerusi DUN pada PRU-13.

Satu lagi rakan pakatan ialah DAP memenangi 15 kerusi DUN tetapi wakil parti itu tidak boleh menjadi Menteri Besar memandangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan ketua negeri itu hendaklah orang Melayu dan beragama Islam.

"Pada saya, PKR diibaratkan sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dan tidak tahu malu apabila ada pemimpin tertentu mereka yang begitu mengidamkan jawatan Menteri Besar sedangkan calon tersebut langsung tidak layak atas faktor keperibadian yang dimilikinya.

"Mereka harus bersyukur kerana Pas telah memberi laluan kepada calon daripada parti itu untuk mengisi jawatan berkenaan.

"Berdasarkan amalan demokratik, parti yang menang biarpun memiliki kelebihan satu kerusi perlu diberi kuasa mutlak untuk memimpin kerajaan negeri selepas parti sekutu lain gagal menguasai banyak kerusi di DUN," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Selangor kelmarin yang menegaskan jawatan Menteri Besar Selangor tidak semestinya diperuntukkan kepada PKR kerana tiada sebarang perjanjian mengenainya.

Ekoran itu, Timbalan Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan dalam satu kenyataan meminta pemimpin PKR Selangor supaya cermin diri dan sedar diri sebelum menyatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak milik tetap PKR.

Beliau kemudian menganggap kenyataan Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita PKR negeri, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi Menteri Besar sebagai kerusi tetap PKR sebagai orang tamak haloba.

Selain itu, calon Menteri Besar juga menjadi kontroversi apabila Pas dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR kekal sebagai Menteri Besar namun Mohamed Azmin turut dikaitkan dengan persaingan merebut jawatan itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, rakyat di negeri ini tertanya-tanya siapa calon Menteri Besar mereka sedangkan dalam akhbar, pakatan pembangkang masih bertikam lidah mengenai isu pelantikan jawatan tersebut.

Menurutnya, situasi tersebut jelas membuktikan parti-parti pembangkang dalam pakatan rakyat tidak bermuafakat dan bersatu hati.

"Di negeri-negeri lain semua sudah ada Menteri Besar kecuali Selangor. Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri perlu dibentuk segera agar pentadbiran dapat berjalan lancar," ujarnya.

Di Kuala Lumpur, penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Pas tidak sepatutnya beralah kerana parti itu mempunyai lebihan satu kerusi berbanding PKR.

Katanya, langkah PKR yang terlalu beria-ia untuk meletakkan anggota mereka sebagai calon Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang kurang wajar dan dilihat seperti tidak memahami proses demokrasi.

"PKR seolah-olah tidak tahu sifir dalam politik dan dalam hal penyerahan kuasa mereka seperti tidak mahu rakan perjuangan mendahului mereka," ujarnya.

Kredit: Kosmo



Ahad, 12 Mei 2013
Posted by Jobseekers

Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia

PRU sangat-sangat penting bagi memastikan siapakah yang layak untuk menerajui kepimpinan negara pada akan datang. Tanpa  [BLACKOUT]  . Ok kita lupakan, di bawah kami  ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa fakta menarik tentang PRU di Malaysia.



PILIHAN RAYA PERTAMA

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen.

Keputusannya ialah Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS.

PENGUNDI PALING RAMAI

Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.

UNDI ROSAK PALING SEDIKIT

Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN)

Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN.

Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat?

TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.

Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja.

CALON YANG TAK PERNAH KALAH.

Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik.

PALING LAMA BERKHIDMAT

Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974.

UNDI PALING BANYAK

Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.

UNDI PALING SEDIKIT

Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008.

CALON PALING TUA

Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.
Sabtu, 11 Mei 2013
Posted by Jobseekers

Tian Chua Bodoh dan Bangang


Tidak dapat digambarkan apakah yang bermain di fikiran YB. Tian Chua sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti sampah ini...
Jumaat, 1 Mac 2013
Posted by Jobseekers

GEMPAR !!! PENDEDAHAN KAJIAN BN MEMANG BESAR DARI SUMBER DALAMAN RISIKAN PAS !!!!





Menurut sumber tersebut, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut Pas bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.

Sementara Dap pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, juga di Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara.

Mungkin analisa yang diberikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh perdana menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.

Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.

Selasa, 26 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Sembah cadangan bubar DUN



Shah Alam: Cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei, Ahad ini sudah disembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, baginda mahu pengumuman pembubaran itu dibuat dengan penuh tertib dan teratur serta mengingatkan kerajaan negeri hanya membuat pengumuman berkenaan apabila segala keputusan sudah dibuat.


“Sultan tidak halang pembubaran DUN sebab itu sudah termaktub dalam undang-undang. Jadi, saya terima titah tuanku supaya pilihan raya mesti dibuat dengan betul. Saya sudah berjanji dengan Sultan Selangor yang menitahkan supaya saya tidak mengumumkan pembubaran ini sehingga diputuskan. “Selain itu, saya sudah memberi penjelasan kepada tuanku, saya tiada halangan kalau pilihan raya negeri ini dilakukan sama dengan pilihan raya yang diputuskan Kerajaan Pusat,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.
Khamis, 21 Februari 2013
Posted by Jobseekers
Tag :

Semalam BN kali ini DAP plop......Politiking la katakan..


Konsert yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di Batu Feringghi di sini, semalam, sudah mendapat lesen sementara daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.

Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi.




“Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.

“Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco),” katanya.



Terdahulu Sinar Harian semalam melaporkan heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi.

Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak berkenaan dengan mengadakan pertandingan ‘Teka di mana konsert akan diadakan’.

Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi ‘What do you think of a massive party on the beach?’.

Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.

Konsert itu bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel, sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka.

Bukan sahaja penduduk, malah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringghi juga memberitahu langsung tidak tahu mengenai konsert berkenaan.

Malah ada antara ahli kariah masjid yang sudah membuat aduan, sementara NGO Pantai turut melahirkan rasa kecewa gara-gara konsert bermotifkan arak itu diadakan di tempat pantai awam.

Difahamkan juga, konsert yang dikatakan tertutup tetapi dibuat di tempat awam itu turut mengundang artis Korea popular.

Kesahihan berkenaan diperoleh apabila artis berkenaan turut membuat persembahan raptai pada petang, semalam.

Penduduk di situ juga melahirkan rasa tidak puas hati kerana bunyi muzik dari konsert boleh didengari sehingga dua kilometer jauhnya sehingga melepasi kawasan Masjid Batu Feringghi.

SINAR

MTK
ARAK DAN DAP TAK DAPAT DIPISAHKAN
Rabu, 13 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Berlusconi diarah bayar bekas isteri RM791,180 sehari!!!




ROM - Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi mengecam tiga hakim wanita sebagai feminis dan komunis kelmarin kerana memutuskan beliau berhutang AS$260,000 (RM791,180) sehari kepada isterinya berhubung penyelesaian perceraian mereka.

Pada 28 Disember tahun lalu, akhbar Corriere della Sera melaporkan keputusan mahkamah itu dengan Berlusconi diarahkan membayar jumlah tersebut kepada Veronica Lario yang dikahwininya pada 1990.

Ini adalah kali pertama Berlusconi mengeluarkan kenyataan terbuka tentang penyelesaian perceraian mereka. Namun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada isterinya.

"Mereka mengarahkan saya membayar AS$260,000 sehari dan ini mendedahkan siapa sebenarnya hakim-hakim di Milan itu," kata Berlusconi dalam satu wawancara bersama saluran televisyen La7.

"Mereka ialah tiga hakim feminis dan komunis," tambahnya.

Dalam wawancara tersebut, Berlusconi mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa ketiga-ketiga hakim Milan itu telah mendakwanya sejak beliau menceburi politik pada 1994 kerana menentang fahaman politiknya.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah mahkamah di Milan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Berlusconi kerana menipu cukai dengan beliau merancang merayu hukuman tersebut.

Pemimpin berusia 76 tahun itu kini bertanding untuk penggal kelima dalam pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari depan.

Lario mengemukakan perceraian daripada bilionair itu pada 2009 selepas mendakwa beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis berusia 17 tahun.

Menurut Berlusconi, beliau kini merayu keputusan mahkamah berkenaan

Kredit: Kosmo


Khamis, 10 Januari 2013
Posted by Jobseekers

Penyebar berita palsu boleh didenda RM50,000 tu...




CYBERJAYA - Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang strok ringan.

Kredit : Kosmo




Posted by Jobseekers

Bagaimanapun Nik Aziz tetap akur kehendak golongan Kristian




KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bersetuju dengan kehendak golongan Kristian yang mahukan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu.

Menurutnya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam.

"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini semalam.

Pendapat Nik Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin Pas sendiri.

Ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu itu, Nik Aziz berkata, ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya lagi.

Kredit: Kosmo




Rabu, 9 Januari 2013
Posted by Jobseekers

Penyelewengan Tabung Memali terbongkar




KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

Kredit : Utusan

Isnin, 7 Januari 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -