Posted by : Jobseekers Jumaat, 18 Oktober 2013

Kita semua biasa mendengar tentang terma penerbangan kelas pertama, tetapi adakah anda pernah mendengar terma pemanduan kelas pertama? Itulah jenis pengalaman pemanduan yang dijanjikan oleh UK Carisma Auto Design kepada pemilik (boleh dikatakan khususnya penumpang) Cadillac Escalade baru. Anda mungkin boleh mengingati jenama Carisma ini daripada beberapa produk terbarunya iaitu Land Rover Defender dan van Mercedes -Benz Viano yang telah diubah suai mengikut citarasa pembeli.

Carisma mengatakan bahawa konversi Cadillac Escalade telah direka dan dibina untuk seorang ahli perniagaan lelaki dari Tengah Timur yang tidak dinamakan , yang juga mempunyai SUV Giga -size yang dilengkapi perisai sepenuhnya ke tahap B4. Baiklah, apa yang Carisma ingin mengatakan ialah sebenarnya lelaki tersebut sangatlah kaya. Senang, bukan?

Di sebalik tingkap hitam legap, Escalade telah ditrim semula atas bawah dan depan belakang, dengan hiasan dalaman Carisma di bahagian kabin penumpang, dibalut dengan kulit Connolly berwarna “tan” sederhana dan Insets venir kayu asli, ditambah lagi dua kerusi bersaiz lengkap dengan kecondongan elektronik dan kawalan sokongan lumbar (bagi keselesaan bahagian peha-tidak memenatkan kaki dalam perjalanan jauh), peti sejuk, PC Windows 8 , dan skrin televisyen. Apa lagi anda mahu? Kolam renang sahaja tiada dalam kereta ini.

Menurut Carisma , “Dari awal hingga akhir, konversi ini telah menggunakan sebanyak 75 meter persegi [ 807 kaki persegi ] kulit , 1 km pendawaian baru, 600 sambungan elektrik dan memerlukan 700 jam untuk disiapkan. ”

Clive Drake, Pengarah Jualan Carisma Auto Design , mengulas: “Ini merupakan projek terbesar kami setakat ini dan adalah contoh yang baik daripada julat elemen yang kami boleh tawarkan dalam satu-satu konversi – dari segi teknologi artistik, hinggalah kayu buatan tangan dan kulit terbaik. Dalam dunia ini, tiada dua kenderaan Carisma yang sama dan konversi seperti ini hanya dihadkan oleh imaginasi pelanggan. ”

Sudah kaya, ke mana lagi mahu buang duit bukan? Apa kata anda?






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -