Memaparkan catatan dengan label Police. Papar semua catatan

Orang U.K Pun Tiru Ali Baba

Ali Baba Bujang Lapok ialah filem klasik super sinis yang diarahkan oleh P Ramlee. Di dalam filem ini ada babak penyamum memangkah dahulu rumah Kassim Baba sebelum ianya dirompak pada waktu malam. Di UK baru-baru ini gempar apabila pihak Polis Warwickshire mengumumkan mereka menemui teknik serupa digunakan pada rumah sekitar Warkwickshire. Simbol yang dicat pada rumah menandakan sama ada rumah tersebut mempunyai sistem keselamatan, sudah dirompak, mudah dirompak ataupun diduduki orang kaya. Secara keseluruhan 40 simbol sudah ditemui pada beberapa buah rumah. Cat yang hanya boleh dilihat pada waktu malam digunakan untuk menandakan rumah di waktu siang. 

Nampaknya life is imitating art. Diharap penyamum di Warwickshire juga bodoh macam penyamum filem sehingga menyerang tandas di waktu malam!




Kredit:Blogserius

Jumaat, 14 Ogos 2015
Posted by Jobseekers

Adakah ini penyelesaian Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim




KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.

Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam.

Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.

Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.

Kredit: Kosmo
Isnin, 13 Mei 2013
Posted by Jobseekers

Lain macam! Apabila Nissan Skyline Bertembung Dengan Kancil

Agak jarang kita mendengar kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta sekolah memandu. Terbaru, terdapat sebuah kemalangan jalan raya yang telah berlaku di antara sebuah kereta Nissan Skyline dan Kancil di Danga Bay, Johor Bharu. Walaubagaimanapun tiada laporan rasmi lagi diterima bagaimana kejadian sebenar ini berlaku. Daripada gambar yang kita lihat, kereta kancil tersebut telah terbalik dan Skyline juga turut mengalami kerosakan di bahagian depan. Jom lihat gambar di bawah ini.







Sabtu, 11 Mei 2013
Posted by Jobseekers

PEGAWAI POLIS WANITA CHILE-Super Hot

Agak menarik apabila mendapati di Chile pegawai polis wanita mereka agak hot. Ada yang rupa macam Rozita Che Wan edisi latina! Kami sayang polis comel!







Kredit:Pen Patah Blog
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -