Archive for Ogos 2012

Jom Kenali Budak gemuk paling famous di internet!




Ramai yang menggunakan gambar kanak-kanak ni sebagai gambar profile mereka.Ha Korang Punye Gambar ada ke orang guna?? Merata-rata gambar dia di internet, tapi korang tau tak siapa nama kanak-kanak ini?


Nama kanak-kanak 4 tahun (2011) ni ialah Xiao Hao, dari Guangzhou, Cina.Berat kanak-kanak ini ialah 140 pound (lebih 60kg), kira-kira 110 lebih berat daripada kebanyakan kanak-kanak berusia tiga tahun.














Doktor mengatakan kegemukan Xiao Hao tiada kaitan dengan masalah hormon tetapi kerana dimanjakan dengan makanan.Ibu bapa Xiao Hao kini memantau pemakanan dan membawa Xiao hao ke taman untuk joging agar berat badannya dapat turun ke paras yang lebih baik!

Jumaat, 31 Ogos 2012
Posted by Jobseekers

HOT! Gambar menggoda & seksi Miera Liyana semasa fotoshoot


 1 lagi gambar seksi Miera Liyana yang tidak selamat untuk tatapan di tempat kerja dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MediaMalaya..


lawa bukan baru berusia belasan tahun tapi mampu mencetuskan kontroversi seantero dunia….

Posted by Jobseekers

Kepada Pengguna Samsung, Anda Mesti Tahu! Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu ‘diharamkan’




SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’.
Posted by Jobseekers

Enam Sub-budaya Jepun Yang Gila


Jauh sebelum bermulanya era k-pop dan dominasi budaya Korea, Jepun terlebih dahulu mewujudkan beberapa budaya moden yang unik dan agak gila kepada masyarakat mereka.

Nasib baik, hampir keseluruhan budaya itu kekal dalam negara itu sahaja.

Kebanyakan budaya pelik Jepun berasal dari sifat memberontak di kalangan remaja atau segilintir penduduk mereka.

Antara yang menarik:

Dekatora




 Pemandu trak mengubah suai trak mereka dengan lampu dan pelbagai aksesori yang menjadikan jentera mereka ala-ala disko bergerak.

Semua aksesori itu tidak membantu apa-apa pun dalam kerja mereka selain menjadikan trak mereka menarik.

Dan trak berkenaan digunakan sepenuhnya untuk mengangkut pelbagai bahan seperti biasa.

Lampu-lampu berkerlipan di trak berkenaan biasanya akan hanya dibuka apabila seseorang pemandu trak itu cuba membuatkan rakan pemandu trak yang lain kagum.

Gyaru


Nama yang diambil sempena perkataan ‘gal’ dalam slang bahasa Inggeris, memperlihatkan anak-anak gadis muda memakai mekap yang tebal sehingga kulit mereka dilihat seperti dimamah matahari (tanned), rambut dengan pewarna perak yang berkilat jauh sebatu dan macam-macam pewarna lagi di muka mereka.

Kumpulan itu yang lahir puluhan tahun lalu di kejiranan Harajuku, Tokyo biasanya akan melepak di tepi-tepi jalan di hampir kesemua bandar utama Jepun.

Ada banyak jenis Gyaru dan setiap generasi baru semakin pelik penampilan mereka berbanding generasi sebelumnya.

Kumpulan itu bermula dengan kumpulan gadis yang dikenali sebagai kogyaru (pelajar wanita sekolah menengah), selepas itu datang generasi ganguro (meletakan warna putih di bibir dan sticker berkilat di muka).

Disebabkan muka mereka yang berwarna-warnai serta pemakaian skirt yang pendek serta stokin tinggi, ada pihak yang melawak dengan mengelarkan kumpulan remaja itu sebagai ‘pelacur panda’.



Lolita


Kalau di barat lolita selalunya merujuk kepada kanak-kanak yang seksi yang adakalanya digunakan dalam perdagangan seks.

Namun, di Jepun ia merujuk kepada kumpulan remaja wanita yang berpakaian ala-ala remaja zaman Victoria.

Berbeza dengan Gyaru yag akan mengenakan mekap yang keterlaluan dan mendedahkan diri sebanyak yang boleh, Lolita sebaliknya akan berpakaian terlalu sopan dan mekap yang terlalu sedikit.

Cara mereka berpakaian sebenarnya merujuk kepada fesyen yang sudah pun pupus sebelum nenek-nenek mereka lahir.

Bukan hanya remaja, malah ada di kalangan wanita berumur juga mengenakan pakaian yang sama.

Mengapa?

Mereka berpakaian demikian sebagai tanda menolak standard kecantikan dan seksi yang ditetapkan lelaki masa kini.

Pelayan Lelaki


Gaya Gyaruo yang bermula sebagai edisi lelaki untuk gyaru, merupakan kaedah yang dipilih untuk kononnya kelihatan ‘cool’ di kalangan budak-budak lelaki Jepun.

Kumpulan itu memakai pakaian mahal, berjenama, minyak wangi berliter-liter dan gaya rambut ala-ala Rod Steward.

Mereka juga memastikan kulit mereka sentiasa tanned.

Ciri penting kumpulan itu, mereka hidup dengan menemankan wanita-wanita kesunyian di bar untuk minum bersama.

Bukan semua lelaki dari kumpulan itu berkerja menemankan wanita kesunyian, namun sebahagian sahaja.

Asmara bukan matlamat utama, sebaliknya pelayan lelaki akan duduk minum dan memberikan kata-kata romantik ke telinga wanita yang mereka temankan.

Yankii


Dipercayai berasal daripada perkataan bahasa Inggeris slang Amerika Syarikat, Yankee.

Kumpulan ini terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang selalunya akan mewarnakan rambut mereka dengan warna blond atau oren, memakai pakaian kotor, merokok, minum arak dan mengandung sebelum tamat sekolah menengah.

Mereka dikenali sebagai kumpulan yang biadap, suka membuat bising dan menentang budaya Jepun yang tegas.

Walaupun ada persamaan antara gyaru dan gyaruo, kumpulan Yankii dilihat menyamai kumpulan punk.

Kumpulan ini mulai muncul sekitar tahun 80-an



Visual Kei


Gaya muzik dan pemakaian yang boleh disifatkan agak berbeza dari keadaan normal.

Gaya mereka menyerupai watak-watak dalam permainan video, Final Fantasy.











Posted by Jobseekers

2 Pemain Terengganu Dihukum Setelah Bawa Perempuan Balik Hotel




DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.

Kredit> http://mynewshub.my
Posted by Jobseekers

Amaran Bank Dunia: Harga Makanan Global Bakal Meningkat


NEW YORK – Harga makanan global telah meningkat sebanyak 10% pada bulan lepas, sekali gus mencetuskan  kebimbangan ia bakal meningkat lagi, demikian lapor Bank Dunia.

Menurut bank berkenaan, cuaca panas melampau di Amerika Syarikat dan kemarau di beberapa bahagian Eropah merupakan punca kepada peningkatan berkenaan.

Malah, kata Bank Dunia, harga jagung, gandum dan kacang soya juga telah meningkat dengan mendadak .

Berdasarkan laporan, sejak awal Jun hingga Julai tahun ini, harga bijirin berkenaan meningkat sebanyak 25 % daripada 17%.

Keadaan itu disebabkan oleh kemarau di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine dan Kazakhstan hingga menyebabkan tanaman bijirin itu mengalami kemusnahan.

Selain itu, kata Bank Dunia, penggunaan jagung untuk menghasilkan bahan api turut menyebabkan kenaikan mendadak bijirin berkenaan.

Susulan itu, Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim meminta semua negara supaya meningkatkan program bagi melindungi penduduk mereka daripada terjejas teruk akibat peningkatan harga makanan ini.

“Kita tidak boleh benarkan kenaikan harga makanan ini menggugat keluarga manakala kanak-kanak pula terpaksa mengambil makanan yang kurang berkhasiat disebabkan harga makanan yang tinggi,’’ katanya.

Yong Kim berkata, negara-negara seperti Timur Tengah dan Afrika merupakan negara yang paling terjejas kerana ia mengimport bijirin berkenaan dalam kuantiti yang besar dengan sebahagian besar untuk kegunaan harian penduduknya.

Biarpun Bank Dunia tidak meramalkan peningkatan harga tersebut akan mencetuskan rusuhan seperti yang dialami di beberapa negara pada 2008, namun ia bakal menyaksikan harga bijirin lain juga meningkat.

Sementara itu, badan kebajikan Oxfam memberitahu, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sekiranya negara di dunia ini melengahkan usaha untuk mengatasi peningkatan harga makanan berkenaan.

“Oxfam telah melihat bagaimana kenaikan harga makanan ini telah menjejaskan pembangunan negara membangun,’’ katanya.



Posted by Jobseekers

Setujukah Anda Bendera Kita Diubah?


. Persoalan mudah…perlukah bendera negara kita diubah?

Mengapa ia perlu diubah?

Apakah hanya kerana ada persamaan dengan bendera Amerika Syarikat maka ia perlu diubah?

Bacalah…lihatlah…baru bercakap




Ada puluhan negara dengan bendera yang hampir sama di dunia ini.

Jangan kata hampir sama….ada yang tidak boleh dibezakan langsung seperti bendera Chad dan Romania.

Buta ilmu dan buta mata kah segelintir rakyat negara ini?

Adakah ia perlu diubah kerana pemimpin DAP seperti ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mahukan ia dibuat demikian?

Apakah perubahan itu bermakna dasar dan kontrak sosial kita juga akan diubah pemimpin DAP dan pakatan mereka?

Apakah kita perlu berpolitik sehingga jati diri dan maruah negara digadaikan?

Selain bendera, apakah lagi yang mahu diubah?

Bukankah bendera harus dipertahankan. Dalam perang zaman dahulu, gugurnya seorang pemegang bendera, maka tentera terdekat perlu berlari memegang bendera pasukannya….kerana bendera itu secara tidak langsung mendukung maruah negara dan pasukannya…ia tidak boleh jatuh ke bumi.

Di sini, kita mahu ubah kerana sudah terlalu kemaruk mahu berkuasa!

Kredit> http://mynewshub.my/
Posted by Jobseekers

Kehidupan Pelombong Arang Batu India (9 Gambar)

Di India lombong arangnya sadis. Ada pekerja bawah umur dan mereka semunya melakukan kerja hampir keseluruahnnya secara manual. Bersyukurlah di Malaysia dibawah Dato Seri 1Najib kerja remeh sebegini kita serahkan kepada pendatang asing. Orang Malaysia boleh chillax dan bersenang-senangan. Syukur.


 
Rabu, 29 Ogos 2012
Posted by Jobseekers

Bila Filem Terkenal Dibintangi Kucing (6 Gambar)




Selasa, 28 Ogos 2012
Posted by Jobseekers
Tag :

Isu Hudud: Karpal Saman Nasharudin



KUALA LUMPUR – Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang ‘menentang Islam’.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, “Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam”.

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,” katanya. – BERNAMA
Isnin, 20 Ogos 2012
Posted by Jobseekers

Wanita Gila Ini Melahirkan Anak Sendirian Di Tepi Jalan


China – Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun.

Dengan berbekalkan gunting sahaja, beliau menggunting tali pusat bayinya dan uri dibuang ke dalam tong sampah.Beliau kemudiannya berjalan sehingga lebih 6 KM sambil mengendong bayi yang baru lahir tersebut.

Bayi tersebut langsung tidak dibalut dengan kain oleh wanita tersebut. Orang sekeliling cuba menghulurkan bantuan terhadap wanita tersebut tapi tidak dibenarkan oleh wanita terbabit.

Namun selepas didesak orang ramai,akhirnya bayi tersebut di bawa ke hospital berdekatan.

Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.

Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu.Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran.Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.

Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk.

Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.








Posted by Jobseekers

Cool - Italdesign Giugiaro Brivido Versi GT (6 Gambar)


GT konsep daripada Martini Racing

Brivido adalah kereta prototaip yang mula diperkenalkan pada Geneva Motor Show baru-baru ini. Kereta hibrid dengan 4 empat duduk ini menggunakan enjin supercharger 3.0L V6 yang mampu memecut 0-62 mph dalam masa 5.8 saat dan mencatat kelajuan maksimum 171 mph. Ruangan dalamannya juga cukup menarik dengan 2 panel yang berfungsi seperti side mirror, monitor touch skrin pada dashboard, dan tempat letak iPad. Di bawah ini adalah model kereta Brivido versi GT yang berkonsepkan Martini Racing.








Posted by Jobseekers

Gambar Semut Jika Di Lihat Dari Mikroskop


Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo himenoptera bersama dengan lebah dan tawon. Semut terbahagi kepada lebih daripada 12,000 kelompok, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika. Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang kadang-kadang terdiri daripada beribu-ribu semut satu koloni. Jenis semut dibagi menjadi semut pekerja, semut jantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk menyokong kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah kesatuan.

Semut telah menguasai hampir seluruh bahagian tanah di Bumi. Hanya di beberapa tempat seperti di Iceland, Greenland dan Hawaii, mereka tidak menguasai daerah tesebut. Di saat jumlah mereka bertambah, mereka dapat membnetuk sekitar 15 - 20% jumlah Biojisim haiwan-haiwan besar.

Anai, kadang-kadang disebut semut putih, tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan semut, walaupun mereka mempunyai struktur sosial yang sama. Semut baldu, walaupun menyerupai semut besar, tapi mereka merupakan tawon betina yang tidak bersayap.

Semut adalah haiwan terkuat didunia. Walaupun tubuhnya kecil, ia mampu menampung benda dengan beban 50 kali dari beban tubuhnya. Jika diadukan dengan haiwan sangat besar seperti gajah atau gorilla, yang hanya mampu menampung benda maksimum sampai 3 kali dari beban tubuhnya. Langsung sahaja lihat


















Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -