Archive for Jun 2014

Muzium Khas Christiano Ronaldo

Ego Tahap Ronaldo

Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakan Lionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak di Funchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium. Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements. 







Selasa, 24 Jun 2014
Posted by Jobseekers

Easy Going Projector- Suitable for All

Nice!

Projektor selalunya digunakan di kedai mamak bagi memaparkan perlawanan bola sepak. Di kebanyakkan mamak projektor gergasi digunakan bagi memastikan siaran dapan dipancarkan pada skrin yang besar. This is all well and good tetapi projektor yang ada dipasaran sekarang tidak cukup kompak dan mudah alih. 


ODIN yang direka oleh firma Dos Owl yang berpengkalan di  Amerika Syarikat adalah projektor pintar mudaa alih berkuasa Android. Ia bukan sahaja mampu memancarkan imej sebesar 145 inci mendatar tetapi turut mampu berinteraksi dengan peranti pintar tanpa wayar. Ia menggunakan sistem operasi Android Kit Kat dan diperkasakan pemproses 1.6 GHz Empat teras. Tak cukup dengan itu ia turut menyokong Bluetooth 4.0 serta outpot HDMI penuh. Very nice. Kompak,kecil dan pintar. Do want! Jika mahu sila sokong projek ini di Kickstarter.






Isnin, 23 Jun 2014
Posted by Jobseekers

Warna Penentu Nilai kereta Anda

Kita di Malaysia mungkin tidak pernah terfikir bahawa warna kenderaan ada juga kaitan dengan nilai jualan semula kenderaan. Mungkin ianya tidak begitu ketara di Malaysia, namun di AS ianya dilihat penting. Oleh itu, mungkin langkah memilih warna selain daripada warna standard seperti hitam atau perak semasa membeli kereta dikatakan satu langkah bijak.

Satu kajian baru yang dijalankan oleh laman carian kereta terpakai iSeeCars.com, mendapati bahawa antara lebih 20 juta kenderaan yang dimiliki pada tahun lepas, warna yang kurang popular menghasilkan susut nilai yang lebih rendah daripada harga warna lebih disukai pembeli. Kuning dan oren menunjukkan penurunan harga yang paling rendah dalam analisis berbanding hitam, kelabu dan perak yang jatuh teruk.


Perbezaannya bukan hanya beberapa dollar. Kereta kuning susut 26.2 peratus secara purata dari MSRP asal mereka dalam 5 tahun, berbanding dengan 34.4 peratus bagi kenderaan hitam. Sebagai contoh, untuk model $ 40,000 yang biasa, di mana segala-galanya sama kecuali warna, model kuning susut $ 10,480 daripada nilainya dalam masa 5 tahun, dan model hitam pula jatuh $ 13,760 dari harga pembelian awal.

CEO iSeeCars.com Phong Ly, mengspekulasikan bahawa perbezaan ini boleh dikaitkan dengan bekalan dan permintaan (supply and demand). Ly mendakwa bahawa hanya 1.1 peratus daripada kereta di jalan raya berwarna kuning atau oren. Oleh itu, mungkin ianya diliihat lebih premium daripada yang lain.

Kajian itu menegaskan bahawa keputusannya sama tanpa mengira apa jua jenis kenderaan. Jadi, jika anda benar-benar cuba untuk memaksimumkan pembelian anda dan tidak keberatan dilihat sedikit “pelik” di atas jalan raya, ia mungkin langkah bijak untuk membeli kereta dengan warna yang jarang dilihat.

Anda setuju? Masuk akal bukan? Apa pendapat anda, dan apakah anda akan memilih warna seperti kuning atau oren untuk kereta baru anda?

Perlindungan Jaminan Tiada Bagi Mercedes Dibeli Menerusi Saluran Tidak Rasmi

Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.


Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

“Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

“Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah,” katanya.

Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sabtu, 21 Jun 2014
Posted by Jobseekers

Penggelek Wallpaper-Easy Right

Tidak perlu wallpaper

Selalunya penggelek cat hanya boleh digunakan untuk mengecat permukaan dinding yang besar. Ianya tidak digunakan untuk menghasilkan corak dengan menggunakan cat. In fact the only way untuk corak diletakkan pada permukaan dinding ialah denga menggunakan wallpaper. Kini sudah ada penggelek cat yang membolehkan corak dicatkan terus ke permukaan dinding. Setiap penggelek bercorak ini dijual pada harga USD 25 sebuah. Mungkin agak mahal tetapi ianya masih lebuh murah jika dibandingkan dengan membeli wallpaper. Idea bernas. Jika berminat anda boleh membelinya disini dan setakat ini mereka mempunyai beberapa pilihan corak.





Laporan asal Bit Rebels
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -