Memaparkan catatan dengan label Technology. Papar semua catatan

"GOPRO" ZAMAN DAHULU KALA - Legend Tu.......


Zaman dahulu kala pak hang mak hang nenak hangpa semua tak ada GoPro monopod dan mengambil gambar selfie macam kepalabana seperti anda sekarang. Zaman dahulu kamera terlaku berat untuk letak di hujung kayu semata-mata





Kredit : Gopro
Jumaat, 3 Oktober 2014
Posted by Jobseekers

LAND CARPET : PERMAIDANI GAMBAR SATELIT- Kau hado

Rekaan permaidani biasnya lebih kepada rekaan floral atapun geometri. Tetapi sekiranya anda mahukan permaidani yang unik dan menarik anda boleh memesan Land Carpet. Ianya permaidani yang dianyan untuk kelihatan seperti topografi bumi yang dilihat dari angkasa lepas. Terdapat topografi ladang, gurun, bandaraya dan juga pelabuhan. Ianya dihasilkan oleh Florian Pucher dan damn son DO WANT!




Kredit : Permaidani

LAMBORGHINI ASTERION : KENDERAAN HIBRID 920 KUASA KUDA - Awesome


Semua pengeluar kenderaan kini mahu menghasilkan kenderaan hibrid kerana menjaga kesihatan muka bumi kini is an in thing. Ferrari ada F70 La Ferraria dan kini Lamborghini ada Asterion. Kenderaan hibrid ini dilengkapi enjin Lambroghini Huracan 610 kuada kuda yang digabungkan dengan motor elektrik yang memberikan gabungan 910 kuasa kuda. Di dalam mod elektrik ia mampu bergerak sejauh 50 kilometer sebelum perlu dicas. Menurut Lambroghini Asterion boleh memecut sehingga 320 kilometer sejam. Buat masa ini kenderaan ini hanyalah konsep dan tiada perancangan menjualnya kepada hipster tree huggers yang berduit.









CASING MERUBAH IPHONE MENJADI KAMERA KOMPAK - Gizmon Ica

Casing dengan fungsi lensa tambahan banyak kali kami paparkan di Blogerius,. Sebagai contoh ialah Gizmon Ica yang dipaparkan tahun lalu dan I.Am+ Foto.Shosho oleh Will I Am.  Tetapi ada sebuah lagi casing baru yang akan mengubah iPhone anda menjadi kamera kompak sebenar. Relonch mendakwa casing rekaan khas mereka ini mampu menangkap gambar pada resolusi lebih tinggi dan dengan sokongan zoom optikal. Ianya juga boleh berfungsi sebagai power bank. Apabila disambungkan kepada iPhone, aplikasi khas Relonch Guru boleh mengakar anda teknik mengambil gambar dengan lebih baik. Spesifikasi bateri dan saiz sensor masih belum diumumkan tetapi pesanan sudah boleh dilakukan dengan harga jualan sekitar RM1600. Yep! 







Khamis, 2 Oktober 2014
Posted by Jobseekers

Easy Going Projector- Suitable for All

Nice!

Projektor selalunya digunakan di kedai mamak bagi memaparkan perlawanan bola sepak. Di kebanyakkan mamak projektor gergasi digunakan bagi memastikan siaran dapan dipancarkan pada skrin yang besar. This is all well and good tetapi projektor yang ada dipasaran sekarang tidak cukup kompak dan mudah alih. 


ODIN yang direka oleh firma Dos Owl yang berpengkalan di  Amerika Syarikat adalah projektor pintar mudaa alih berkuasa Android. Ia bukan sahaja mampu memancarkan imej sebesar 145 inci mendatar tetapi turut mampu berinteraksi dengan peranti pintar tanpa wayar. Ia menggunakan sistem operasi Android Kit Kat dan diperkasakan pemproses 1.6 GHz Empat teras. Tak cukup dengan itu ia turut menyokong Bluetooth 4.0 serta outpot HDMI penuh. Very nice. Kompak,kecil dan pintar. Do want! Jika mahu sila sokong projek ini di Kickstarter.






Isnin, 23 Jun 2014
Posted by Jobseekers

Jika Semuanya Nak Jadi IronMan...kah3.....

Iron Man mempunyai baju zirah yang paling cool. Apakah terjadi jika kesemua adiwira dan watak video game mempunyai baju zirah? The answer is answered by Boss Logic. cool!





Isnin, 7 April 2014
Posted by Jobseekers

Flip Bowl Toilet

Bulan April ini berlaku catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor. Kombinasi cuaca panas dan bukan musim hujan membuatkan beberapa paras air di empangan sekitar Selangor turun. Harus kita sedari air ialah sumber yang terhad dan harus diurus dengan baik bagi memastikan kita semua mampu menggunakannya setiap hari.

Antara sumber pengguna air tertinggi di dunia ialah sistem flush tandas. Jutaan liter air digunakan hanya untuk memastikan sisa tinjaan anda dapat dipam keluar dari tandas. Alangkah baiknya jika sistem flush dapat mengurangkan penggunaan air. Ini ialah IOTA, mangkuk tandas boleh lipat yang juga menggunakan air yang sedikit dari tandas konvensional. Ianya rekaan Gareth Humphreys dan Elliott Whiteley, pelajar tahun akhir University of Huddlesfield. Menurut mereka IOTA mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk mengepam sisa tinjaan berbanding tandas biasa. Air dipam kedalam mangkuk tandas secara automatik apabila mangkuk dinaikkan keatas. Rekaan ini juga lebih kompak berbanding tandas biasa.





Isnin, 31 Mac 2014
Posted by Jobseekers

EASYBREATH : TOPENG SNORKEL YANG PALING Awesome

Kami benar bersnokel ketika bercuti tetapi sistem snorkel yang ada sekarang tidak mudah digunakan. Anda harus bernafas melalui mulut yang sememangnya tidak natural bagi seorang manusia. Tambah annoying ialah saluran udara snorkel yang kerap dimasuki air. Easybreath rekaan Tribord, sebuah syarikat dari Perancis menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bernafas melalui mulut dan hidung secara bebas kerana snorkel ini ialah jenis full face. Sistem saluran udaranya juga dilengkapi alat menghalang air dari memasuki ruang bernafas.Akhirnya rekaan yang logikal!





Jumaat, 28 Mac 2014
Posted by Jobseekers

TIV MPI RESOLUTION : KAPAL DENGAN 6 KAKI

Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan bahan api fossil menghasilkan pencemaran disamping menggunakan bahan api yang semakin mahal. Oleh itu di negara-negara maju sumber elektrik alternatif yang lebih mesra alam dan future proof mula dibangunkan dengan giat. Di Jepun pembinaan "ladang angin" yang dipenuhi kincir udara adalah alternatif yang sedang dipertimbangkan bagi menggantikan loji kuasa nuklear seperti Fukushima yang didapati mudah bahasa paska gempa bumi. Projek di Jepun masih dalam perancangan tetapi di Britain projek peminaan ladang kincir udara untuk menghasilkan elektrik pada skala besar sudah dilakukan sejak 2004.

Bagi membina ratusan kincir angin ini ditengah-tengah lautan anda memerlukan kapal khas dan kapal khas ini ialah TIV MPI Resolution. TIV MPI Resolution ialah kapal yang boleh berubah menjadi platform pembinaan di atas lautan kerana ia dilengkapi 3 pasang kaki. Terdapat beberapa lagi kapal platform pembinaan sepertio TIV MPI Resolution tetapi kesemuanya hanya mempunyai 2 pasang kaki. Kelebihan TIV MPI Resolution berbanding pesaing ialah ianya lebih besar, lebih stabil dan lebih mudah "berdiri" di atas permukaan laut.


Kapal seberat 4857 tan ini dibina khas bagi tujuan pembinaan beberapa ladang tenaga kincir udara di Britain. Ia siap dibina pada tahun 2003 dan ia diperkasakan 4 enjin diesel dengan output gabungan 10 000 kuasa kuda. TIV MPI Resolution masih digunakan secara aktif membina beberapa lagi kincir udara di tengah lautan bergelora Britain





Posted by Jobseekers

Awesome flight Sim

Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. 







Selasa, 25 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Yang rare Honda NM4 Vultus

Di Pameran Motosikal Osaka tempohari Honda memperlihatkan konsep Honda NM4 Vultus mereka. Ianya ialah konsep motosikal masa hadapan mereka yang mempunyai rekaan ala motosikal Tetsuo dair animasi Akira. Terdapat dua versi. NM4-01 berwarna hitam manakala NM4-02 bewarna putih dengan tempat menyimpan barang pada bahaguan belakang. Ia diperkasakan enjin 745 CC dua silinder serta sistem paparan LCD untuk menunjukkan kelajuan dan prestasi enjin. 


Add caption


Posted by Jobseekers

Fast and Furious 7 akhiri penggambaran

FAST AND FURIOUS 7



Apabila pelakon utama francais Fast & Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada bulan November lalu, sambungan seterusnya, Fast and Furious 7, sudah pun berada dalam pembikinan dan sepatutnya dijadualkan untuk keluar 11 Julai tahun ini.

Selepas pembikinan filem ini diberhentikan seketika, sementara Universal Studios memikirkan bagaimana untuk mengisi babak-babak selebihnya yang ada Walker, penulis skrip telah menulis semula skrip asal. Tidak lama kemudian, penggambaran disambung semula. Tentu ada yang tertanya bagaimana Universal Studios menyelesaikan masalah ini, bukan?

The New York Daily News melaporkan bahawa baki adegan Walker dalam filem itu akan ditangkap dengan menggunakan empat “body doubles”, yakni empat orang yang memiliki tubuh fisikal yang hampir sama dengan Walker, untuk digunakan bagi babak yang mempunyai pergerakan, dengan muka dan suara Walker ditindih menggunakan CGI. Wow, kedengaran mencabar!

Skrip baru ini memaparkan watak detektif FBI Brian O’Connor tidak mati, tetapi sebaliknya memilih untuk bersara. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada 10 April 2015. Nantikan.
Isnin, 24 Mac 2014
Posted by Jobseekers

It`s Bond An Icon

Setiap siri filem James Bond akan didatangkan dengan versi kereta yang berlainan. Bagi peminat filem James Bond tentunya akan menantikan jenis kereta yang akan digunakan oleh James Bond dalam filem tersebut.

1

0

2

3

4

5

6

7

8

Sabtu, 22 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Afla Romeo bawakan 4C Spyder ke Geneva

Dengan Geneva Motor Show semakin dekat, syarikat pengeluar kereta Eropah berlumba-lumba memberikan info kereta yang akan mereka bawa ke pameran itu. Info terbaru daripada Autoblog mengatakan  bahawa Alfa Romeo telah menyediakan 4C versi convertible yang bakal dilancarkan di ekspo automotif besar di Switzerland minggu hadapan.

4C Spider dikatakan menggabungkan beberapa perubahan daripada versi coupe berbumbungnya sebelum ini (gambar). Ia akan mempunyai panel bumbung boleh tanggal (peminat Porsche mungkin kenalinya sebagai “Targa”) bersama-sama dengan sepasang roll gelung gentian karbon yang dilekatkan di belakang tempat duduk “bucket”. Dipasangkan enjin output tinggi 1.75 liter turbo empat, pasti Alfa Romeo 4C Sypder ini memberikan satu pengalaman berbeza.

Menurut Autoblog, masih belum ada berita sahih jika kereta itu akan dipamerkan dalam bentuk kereta konsep atau model pengeluaran, tetapi desas-desus dari Itali mengatakan bahawa 4C Spider akan menampilkan reka bentuk lampu dan satu set rim berbeza dengan yang sedia ada kini.

Sila ambil perhatian bahawa galeri di bawah ini merupakan 2014 Alfa Romeo 4C, bukannya 4C Spyder. Nantikan galeri 4C nanti di Geneva ^^.










Khamis, 27 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -