Posted by : Jobseekers Khamis, 27 Februari 2014

Dengan Geneva Motor Show semakin dekat, syarikat pengeluar kereta Eropah berlumba-lumba memberikan info kereta yang akan mereka bawa ke pameran itu. Info terbaru daripada Autoblog mengatakan  bahawa Alfa Romeo telah menyediakan 4C versi convertible yang bakal dilancarkan di ekspo automotif besar di Switzerland minggu hadapan.

4C Spider dikatakan menggabungkan beberapa perubahan daripada versi coupe berbumbungnya sebelum ini (gambar). Ia akan mempunyai panel bumbung boleh tanggal (peminat Porsche mungkin kenalinya sebagai “Targa”) bersama-sama dengan sepasang roll gelung gentian karbon yang dilekatkan di belakang tempat duduk “bucket”. Dipasangkan enjin output tinggi 1.75 liter turbo empat, pasti Alfa Romeo 4C Sypder ini memberikan satu pengalaman berbeza.

Menurut Autoblog, masih belum ada berita sahih jika kereta itu akan dipamerkan dalam bentuk kereta konsep atau model pengeluaran, tetapi desas-desus dari Itali mengatakan bahawa 4C Spider akan menampilkan reka bentuk lampu dan satu set rim berbeza dengan yang sedia ada kini.

Sila ambil perhatian bahawa galeri di bawah ini merupakan 2014 Alfa Romeo 4C, bukannya 4C Spyder. Nantikan galeri 4C nanti di Geneva ^^.










Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -