Posted by : Jobseekers Ahad, 23 Februari 2014

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program MyLesen di setiap negeri bermula April ini bagi mengurangkan jumlah penunggang yang tidak memiliki lesen motosikal.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata melalui program itu, pihaknya akan memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Pemandu bagi ujian tahap satu baharu yang lebih jelas serta objektif dan berbeza dengan silibus lama.

“JPJ akan bekerjasama dengan sekolah memandu untuk melaksanakan program itu selama tiga bulan di setiap negeri. Satu negeri akan mengadakan satu program MyLesen sebagai pilot projek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata pada masa sekarang sebanyak 3.35 juta orang berusia 16 tahun ke atas tidak memiliki lesen untuk memandu apa sahaja jenis kenderaan di negara ini.

Setiap negeri masing-masing akan melaksanakan satu program MyLesen pada peringkat awal sebelum diperluaskan ke seluruh negara selepas JPJ membuat penambahbaikan berkaitan kelemahan serta kelemahan program berkenaan, katanya.

Ismail berkata selain MyLesen, JPJ juga akan melancarkan Kadet JPJ di sekolah mulai April dalam usaha untuk mendidik generasi muda mengenai isu-isu keselamatan jalan raya.

“Modul untuk Kadet JPJ juga akan kita berikan yang turut merangkumi etika ketika berada di jalan raya. Setiap negeri akan mempunyai sebuah sekolah melaksanakan program ini sebelum kita membuat penilaian untuk diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Selain itu beliau berkata JPJ akan meneruskan program SKSJ untuk membantu golongan berusia 45 tahun ke atas tidak memiliki lesen kerana jumlah mereka masih tinggi.

Sebanyak 45 program SKSJ seluruh negara akan dilaksanakan dan sejak diperkenalkan pada 2009 sehingga tahun lepas sebanyak 60,794 orang mendapat manfaatnya, katanya.

Semua usaha yang dilaksanakan JPJ adalah untuk membantu orang ramai memiliki lesen dan dilindungi perlindungan insurans jika berlaku kemalangan terhadap mereka, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -