Memaparkan catatan dengan label Honda. Papar semua catatan
Yang rare Honda NM4 Vultus
Di Pameran Motosikal Osaka tempohari Honda memperlihatkan konsep Honda NM4 Vultus mereka. Ianya ialah konsep motosikal masa hadapan mereka yang mempunyai rekaan ala motosikal Tetsuo dair animasi Akira. Terdapat dua versi. NM4-01 berwarna hitam manakala NM4-02 bewarna putih dengan tempat menyimpan barang pada bahaguan belakang. Ia diperkasakan enjin 745 CC dua silinder serta sistem paparan LCD untuk menunjukkan kelajuan dan prestasi enjin.
Mugen For Vezzel
Honda Vezel merupakan sebuah crossover berdasarkan Honda Fit (dikenali sebagai Honda Jazz di Malaysia).
Vezel baru sahaja diperkenalkan pada bulan lepas di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show), Mugen sudahpun kelihatan bersedia untuk menceriakan dan menambahkan lagi sporty model crossover tersebut. Versi standard Honda Vezel bakal berada di pasaran (Jepun) bermula 20 Disember.
Dari gambar katalog yang tertiris, dapat dilihat gril hadapan berwarna kelabu, spoiler di bumbung belakang, reka bentuk rim aloi berbeza, paip exhaust serta bodykit hadapan, sisi dan belakang yang agresif. Model di dalam katalog ini merupakan versi 4WD yang dilengkapi dengan enjin petrol 1.5-liter pancutan-terus.
Menurut media di Jepun, sekarang sudah terdapat senarai menunggu sehingga tiga bulan bagi yang telah membuat tempahan untuk model Vezel, yang mana model ini turut digambarkan oleh Honda sebagai “menawarkan keanggunan sebuah coupe, mempunyai fungsi sebagai minivan serta mempunyai kualiti sebuah SUV“.
Versi standard pun sudah mampu membuatkan seseorang terkesima, inikan pula dengan penambahan pakej Mugen, yang memang sudah terkenal dengan pengalaman menyediakan pakej kit yang terbaik untuk model-model Honda terdahulu. Pasti anggun!!

Pelancaran Honda Odyssey– harga RM228k~RM248k
Honda Malaysia telah melancarkan Honda Odessey 2013 baru – MPV generasi kelima ini membuat kemunculan globalnya di pameran motor KLIMS13 yang lalu, yang tiba hanya dua minggu selepas pelancaran pasaran Jepun. Ia boleh didapati dalam dua varian, gred tinggi EXV dan gred standard pula dipanggil EX.
Enjin “Earth Dreams” DOHC 2.4 liter i-VTEC empat silinder menawarkan 175 PS pada 6,200 rpm dan tork sebanyak 225 Nm pada 4,000 rpm menjadi sumber kuasa kedua-dua varian tersebut, dikombinasikan dengan kotak gear CVT.
Seperti versi JDM, Honda Odyssey berukuran sepanjang 4,830 mm dan selebar 1,800 mm (+20 mm untuk EXV). Ketinggiannya ditetapkan pada 1,695 mm, manakala jarak roda adalah 2,900 mm dan berat badan adalah 1,820 kg untuk EX dan 1,855 kg untuk EXV itu.
Peralatan standard di kedua-dua varian termasuklah kawalan pelayaran (cruise control), paddle shifter, sistem audio enam pembesar suara dengan paparan sentuhan elektrostatik tujuh inci, kerusi kapten di barisan kedua dan LED daytime running lights.
Varian EXV pada dasarnya mencerminkan JDM Odyssey Absolute dari segi kit dan trim. Ia menambah aerodinamik bumper depan dan belakang, grill depan, lampu kabus, lampu auto LED serta sunroof depan dan kemasukan pintar dengan ignasi push-start.
Varian gred tinggi EXV disertakan penghawa dingin berasingan di kabin depan dan penghawa dingin auto di kabin belakang (EX hanya memiliki penghawa dingin auto di kabin depan, dan udara sejuk disalurkan ke belakang melalui salur ventilasi udara), tempat duduk lapan posisi di bahagian pemandu, sunshades pintu sebelah belakang, pemegang cermin mata hitam, cermin solek berlampu, dan beberapa lagi ciri-ciri lain.
Perbezaan lain antara varian EX dan EXV merupakan trim dalaman, di mana EX mempunyai interior ivory dan kerusi dibalut fabrik, manakala kabin EXV ini didatangkan dengan interior hitam berkerusi kulit.
Buat kali pertamanya, Odyssey baru ini mempunyai pintu belakang gelongsor, mempunyai siling yang lebih tinggi, lantai yang lebih rendah dan lebih banyak ruang dalaman daripada model-model sebelumnya terima kasih kepada platform ultra-low-floor baru, menggabungkan tangki minyak rata dan langsing serta struktur lantai belakang yang rata. Anak tangga belakang hanya 300 mm dari tanah, membuatkan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah.
Kerusi barisan kedua juga merangkumi footrests dan backrest, manakala kerusi barisan ketiga pula dibahagikan kepada tiga, di mana setiap penumpang di barisan tersebut boleh memilih sudut berbaring mereka sendiri.
Kedua-dua model menaiki aloi 17-inci, dibalut dengan 215/55 siri tayar.
Peralatan keselamatan standard termasuk VSA, ABS dengan EBD dan BA (brake assist), hill start assist, mata ISOFIX, sensor letak kereta depan belakang dan enam beg udara (dua depan dan beg udara i-SRS sisi, dan beg udara langsir sisi sehingga barisan ketiga). EXV ditambah dengan informasi blind spot dengan Cross Trafic Monitor (CTA), sistem kamera pelbagai pandangan, kamera undur pelbagai sudut dan sistem bantuan parking kereta pintar.
Honda Odyssey boleh didapati dalam empat warna – White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl. Akhir sekali, harga bagi Odyssey EX ditetapkan pada RM228, 000, manakala EXV pula ditetapkan pada RM248, 000 (keduanya harga di atas jalan dengan insurans). CBU Odyssey yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Penyerahan pertama kepada pembeli dijadualkan bermula pada bulan Januari.

Khamis, 28 November 2013
Posted by Jobseekers
Proton Perdana yang seterusnya
Perubahan yang dikatakan:-
``This Proton-badged Accord has very minimal disguise, and still looks largely like a Honda Accord. The grille is covered up, which suggests that Proton has its own take on the car’s nose. The alloy wheels on this car look similar to those on the Proton Exora Prime.
Inside, there are minimal changes, with the Honda badge on the steering wheel simply replaced by a Proton badge. Visible cues such as paddle shifters and VSA switch means that the donor form is the 2.4 VTi-L variant. We also see some kind of ballast in the rear to simulate rear occupant load weight balance – in tandem with wired sensors on the air-conditioning vents, the car is likely undergoing AC evaluation trials under load. Also, the stock redline on the tachometer effectively puts rumours of the Petronas E01e engine being under that hood to rest.``
Kredit : paultan

Jumaat, 8 November 2013
Posted by Jobseekers
Honda NSX sasar keseronokan seperti Ferrari Italia 458 harga umpama Porsche 911
Wakil dari Honda berkata, Honda NSX 2015 akan mempunyai tanda harga seperti Porsche 911 dan akan menyajikan keseronokan setaraf Ferrari 458 Italia.
Dalam temuramah ringkas bersama Autocar, Ketua pembangunan NSX, Ted Klaus ada menyatakan objektif model supercar tersebut ialah untuk menyediakan “keseronokan seperti 458 pada harga 911.” Mereka yakin dan percaya ianya bakal menjadi kenyataan, terima kasih kepada perlaksanaan teknologi hibrid.
Klaus berkata Honda menggunakan beberapa model supercar pesaing lain sebagai tanda aras, antaranya seperti contoh Audi R8, McLaren MP4-12C, serta Nissan GTR. Dijadualkan bakal dikeluarkan dalam tahun 2015, Honda Acura NSX akan dikusakan dua motor elektrik yang menghantar kuasa ke tayar hadapan. Enjin VTEC V6 (mid-mounted V-6 engine) bersama motor elektrik yang terbina di dalamnya yang berkuasa diperbuat dari material ringan menjana kuasa untuk tayar belakang, serta dipadankan dengan transmisi dwi-klac yang baharu, bagi memberikan tahap pecutan luar biasa di samping menawarkan penjimatan terbaik.
Model Honda NSX 2015 akan dibuat di Marysville, dan sedang dibangunkan oleh pasuan R&D Honda Amerika di Raymond, Ohio.

.jpg)