Archive for Ogos 2013

Gagal Bayar Saman Bakal Dibatal Lesen Memandu – KPN



1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

“Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka),” – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Bagi pemandu atau penunggang yang mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

“Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman,” – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Khamis, 22 Ogos 2013
Posted by Jobseekers

Bank Negara Ketatkan Syarat Pinjaman Kereta???

Bank Negara Malaysia hari ini menafikan syarat pinjaman kereta bakal diketatkan kepada 20% bayaran muka dan tempoh pinjaman maksimum 7 tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, Bank Negara Malaysia berkata:-


``Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan

Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.

Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Pastinya ini satu berita baik kepada semua rakyat Malaysia. Kalau sesiapa nak dapat beli kereta baru, inilah waktu terbaik kerana kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan.



#Bersyukurlah Buat Masa ni......

Meter Combi & Penutup Enjin MK7 Untuk VW GTI

Menurut sumber yang krew AK percayai, separuh daripada jumlah Golf GTI MK7 di Glenmarie telah pun dibawa ke Sepang, bagi membuat ujian pengambilan selekoh, pecutan dan pengendalian. Ada juga sesetengahnya yang dipandu sehingga ke Melaka bagi pengujian ketahanan. Pihak media akan dipanggil untuk pandu uji dalam masa terdekat ini, sebelum diedarkan serata negara.

Semalam ketika kami ke pusat jualan Volkswagen, salah seorang penjual memaklumkan yang akan ada model terbaru daripada VW bakal dilancarkan minggu ini. Lingkungan harga model tersebut ialah sekitar RM90,000. Tidak diketahui model mana satukah yang bakal dijual. Sama-samalah kita nantikan.




Kredit: ArenaKereta

Gambar Proton Suprima S Dengan Lebih Jelas & Terperinci


Baru-baru ini kami berkesempatan untuk ke bilik pameran Proton. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memandu uji dan melihat dengan mata kepala kami sendiri model terbaru Proton, Suprima S. Secara jujur, Suprima S tidak mengecewakan apabila anda melihatnya secara “live”.

Tambah mengkagumkan pandu uji yang kami lakukan membuatkan kami mengakui kesilapan memandang rendah model Proton selama ini. Kami akan keluarkan satu artikel yang lebih mendalam mengenai pengalaman pemanduan Suprima S tidak lama lagi. Sila pastikan anda membacanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli kereta.




















Kredit: Arenakereta
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -