Posted by : Jobseekers Khamis, 22 Ogos 2013

Bank Negara Malaysia hari ini menafikan syarat pinjaman kereta bakal diketatkan kepada 20% bayaran muka dan tempoh pinjaman maksimum 7 tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, Bank Negara Malaysia berkata:-


``Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan

Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.

Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Pastinya ini satu berita baik kepada semua rakyat Malaysia. Kalau sesiapa nak dapat beli kereta baru, inilah waktu terbaik kerana kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan.



#Bersyukurlah Buat Masa ni......

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -