Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan

Kedai makan No 7 Medan Selera Klebang yang ‘popular’ sebab maki hamun pelanggan akhirnya diserbu dan diarah tutup

Melaka: Gerai makan yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa mengenakan harga melampau diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah selepas gagal melepasi tahap penilaian risiko memuaskan.

Arahan menutup premis beroperasi di Medan Selera Pantai Klebang di sini, bermula kelmarin selepas pemeriksaan dilakukan wakil jabatan itu mendapati premis terbabit tidak mengamalkan amalan penyediaan makanan selamat.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah berkata, pemeriksaan dilakukan empat pegawai kesihatan diketuai pegawai kanan apabila mereka memeriksa tahap kebersihan premis dan penyediaan makanan.

“Hasil pemeriksaan, kami dapati makanan dihidang tidak ditutup dan dihurung lalat selain tahap kebersihan dalam peti sejuk beku juga diragui serta tidak berada pada suhu ditetapkan.

“Kami juga mendapati peralatan memasak seperti papan pemotong daging juga tidak bersih selain pemilik premis menggunakan kertas surat khabar sebagai pembalut bahan mentah yang disimpan di dalam peti sejuk beku,” katanya, semalam.

Jurucakap berkata, pada pemeriksaan itu, sebuah lagi premis yang terletak selang sebuah dengan premis terbabit turut diarah tutup selama 14 hari.

Katanya, kedua-dua premis terbabit diberi Perintah Penutupan Premis Makanan Tidak Suci mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan jika mereka melanggar arahan, pemiliknya boleh dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Dalam tempoh 14 hari, kedua-dua premis ini perlu dibersihkan sehingga mencapai standard ditetapkan dan memohon untuk pemeriksaan oleh pegawai kami.

“Jika mereka beroperasi tanpa kebenaran, pemiliknya boleh didakwa di mahkamah,” katanya.

Jumaat lalu, premis terbabit menjadi viral di laman sosial selepas ada individu memuat naik dakwaan berkaitan pengusaha kedai makan itu yang kononnya mengungkapkan kata-kata kesat sesuka hatinya.
Rabu, 12 Ogos 2015
Posted by Jobseekers

Melaka Perkenal Bas Elektrik Mulai Januari 2014 – Idris Haron

MELAKA, 16 Dis (Bernama) — Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Berbanding penggunaan bas diesel syarikat itu pada masa sekarang, Idris yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.

“Kos permulaan bas elektrik ini agak besar, tetapi saya percaya dengan penjimatan yang kita dapat dengan guna bas elektrik ini akan mendatangkan pulangan jangka panjang kepada kita,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai wartawan Bernama, pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.


Selasa, 17 Disember 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -