Memaparkan catatan dengan label snorkel. Papar semua catatan
EASYBREATH : TOPENG SNORKEL YANG PALING Awesome
Kami benar bersnokel ketika bercuti tetapi sistem snorkel yang ada sekarang tidak mudah digunakan. Anda harus bernafas melalui mulut yang sememangnya tidak natural bagi seorang manusia. Tambah annoying ialah saluran udara snorkel yang kerap dimasuki air. Easybreath rekaan Tribord, sebuah syarikat dari Perancis menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bernafas melalui mulut dan hidung secara bebas kerana snorkel ini ialah jenis full face. Sistem saluran udaranya juga dilengkapi alat menghalang air dari memasuki ruang bernafas.Akhirnya rekaan yang logikal!





