Memaparkan catatan dengan label Mazda. Papar semua catatan

Mazda 2 Elegance New facelift tapi hanya untuk di Thailand sahaja


Mazda telah menambah baik Mazda 2 sedan di Thailand. Penambahbaikan Mazda 2 Elegance adalah dari segi kosmetik untuk bahagian luaran serta dalaman sedan kompak keluaran syarikat automotif Jepun itu. Rekabentuk styling dinaiktaraf bermula dari skirting untuk bahagian hadapan dan belakang, diikuti dengan rim aloi saiz 16 inci berwarna perak, menimbulkan lagi gah rekaan ala eropah.

Dilengkapi lampu hadapan 4-beam projector yang mana agak unik untuk model kereta didalam kelasnya, serta tempat duduk yang ditukar kepada kemasan kulit berwarna hitam. Sensor belakang ditawarkan juga sebagai standard.

Untuk infotainmen pula, Mazda 2 Elegance yang baharu ini didatangkan dengan pemain DVD serta skrin sentuh bersaiz 7-inci, alat kawalan jauh (remote control), sambungan Bluetooth, sambungan iPhone/iPod/USB/AUX dan juga terdapat butang kawalan pada stereng.

Tiada pertukaran dari segi mekanikal, bermakna enjin yang ditawarkan masih sama, enjing 1.5 liter MZR dengan 103PS dan 135Nm untuk tork. Enjin digabungkan dengan transmisi lima kelajuan untuk varian manual manakala 4 kelajuan bagi varian automatik.

Sureetip La-Ongthong Chomthongdee, presiden pemasaran Mazda Sales Thailand (MST) berkata, walaupun persaingan di dalam pasaran automobil sangat sengit, Mazda mengekalkan prestasi jualan yang bagus dan dapat meningkatkan jumlah perkongsian pasaran (market share) dengan memberi tumpuan kepada kekuatan mereka sendiri.

“Mazda sememangnya menumpukan perhatian kepada nilai sesuatu produk mereka, yang mana merupakan antara sebab disebalik keputusan yang dibuat oleh para pembeli. Kami telah membuat kajian terhadap apa yang para pembeli mahukan, dan menambahbaik kenderaan kami,” jelas beliau.

Untuk pasaran di Thailand, model ini boleh didapati dengan harga dari Baht 550,000 bagi model asas dengan transmisi manual kepada Baht 715,000 untuk model premiumnya.






Khamis, 17 Oktober 2013
Posted by Jobseekers

Mazda 3 MPS bakal gunakan AWD

Laporan terbaru dari Australia’s Drive mengatakan model generasi baharu Mazda 3 MPS ( Mazdaspeed 3
MPS) akan menerima susunan sistem pacuan semua roda. Jelas dapat dilihat, inilah model yang akan dikeluarkan Mazda dalam menandingi Volkswagen Golf VII R, Mercedes-Benz CLA 45 AMG yang baru sahaja dilancarkan, serta model-model ‘hot’ lain di dalam kelasnya.




Takeo Mariuchi yang merupakan timbalan pengurus bagi program model tersebut berkata, generasi baharu Mazda 3 menggunakan platform yang sama seperti CX-5 yang mana ini menjadikan model tersebut boleh menerima varian pacuan semua roda. Beliau juga turut menambah, “jika dilihat dari sudut teknikal, ianya bukan sesuatu yang sukar untuk memasang sistem pacuan-empat-roda.”


Mazda 3 MPS sebelum ini menggunakan enjin turbo 2.3 liter, menghasilkan 263 kuasakuda; di pacukan ke roda hadapan. Jika model baharu ini dipasangkan susunan pacuan semua roda, ianya bukan sahaja meningkatkan cengkaman malah kita boleh jangkakan, para jurutera Mazda mampu menambah dan meningkatkan lagi kuasa yang ada pada generasi MPS sedia ada.

Awal tahun ini, rumor ada mengatakan yang model ini kemungkinannya bakal dilancarkan Disember ini, namu berita dan laporan tersebut masih belum dapat dipastikan.


Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -