Memaparkan catatan dengan label Toyota. Papar semua catatan

Recall ke atas Toyota Prius (Sofrware Fault)

Toyota telah mengumumkan panggilan semula ke atas 1.9 juta Prius hibrid seluruh dunia disebabkan kegagalan perisian (software fault) yang mana bakal menyebabkan kenderaan tersebut hilang kuasa dan menjadi perlahan secara tiba-tiba.

Dengan pengumuman itu, di Malaysia sebanyak 6,160 unit Toyota Prius 1.8 buatan dari 2009 sehingga 2013 turut terlibat dengan UMW Toyota akan menjalankan kempen servis istimewa tersebut – panggilan semula (recall).

Recall ini berkenaan dengan isu  beberapa perisian karakteristik yang digunakan untuk mengawal boost converter di dalam inverter yang mana jika berlaku gangguan ke atasnya mengakibatkan beberapa lampu amaran akan menyala dan kereta tersebut akan memasuki mode keselamatan yang palsu. Ini akan menyebabkan sistem hibrid akan tertutup (shut down), kereta akan hilang kuasa dan menjadi perlahan secara tiba-tiba.

Jelas Toyota, tiada kes kemalangan atau kecederaan yang disebabkan daripada perkara tersebut dilaporkan.

Namun Toyota akan tetap membuat panggilan semula ini bagi memastikan kenderaan pelanggan-pelanggan mereka berada di dalam keadaan terbaik dan selamat. Prius yang telibat akan menjalani proses di mana perisian untuk Motor Generator Control ECU dan Power Management Control ECU akan diprogramkan semula.

Pemilik-pemilik Toyota Prius yang terlibat akan dihubungi pihak UMW Toyota untuk menjalani program ini tanpa sebarang kos yang akan dikenakan.



Ahad, 16 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Toyota Previa daripada UMW Toyota



UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP. Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago.

Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunya rancangan untuk membawa masuk MPV, Honda Odyssey dalam masa terdekat.
Khamis, 7 November 2013
Posted by Jobseekers
Tag :

Pelanacaran Toyota yaris Terbaru di Thailand

Toyota telah melancarkan Totota Yaris terbaru di Thailand,ianya adalah generasi ketiga Yaris,Ianya adalah Hatchback Vios bagi model 2013.Uniknya bagi kereta ini walaupun di depannya sama seperti Vios tetapi di belakangnya rupanya amat berbeza sekali dimana ianya menunjukkan sesuatu yang berlainan berbanding model di dalam kelasnya

Dibekalkan dengan enjin berkod 3NR-FE 1.2 litre four-cylinder petrol engine with DOHC and Dual VVT-i dan ianya menjana 86 hp [ada sesaran 6000 rpm dan 108 Nm pada sesaran 4000 rpm dimana ianya menggunakan kotak gear Super CVT -i Transmission yang disampaikan kepada tayar pacuan hadapan.Kotak gear manual dan Auto tidak disediakan bagi Yaris terbaru ini kerana CVt yang dibekalkan mampu menjimatkan minyak sebanyak 20 km/1 litre

Toyota kali ini menyediakan 4 Spec bagi yaris iaitu Yaris 1.2 J ECO, 1.2 J, 1.2 E and 1.2 G(bagi Thailand),Anggaran harga bagi nYaris adalah seperti berikut.Dari 469,000 baht (RM48k) for the basic 1.2 J ECO ke 599,000 baht (RM61k) untuk 1.2 G model.

Bagi ciri-ciri keselamatan yang disediakan bagi kereta ini ia dibekalkan dengan Dual Airbags,ABS,EBD,BA dan Pre-Tensioner juga force-limiter,lampu hadapan Projector,masukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin,Steering yang disediakan dengan butang audio dan cermin hadapan yang akustik bagi variant tertinggi.














Yang Ditunggu->Toyota Harrier 2014 – gambar rasmi didedahkan

Toyota telah mengeluarkan beberapa keping gambar Toyota Harrier 2014, dan mungkin syarikat automotif dari Jepun itu mungkin akan membuat kemunculan sulung model terbaru Harrier ini di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show), yang bermula November ini.

Model ini dibina asas dari Lexus RX dengan sedikit pengubahsuaian pada badannya, bakal dijual secara khusus di pasaran Jepun. Pengubahsuaian yang ketara di bahagian hadapan berbanding RX, dilengkapi dengan set lampu hadapan yang digelapkan, intake udara yang besar serta gril hadapan yang berkilat; menonjolkan lagi gaya perkasa Harrier baharu ini. Pada bahagian belakang pula, lampu belakang yang langsing dan juga spoiler yang dipasang di bumbung.

Info rasmi mengenai kuasa dan prestasi masih lagi tidak dapat dipastikan buat masa sekarang, namun kita bakal mengetahui dalam masa terdekat memandangkan model ini akan berada di bilik-bilik pameran pada musim sejuk ini (winter). Jika dilihat gambar (seperti di bawah), menunjukkan terdapat tanda “Hybrid Synergy Drive”, ini menunjukkan Toyota merancangkan untuk menawarkan varian mesra alam (eco-friendly), yang mana bakal menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang terdapat pada RX 450h digabungkan dengan dua motor elektrik serta bateri Ni-MH. Sistem yang dikongsikan dari Lexus ini, gabungan enjin dan motor elektriknya menghasilkan 295bhp. Versi lexus memerlukan 7.8 saat untuk memecut dari 0-100km/h dan mencatatkan kelajuan maksimum 200km/h.














Isnin, 14 Oktober 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -