Posted by : Jobseekers Khamis, 7 November 2013



UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP. Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago.

Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunya rancangan untuk membawa masuk MPV, Honda Odyssey dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -