Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Muzium Khas Christiano Ronaldo
Ego Tahap Ronaldo
Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakan Lionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak di Funchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium. Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements.

Selasa, 24 Jun 2014
Posted by Jobseekers
Baby Girl Siti Sarah & Shuib Sepah ^^
Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.Bayi kedua ini ialah bayi perempuan. Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki. Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib.Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Sabtu, 11 Mei 2013
Posted by Jobseekers
Adakah Rokok Elektronik Selamat?(Menarik!)
Adakah Rokok Elektronik Selamat? (Menarik!) | Rokok Elektronik kini menjadi bagai satu fenomena di Malaysia. Jika kita berkunjung ke mana-mana, ada sahaja yang sedang menggunakan rokok elektronik ini. Tidak cukup itu lagi, aksesori seperti perasa juga turut dibawa. Timbul satu persoalan adakah rokok elektronik ini turut berbahaya seperti rokok sebenar yang lain? Ada juga yang melarang agar ia dijauhkan seperti rokok sebenar. Jom ikuti beberapa pendapat di bawah ini.
Adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”