Memaparkan catatan dengan label maskulin. Papar semua catatan
Bila Ahmad Maslan Buka Mulut.....Kreatif Jadinya Rakyat Malaysia
Sejak semalam lagi telah menjadi trending Twitter #TweetGayaAhmadMaslan yang buat kami gelak tak kering gusi. Ia bermula daripada kenyataan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai dan menjadi bahan lawak netizen.
Kenyataan beliau apabila ditanya samada esok Barisan Nasional (BN) boleh menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau tidak beliau menjawab ‘esok bukan PRU’. Sejurus selepas itu, laman twitter dibanjiri dengan ayat lawak yang seakan-akan cara beliau menjawab isu PRU tersebut. Rasa macam nak pecah perut bila baca lawak troll ini. Kah!
1. Kena Troll Sampai 7 Keturunan
2. Esok Takde Orang Datang Kenduri Kau Tau La
3. Esok Dah Besar Boleh Jaga Papa
4. Mak Teringin Nak Timang Cucu Hari Esok
5. Belajar Rajin-rajin, Esok Senang Nak Dapat Kerja
6. Esok2 Biy Nak Jadi Engineer La
7. Esok Dah Besar Boleh Jadi PM
8. Simpan Duit Banyak-Banyak, Esok Boleh Masuk Universiti
9. Macam Mana Esok Kalau Ayah Dah Tak Kerja?
10. Esok Dah Tak Trending
Jumaat, 31 Julai 2015
Posted by Jobseekers
Omaigod...Melting mak nak tengok cikgu ni....
Fuhh! Pertama kali melihat foto-foto lelaki ini, kami ingat beliau mungkin seorang model dek kerana ketampanan paras rupa dan ke’sado’an tubuh badannya. Atau mungkin juga seorang fitness trainer.
Namun jangkaan kami meleset. Selepas melihat dan meneliti kapsyen foto-fotonya di Instagram, rupanya cikgu! Apa yang kami boleh sifatkan, lelaki ini merupakan seorang cikgu yang sangat luar biasa.
Kalau nak tahu korang kena tengok sendiri lah kenapa kami cakap ‘luar biasa’. Bukan hanya bergelar seorang guru, lelaki ini turut….
Cikgu yang mengajar di kawasan pendalaman dan majoriti muridnya merupakan penduduk orang asli ini cukup mesra dan disenangi oleh muridnya.Korang tengok lah sendiri gambar-gambar cikgu Khairi ini dengan anak murid.
Jangan cakap abang tak payung! Amacam cikgu korang dulu ada macam ini? Kami dulu ramai yang boroi-boroi je mangajar.
Kami suka tengok penampilan cikgu Khairi ini. Baju-baju yang dipakai bukan sahaja mencerminkan karektarnya yang kemas malah lain dari yang lain.
Apa yang kami nampak, beliau cukup berani dan yakin.
Kami cuba lah scroll Instagram cikgu ini, rupanya seorang model sambilan untuk beberapa jenama pakaian. Memang bergaya lah.
Faizdickie mana? Alah yang selalu buat video #kaklehabunting di Instagram itu. Mamat ini memang kelakar gila.
Amacam cikgu-cikgu dekat luar sana, tak rasa nak jadi macam cikgu Khairi ini juga ke?
Kredit : OhBulan
Rabu, 29 Julai 2015
Posted by Jobseekers














