Archive for Disember 2015

Antara Artis Gegar Vaganza 3 Sudah Bocor




Kuala Lumpur, 16 Dis - Tamatnya Gegar Vaganza 2 menyaksikan penyanyi, Siti Nordiana, menewaskan lima peserta lain iaitu, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

kini timbul pula ura-ura yang mengatakan senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dikatakan sudah terbocor.

Senarai-senarai ini menjadi bualan peminat-peminat di laman media sosial dan juga forum hiburan, Cari.

Antara nama-nama yang disebut adalah :

1.) Zarul Umbrella


2.) Maya Matahari


3.) Bandi Amuk


4.) Zamani


5.) Tomok


6.) Misha Omar

7.) Zur Eda

8.) Francesca Peter

9.) Amelina

10.) Joey


11.) Toki

12.) Syura



Kredit:SiakapKeli

Khamis, 17 Disember 2015
Posted by Jobseekers

Ya Allah IBU SANGGUP SEMBELIH 2 ANAK SENDIRI HINGGA MATI DI KEDAH

 Sungai Petani, 1 Dis: Dua adik beradik lelaki yang masing-masing berusia dua dan lima tahun maut dipercayai disembelih oleh ibunya sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani di sini petang tadi.

Portal berita Harian Metro melaporkan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu ditemui di dalam dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.

Kedua kanak-kanak terbabit dipercayai disembelih oleh ibu mereka sendiri dengan pisau.

Menurut jurucakap polis, kejadian dilaporkan oleh ahli keluarga lain yang menyedari kejadian.

Polis yang datang tidak lama kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa, katanya.
Selasa, 1 Disember 2015
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -