Memaparkan catatan dengan label Nissan. Papar semua catatan
New Taxi For London
Teksi Hitam London Ditukar Dengan Rekaan Baru Dari Nissan

Seperti teksi kuning di New York. London juga mempunyai warna teksi mereka sendiri iaitu hitam. Teksi lama london diberhentikan perkhidmatan kerana peraturan pelepasan yang lebih ketat dan 20,000 kereta jenis Hackney akan dikeluarkan daripada jalan-jalan di ibu kota London kelak.
Syarikat kenderaan Nissan diberikan tugas untuk mengantikan teksi tersebut dengan syarikat itu mengeluarkan design khas iaitu NV200. Ia adalah hasil reka bentuk semula yang dilakukan selepas reka bentuk awal dikritik apabila ia dilancarkan pada bulan Ogos 2012.
Menurut Nissan, reka bentuk terbaru ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi iconic warna hitam yang menjadi kebanggaan warga london. ia mempunyai lampu depan bulat, jeriji yang diubahsuai, panel bumper baru dan enjin petrol 1.6 liter.
Teksi baru ini akan mula digunakan December 2014 dan ia akan diganti secara berperingkat. Manakala versi zero-emission akan mula beroperasi pada 2015.






Pembangunan Nissan GT-R R36 Baru?
Sesetengah pihak ada mengatakan Nissan GT-R adalah supercar sebenar. Ia menggabungkan pecutan dinamit dengan cengkaman all-wheel-drive mantap dan mempunyai teknologi lebih daripada seluruh Lembah Silikon. Formula genius ini ditambah dengan prestasi yang boleh mengatasi beberapa kereta eksotik terbaik di dunia untuk sebahagian kecil daripada harga mereka. Bayangkan, generasi keduanya menjanjikan lebih lebih daripada ini.
.jpg)
Versi GT-R yang kita lihat hari ini dilancarkan 6 lalu dan walaupun sekian lama ia masih sebuah mesin yang menakjubkan. Versi GT-R NISMO dijangka bakal dilancarkan sekitar hujung tahun 2013.
Namun, selepas enam tahun ini kereta dua pintu ini dikatakan bersedia untuk digantikan dan khabar angin mengatakan generasi akan datang, dirujuk sebagai R36 itu dijangka dilancarkan sebagai model GT-R 2016. Seperti yang kami nyatakan dahulu, ia juga dikhabarkan dilengkapi drivetrain hibrid.
Selain itu, jika khabar angin di internet adalah benar, Kazutoshi Mizuno, “bapa” kepada model Nissan GT-R R35 hari ini tidak akan terlibat dengan kereta baru ini. Rupa-rupanya dia telah diketepikan kerana mencapai “umur persaraan wajib” Nissan.
Selain daripada ini, ada khabar angin mengatakan bahawa pembangunan Nissan GT-R R36 ini sedang dikendalikan secara langsung oleh NISMO, bukan Nissan, sesuatu yang Mizuno jelas tidak suka.
Namun, kereta itu perlu berada dalam tangan mereka yang berkebolehan, lagipun NISMO sememangnya bertanggungjawab membangunkan kereta lumba. Sedikit DNA berprestasi tinggi tidak akan menggagalkan Nissan GT-R R36 ini, sebuah produk sangat dinantikan oleh kebanyakkan penggemar kereta.
.jpg)
Versi GT-R yang kita lihat hari ini dilancarkan 6 lalu dan walaupun sekian lama ia masih sebuah mesin yang menakjubkan. Versi GT-R NISMO dijangka bakal dilancarkan sekitar hujung tahun 2013.Namun, selepas enam tahun ini kereta dua pintu ini dikatakan bersedia untuk digantikan dan khabar angin mengatakan generasi akan datang, dirujuk sebagai R36 itu dijangka dilancarkan sebagai model GT-R 2016. Seperti yang kami nyatakan dahulu, ia juga dikhabarkan dilengkapi drivetrain hibrid.
Selain itu, jika khabar angin di internet adalah benar, Kazutoshi Mizuno, “bapa” kepada model Nissan GT-R R35 hari ini tidak akan terlibat dengan kereta baru ini. Rupa-rupanya dia telah diketepikan kerana mencapai “umur persaraan wajib” Nissan.
Selain daripada ini, ada khabar angin mengatakan bahawa pembangunan Nissan GT-R R36 ini sedang dikendalikan secara langsung oleh NISMO, bukan Nissan, sesuatu yang Mizuno jelas tidak suka.
Namun, kereta itu perlu berada dalam tangan mereka yang berkebolehan, lagipun NISMO sememangnya bertanggungjawab membangunkan kereta lumba. Sedikit DNA berprestasi tinggi tidak akan menggagalkan Nissan GT-R R36 ini, sebuah produk sangat dinantikan oleh kebanyakkan penggemar kereta.
Jumaat, 25 Oktober 2013
Posted by Jobseekers
.jpg)




