Posted by : Jobseekers Jumaat, 25 Oktober 2013

Sesetengah pihak ada mengatakan Nissan GT-R adalah supercar sebenar. Ia menggabungkan pecutan dinamit dengan cengkaman all-wheel-drive mantap dan mempunyai teknologi lebih daripada seluruh Lembah Silikon. Formula genius ini ditambah dengan prestasi yang boleh mengatasi beberapa kereta eksotik terbaik di dunia untuk sebahagian kecil daripada harga mereka. Bayangkan, generasi keduanya menjanjikan lebih lebih daripada ini.

Versi GT-R yang kita lihat hari ini dilancarkan 6 lalu dan walaupun sekian lama ia masih sebuah mesin yang menakjubkan. Versi GT-R NISMO dijangka bakal dilancarkan sekitar hujung tahun 2013.

Namun, selepas enam tahun ini kereta dua pintu ini dikatakan bersedia untuk digantikan dan khabar angin mengatakan generasi akan datang, dirujuk sebagai R36 itu dijangka dilancarkan sebagai model GT-R 2016. Seperti yang kami nyatakan dahulu, ia juga dikhabarkan dilengkapi drivetrain hibrid.

Selain itu, jika khabar angin di internet adalah benar, Kazutoshi Mizuno, “bapa” kepada model Nissan GT-R R35 hari ini tidak akan terlibat dengan kereta baru ini. Rupa-rupanya dia telah diketepikan kerana mencapai “umur persaraan wajib” Nissan.

Selain daripada ini, ada khabar angin mengatakan bahawa pembangunan Nissan GT-R R36 ini sedang dikendalikan secara langsung oleh NISMO, bukan Nissan, sesuatu yang Mizuno jelas tidak suka.

 Namun, kereta itu perlu berada dalam tangan mereka yang berkebolehan, lagipun NISMO sememangnya bertanggungjawab membangunkan kereta lumba. Sedikit DNA berprestasi tinggi tidak akan menggagalkan Nissan GT-R R36 ini, sebuah produk sangat dinantikan oleh kebanyakkan penggemar kereta.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -